<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenience…

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: November 2013

November 27, 2013

Sebentuk Cincin Permata Berlian


Diamond is a girl’s best friend ….

Biasa dengar ungkapan itu? Pepatah itu sering disebut bagi menggambarkan betapa akrabnya wanita pada batu berharga ini.


Gambar: Ihsan Google

Bagi sesetengah orang pula, berlian adalah satu keabadian, sesuai dengan ungkapan “A diamond is forever” yang dipopularkan oleh  De Beers, sebuah syarikat pengeluar berlian terkemuka di dunia. Mungkin kerana itu jugalah berlian turut dikaitkan dengan perkara atau peristiwa penting, contohnya sebagai cincin lamaran, cincin pertunangan, cincin perkahwinan dan juga hadiah ulang tahun perkahwinan.

Ada juga orang mengatakan bahawa berlian adalah simbol cinta.  Pernah berlaku seawal tahun 1477, ketika Archduke Maximillian mempersembahkan sebentuk cincin berlian kepada tunangnya Mary dari Burgundy sebagai lambang cintanya. Cincin itu kemudiannya dipakai di jari manis, tangan sebelah kiri, yang dipercayai terletaknya vena amoris atau the vein of love (urat cinta) yang akan berakhir di hati. Emmmmm….saya baru tahu fakta ini J

Bagi anda  yang ingin memilih cincin berlian sebagai hadiah untuk yang tersayang, berikut adalah beberapa panduan mengenai kualiti berlian yang perlu dikenalpasti. Ia dinamakan kaedah 4C iaitu colour (warna), carat (karat), cut (potongan) dan clarity (kejernihan).

  Gambar: Ihsan Google


 Gambar: Ihsan Google

1.    Color atau warna
     Semakin jernih warna berlian, semakin tinggilah kualitinya.

2.    Carat atau karat
Berlian dinilai berdasarkan karat atau beratnya. Tetapi tidak semua berlian dangan ukuran besar adalah lebih baik dan mahal. Berlian dengan karat yang lebih kecil mungkin lebih mahal jika diambil faktor-faktor lain seperti  warna, kejernihan dan potongannya.

3.    Clarity atau kejernihan 
Semakin sedikit kerosakan pada berlian, semakin sempurna cahaya yang dipantulkan.  Jika dirujuk pada gambar di atas, semakin ke bawah, semakin kuranglah kualitinya.

4.    Cut atau potongan
Jika potongannya berkualiti, berlian akan memantulkan cahaya yang sempurna. Untuk menguji kualitinya, lihatlah berlian dari atas, dengan itu, pantulan sinarnya boleh dilihat dengan jelas.

Sumber: website Hearts on Fire

Ramai orang tahu bahawa berlian adalah antara batu yang tercantik di dunia dan mempunyai kelasnya yang tersendiri. Berlian mampu memancarkan keindahan, kemewahan dan gaya yang tersendiri bagi si pemakai. Maka, tidak hairanlah jika ia menjadi idaman ramai wanita.
Namun begitu, pendapat peribadi saya, tidak semestinya berlian sahaja yang boleh menjadi lambang cinta. Dan saya juga tidak pasti, adakah dengan hanya menghadiahkan sebentuk cincin berlian, ianya boleh membahagiakan seseorang wanita hingga ke akhir hayat.
(Tapi..jika orang tersayang bagi..mestilah saya ambil dan pakai...hehe :D )

Pendapat anda pula bagaimana?

Sekian. Wassalam


Label:

November 24, 2013

Anak Angkat, Ibu Susuan


“Appointment Puan dengan Doktor Fatimah esok, jadi ke?” panggilan dari sebuah klinik pakar sakit puan meingatkan aku pada temujanji yang dibuat pada minggu lalu. Memang hampir terlupa sebenarnya. “Confirm. Esok saya datang pukul 9 pagi”.
Memang sudah aku rancangkan dari awal bersama doktor sakit puan ini. Sekiranya aku berjaya mangambil anak angkat, aku mesti mengambil hormon dalam bentuk suntikan dan beberapa ubat yang lain bagi merangsang pengeluaran susu.

Gambar: Ihsan google

Minggu lalu….mungkin juga sudah ditulis sebagai takdir dan rezeki, aku berjaya mendapatkan seorang anak angkat. Rasanya bagai tak percaya. Tapi itulah kenyataan. Aku telah mengambil seorang anak angkat.
Sebenarnya bukan senang untuk membawa orang asing sebagai ahli keluarga. Namun itulah hakikat yang harus aku terima. Risiko untuk aku mengandung lagi terlalu tinggi disebabkan kerosakan teruk pada rahim ketika melahirkan anak dulu. Kini anak sulungku semakin membesar dan mahukan teman. Aku dan suami juga telah lama membincangkan hal ini. Dan kami semua setuju untuk mengambil anak angkat sebagai ahli keluarga baru.

Bayi comel yang terpilih itu, aku namakan dia Ahmad Amsyar. Ahmad bermaksud yang terpuji. Amsyar pula bermakna yang cerdas. Semoga dia menjadi anak yang terpuji akhlaknya, cerdas  dan juga anak yang soleh.
 Aku sememangnya bertekat untuk  menyusukan Amsyar. Aku bukan sekadar mahu menjadi ibu angkatnya tapi aku mahukan hubungan yang lebih rapat. Aku mahu menjadi ibu susuannya. Kelak, jika dia menjadi anak susuan, tidak akan timbul masalah aurat atau mahram. Oleh itu, pengambilan hormon sangat perlu kerana aku tidak mengandung dan melahirkan Amsyar.

Temujanji aku dengan Doktor Fatimah, pakar sakit puan itu berjalan seperti yang dijanjikan. Aku diberikan suntikan hormon. Tapi aku lupa pula hendak bertanya, apakah nama hormon yang disuntik. Disamping itu aku juga diberikan pil Maxolon (bekalan untuk 2 minggu) bagi menggalakkan lagi pengeluaran susu.
Tindakbalas daripada suntikan hormon dan penggambilan Maxolon memang sangat teruk aku rasakan. Ku anggap itu adalah cabaran pertama. Aku tidak lalu makan, badan terasa lemah yang amat sangat dan aku juga tidak dapat mengelakkan rasa mengantuk yang berpanjangan. Ini adalah masalah  besar buat aku ketika itu, kerana  aku harus pergi bekerja seperti biasa. Tanggungjawab aku juga sudah bertambah dengan kehadiran Amsyar. Mujur ada suami yang sangat memahami keadaan ku. Bersyukur juga kerana pada ketika itu aku mempunyai seorang pembantu rumah yang sangat cekap dan turut sama menjaga Amsyar. Maklumlah pada masa itu usia Amsyar baru 2 minggu.

Selain daripada bantuan suntikan dan pil, aku juga disuruh mengepam payudara bagi menggalakkan pengeluaran susu. Aku harus melalukannya setiap 4 jam. Tak kira di mana, pada bila masa, aku harus melalukannya walau pada ketika itu bayang air susu pun masih belum nampak lagi.  Kaedah ini hanyalah untuk merangsang (stimulate) pengeluaran susu. Ini adalah cabaran kedua. Aku harus bangun pada waktu malam, mengikut masa yang ditetapkan dan aku juga harus meluangkan masa di waktu pejabat untuk melakukan aktiviti ini. Agak susah juga, terutamanya bila ada mesyuarat penting atau waktu di mana aku harus bertugas di luar pejabat. Dan apa pula alasan untuk diberikan kepada boss dan pada teman-teman sepejabat ketika keluar mengepam susu, kerana setahu mereka  aku sudah lama tidak mengandung dan melahirkan anak.
Pam susu yang paling banyak berjasa. Aku masih lagi menyimpannya sebagai tanda kenangan antara aku dan Amsyar.
“Sepatutnya, selepas 2 minggu, air susu dah ada” aku masih teringat lagi kata-kata Doktor Fatimah ketika temujanji tempoh hari. Namun selepas dua minggu aku berusaha, air susu masih belum juga keluar. Aku sedikit kecewa sebenarnya. Namun tetap bersyukur kerana pada ketika itu, aku masih diberi kegigihan dan kecekalan untuk  meneruskan usaha. Aku sendiri tidak pasti dari mana aku boleh dapat kekuatan itu.
Aku meneruskan penggambilan pil hormon. Cuma aku tukarkan pengambilan pil daripada Maxolon kepada Motilium setelah mendapat kebenaran dari Doktor Fatimah. Aku rasa, Motilium lebih sesuai  kerana tidak rasa begitu mengantuk. Kalau tidak, Allah saja yang tahu bagaimana aku terpaksa berjuang setiap hari demi mengelakkan rasa mengantuk terutamanya di waktu pejabat. Kaedah mengepam juga aku tukarkan. Daripada menggunakan pam manual, aku selang-selikan dengan pam bateri dan seterusnya kepada pam elektrik. Masanya masih sama, iaitu setiap 4 jam.


Pam bateri - Juga masih dalam simpanan

Setelah 3 minggu, barulah air susu keluar. Setiap titis, aku rasakan sangat berharga. Namun, jumlahnya terlalu sedikit untuk membuat Amsyar kenyang. Agak gusar juga aku ketika itu. Untuk mendapatkan 1oz pun aku rasakan terlalu sukar dan Amsyar memerlukan 2oz atau 3oz untuk sekali kenyang. Pelbagai cara yang difikirkan untuk menambah susu dan sekurang-kurangnya Amsyar mesti kenyang 5 kali, bagi memenuhi syarat menjadi anak susuanku.

Bayi mestilah menyusu paling kurang sebanyak 5 kali kenyang. Ini berdasarkan hadis mauquf kepada Aishah R.A.  yang diriwayatkan oleh Imam Muslim (No 1452) katanya “Pada peringkat awal penurunan Al Quran, penyusuan yang sempurna adalah 10 kali yang mengenyangkan kemudian ia  dinasahkan (dibatalkan) hukumnya kepada 5 kali kenyang, sehingga Rasulullah S.A.W diwafatkan”. Di dalam kitab Subul Al-Salam juga diterangkan bahawa penyusuan yang mengenyangkan dikira apabila bayi mula menyusu dan berhenti dengan sendiri apabila kenyang.
Bermacam-macam petua yang aku lakukan, asalkan hasrat aku untuk menyusukan Amsyar berjaya. Daripada memakan pil Asi, fenugreek pills, ubat periuk, jamu, ditambah lagi dengan pil-pil modern yang sedia ada, semuanya ditelan.  Namun haslinya masih sedikit. Aduhai....
Pam Elektrik : Sumber dari Google.

Berbekalkan  doa dan juga sokongan  daripada keluarga serta rakan-rakan rapat, aku cekalkan hati. Tetap juga gigih mengumpul setiap titis susu yang dipam. Sedikit demi sedikit. Dari 1oz ke 2oz dan seterusnya, akhirnya aku berjaya menyusukan Amsyar dengan cara ini (susu dikumpul hingga cukup 2oz ke 3oz dan diberikan kepada Amsyar melalui botol susu) dan membuatnya kenyang lebih 10 kali. Setelah itu barulah aku yakin untuk menyusukan Amsyar secara direct breastfeeding.
Menyusukan Amsyar secara direct breastfeeding juga merupakan satu cabaran kerana dia tidak biasa. Semenjak lahir dia hanya minum menggunakan botol susu. Agak sukar juga untuk memujuk dan ia memang memerlukan kesabaran yang sangat tinggi. Untuk melatih Amsyar menyusu secara  direct breastfeeding, aku menggunakan alat yang dinamakan “supplemental nursing system”. Alat ini mempunyai tiub yang dilekatkan diputing payudara. Ada botol susu yang disediakan untuk disambungkan pada tiub tadi. Secara teori, susu formula yang dimasukkan ke dalam botol tadi akan keluar dari tiub. Ini hanyalah sebagai rangsangan pada hormon si ibu dan bagi membiasakan si anak menyusu terus dari badan. Setelah berhari-hari berusaha, Alhamdulillah, aku berjaya.




Peralatan ini juga masih ku simpan rapi. Agak mahal juga. Tapi, telah berjasa pada aku dan Amsyar.

Tidak dapat aku gambarkan bagaimana perasaanku ketika betul-betul berjaya menyusukan Amsyar. Rasa sangat gembira, rasa sangat sayang, semuanya ada. Seolah-olah dia anak kandungku sendiri. Seperti tiada jurang antara kami. Aku berjaya menyusukan Amsyar sehingga usianya 6 bulan. Walaupun tidak dapat melakukannya sehingga  Amsyar 2 tahun, aku tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya, dia sah menjadi anak susuanku.
Pengalaman ini sebenarnya sangat berharga buat aku. Amsyar telah mengajar aku banyak perkara. Aku mula faham erti gigih dan terus berusaha.  Aku belajar maksud sabar, tawakkal dan yakin. Sesuatu yang hampir mustahil akhirnya berjaya dilakukan sekiranya kita yakin dan terus berusaha.

Semoga catatan pengalaman ini memberi manafaat kepada semua terutamanya kepada wanita-wanita yang ingin menyusukan anak angkat. Berdasarkan pengalaman sebenar, ia boleh dilakukan. Yang paling penting ialah komitmen, keyakinan dan usaha. In Shaa Allah. Anda boleh melakukannya.
Sekian. Wassalam.

*Cerita di atas adalah berdasarkan pengalaman sebenar seorang rakan.
Untuk herba2 yang berkaitan untuk menambah susu, boleh rujuk kepada  artikel "List of Galactagogues - Herbs that increase breastmilk production" (https://herblore.com)

Label:

November 21, 2013

Surah Al-Kahfi


"Lepas baca Yassin, jangan lupa baca surah Al-Kahfi" pesan emak setiap kali malam Jumaat. Masih segar pesanan itu dalam ingatan saya walau sudah lebih dua tahun arwah emak pergi.
Pesanan itu juga bukanlah bermakna surah-surah lain tidak penting, tetapi surah ini memang ada keistimewaannya yang tersendiri.

Bila merujuk pada buku-buku yang mengupas tentang surah Al-Kahfi, memang tidak dinafikan, banyak sungguh fadhilatnya dan saya mengambil kesempatan untuk kongsikannya di sini.

Terdapat beberapa hadis Rasulullah S.A.W yang menyatakan fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah ini. Di antaranya ialah sabda Baginda diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dari Abi Said Al-Khudri bermaksud:
"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, maka terpancarlah
di antaranya dan Baitullah"
 
Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda', daripada Nabi Muhammad S.A.W, baginda bersabda:
"Sesiapa menghafaz sepuluh ayat permulaan Surah Al-Kahfi, maka terhindar daripada Dajjal"
(HR Muslim, Abu Daud, An-Nasai, At-Tirmizi daripada Qatadah)
 
Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda', Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
"Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi, maka terhindarlah ia daripada fitnah Dajjal" (HR Muslim dan An-Nasai)
 
Surah Al Kahfi mangandungi 110 ayat dan merupakan surah ke 18 di dalam kitab suci Al-Quran. Menurut ahli tafsir, surah Al-Kahfi termasuk kategori surah Makkiyah. Di antara ciri-ciri penting surah Makkiyah adalah perbahasannya yang lebih memfokuskan kepada masalah akidah. Ini jelas ditunjukkan menerusi kisah-kisah yang terkandung dalam surah ini. Antara cerita atau penjelasan kisah yang dibawa di dalam surah ini adalah tentang beberapa pemuda Ashabul Kahfi yang diburu oleh pemerintah zalim, kisah dua orang pemilik kebun di mana salah seorangnya mengingkari nikmat Allah yang maha luas, kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir, dan juga kisah Dzulqarnain membantu kaum yang berhadapan dengan masalah yang ditimbulkan oleh Yakjuj dan Makjuj.
 
Surah ini juga mengajar kita, apabila berjanji, hendaklah  mangatakan "In Shaa Allah"
Dan jangan sekali kali kamu mengatakan terhadap sesuatu.."sesungguhnya aku akan mengerjakan itu esok".....Kecuali (dengan menyebut) "In Shaa Allah" Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah "Mudah mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini" (Al-Kahfi 23-24)
 
Semoga kita semua tergolong dalam orang-orang yang dirahmati Allah dan sentiasa berusaha untuk mendekatkan diri pada-Nya. Bersama-samalah kita amalkan surah ini dan moga sedikit ilmu yang dikongsikan di sini dapat memberi manafaat kepada semua. In Shaa Allah.
 
Sekian. Wassalam
Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Ibu saya.
 
Rujukan Utama:
1. Buku - Fadhilat & Hikmat Amalan Membaca Surah-surah Pilihan (Darul Nu'man)
2. Buku - Surah Al-Kahfi: Terjemahan & Huraian (PPZ-MAIWP)
 
 



Label:

November 19, 2013

The Size of Sorrow



This short story was shared by my friend few months ago..


An aging master grew tired of his apprentice's complaints one day. One morning, he sent him to get some salt. When the apprentice returned, the master told him to mix a handful of salt in a glass of water and then drink it.

"How does it taste?" the master asked.
"Bitter" said the apprentice.

The master chuckled and then asked the young man to take the same handful of salt and put it in the lake. The two walked in silence to the nearby lake and once the apprentice swirled his handful of salt in the water, the old man said, "Now, drink from the lake"

As the water dripped down the young man's chin, the master asked "How does it taste?"
"Fresh" remarked the apprentice
"Do you taste the salt?" asked the master
"No" said the young man

The master sat beside the young man and explained softly. "The pain of life is pure salt; not more, not less. The amount of pain in life remains exactly the same. However, the amount of bitterness we taste depends on the container we put the pain in. So, when you are in pain, the only thing you can do is to enlarge your sense of things. Stop being a tumbler. Become a lake!"..

Life is full of hardship. Wherever we go and whatever we do, our life will run into problems until our last breath.
But, definitely there are ways to solve it. The most critical parts are...how we handle those problems and how best can we manage the situations.
So guys, whatever comes to you....try to take it easy. Keep calm, stay positive and don't think too much..


Have a nice day..:)
Wassalam...

Label:

November 14, 2013

Hari Asyura


Assalamualaikum.
Selamat menyambut hari Asyura dan selamat berpuasa kepada sesiapa yang berpuasa sunat hari ni.

Saya bukanlah seorang ustazah dan tiadalah juga banyak ilmu di dada. Tapi, bila membaca beberapa artikel mengenai hari Asyura, memang teruja untuk mengkaji dan mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.

Mengapa hari Asyura dianggap istimewa?
Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal dari perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalender Islam iaitu 10 Muharram.

Hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Kerana itu jugalah orang Islam menghormati hari tersebut sebagaimana yang diamalkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Al-Imam at-Tarmizi telah meriwayatkan dari Abu Qutadah bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda:
"Berpuasa pada hari Asyura akan termasuk dalam hitungan Allah bahawa puasa itu akan menutup dosa setahun sebelumnya"

Kelebihan berpuasa di bulan Muharram sebagaimana diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu, Rasulullah S.A.W bersabda:
"Puasa yang utama sesudah Ramadhan adalah puasa di bulan Muharram"

Ada juga pendapat yang menyarankan untuk berpuasa sunat pada hari Tasu'a' (9 Muharram). Apakah yang dimaksudkan dengan hari Tasu'a'?

Sumber gambar dari facebook Ustaz Ismail Kamus

Semoga sedikit perkongsian ilmu ini dapat memberi manafaat untuk semua.
Sekian. Wassalam.

Label:

November 12, 2013

Dekat Tapi Jauh

Assalamualaikum

Semalam saya dapat bertemu semula dengan sahabat lama saya. Sahabat karib masa di universiti dulu...merangkap juga room mate dan coursemate..

Kalau nak diikutkan..tempat kerja kami bukan lah jauh sangat...sepelaung aje..Tapi, kenapa la begitu susah untuk meluangkan masa untuk berjumpa? :(

Bercerita tentang sahabat saya, Ana, beliau memang sangat baik. Masa belajar dulu banyak perkara pahit manis kami dilalui bersama...pergi kuliah..group discussion..buat assignment dan mengatur strategi pada masa peperiksaan..semuanya kami buat bersama sama..dari zaman matrikulasi sampailah di peringkat ijazah.

Perkara yang saya tak kan lupa ialah masa malam sebelum saya menghadiri temuduga biasiswa (anjuran majikan saya sekarang) untuk peringkat ijazah dulu. Beliau bersusah payah untuk meng 'alter' baju kebaya beliau untuk saya pakai pada hari tersebut. Khas untuk dipakai dengan penuh gaya :)
Alhamdulillah...saya berjaya mendapat biasiswa tersebut...terima kasih sahabat....aku tak kan lupa jasa baik kau sampai bila-bila.

Kini...masing masing sudah punya komitment..pada kerja, pada keluarga. Mungkin itu yang membataskan kami untuk berjumpa. Namun begitu bukanlah bermakna lupa..ingat tetap ingat..sahabat tetap sahabat.

Gambar adalah ihsan google

Semoga Allah merahmati sahabat saya dan ahli keluarganya.
Semoga sahabat saya dimurahkan rezeki dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi. In Shaa Allah. Aamiin.

Sekian. Wassalam.


Label:

November 10, 2013

Bila Rasa Tidak Dihargai

Assalamualaikum.

Kadang-kadang bila rasa diri tidak dihargai, perbagai perkara negatif yang terlintas di fikiran. Bermacam-macam benda yang di fikir. Aduhai..bersabarlah hati untuk bersabar
Beberapa hari lalu, saya berjaya mengumpul beberapa 'quotations'.
Eemmmm...bila hati sudah tercalar




Dan ada juga quotations yang agak positif..demi memujuk hati..huhu..:(



Gambar2 di atas adalah ihsan google...

Sebenarnya, cara terbaik manangani hati yang merajuk dan perasaan 'stress' ini adalah mengadu kepada Maha Pencipta. Memang saya tidak nafikan..itulah cara yang terbaik...
But sometimes i just need additional things..tak salah kan??

Sekian. Wassalam.

Label:

November 05, 2013

Selamat Tahun Baru


Setapak lagi kita melangkah
Bermulanya tahun baru hijrah
Semoga terus memperbaiki diri
Mengharapkan redha-Mu Ilahi

Tahun baru
Azam pun baru
Semoga urusan dipermudahkan
Tercapai segala impian dan harapan

Begitu pantas masa berlalu
Setiap saat mengejar waktu
Semoga kita tidak alpa
Tidak tenggelam dalam nikmat dunia

Hijrah mencari barakah
Hijrah menuju jannah
Semoga sentiasa berada di jalan-Nya
Agar hidup kekal bahagia

Marilah kita berpesan pesan
Tingkatkan amalan sebagai bekalan
Sebagai persiapan diri
Menuju akhirat yang kekal abadi

Sekian. Wassalam.





Label: