<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Januari 2017

Januari 31, 2017

Jadual Kehidupan Harian Yang Disusun Ustaz Ismail Kamus

Assalamualaikum.
Sedikit perkongsian yang di fwd oleh sahabat di whatsapp group



1. Bangun malam (sekitar jam 3 pagi) - mandi dan wuduk

2. Solat Sunat Wuduk

3. Solat Sunat Taubat

4. Solat Sunat Tahajjud

5. Solat Sunat Hajat (minta Allah kabulkan permintaan kita, bila-bila kita meminta)

6. Solat Sunat Witir 3 rakaat

7. Istighfar 100x

8. Tahlil 300x

9. Bacaan ' la ilaha illa Anta Subhanaka inni kuntu mina zalimin'

10. Tasbih 40x

11. Solat Sunat Fajar

12. Solat Subuh

13. Baca Yassin selepas subuh

14. Solat Sunat Dhuha

15. Solat Zohor (juga solat sunat sebelum & selepas)

16. Solat Asar (juga solat sunat sebelum)

17. Solat Maghrib (juga solat sunat selepas)

18. Solat Isya (juga solat sunat sebelum & selepas)

19. Sebelum tidur baca Surah Al-Mulk, Surah Al Waqiah & Surah Sajjadah

20. Setiap hari mesti sedekah walaupun sedikit


Sekian. Wassalam
Sebagai panduan dan moga dapat manafaat bersama.

Gambar: Google



Label:

Januari 16, 2017

Kisah 16 Januari

Assalamualaikum
Tarikh 16 Januari adalah tarikh yang penting dalam hidup saya. Pastinya tarikh ini sering diingati kerana ada banyak kenangan.

Pada tarikh ini, 14 tahun yang lalu, saya melahirkan anak saya, Adham, di Hospital KPJ Tawakal pada pukul 4.15 pm. Alhamdulillah, hari ini umur anak saya genap 14 tahun.


Moga anak saya, Adham, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, menjadi anak yang soleh dan taat kepada ibu bapa serta tercapai segala cita-cita dan hajat.

Anak kesayangan Mama dan Ayah 

Pada tarikh yang sama juga, 16 Januari, berbelas tahun sebelum Adham dilahirkan, saya memulakan sesi persekolahan di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Lumpur.
Setelah itu, bermulalah kisah hidup saya yang berjauhan dengan keluarga semenjak umur saya 13 tahun.

Bangunan Sekolah Seri Puteri sebelum berpindah ke Cyberjaya.

Terkenang kisah 'home sick', telefon Mak dan Abah setiap hari, makan nasi kawah, hidup penuh disiplin dengan jadual dan lain-lain lagi.
5 tahun di sekolah berasrama, pastinya ia satu pengalaman yang tidak mungkin dilupakan.
Alhamdulillah, hubungan dengan sahabat-sahabat sekolah juga masih berkekalan hingga kini.


Pandangan dari ward Hospital KPJ Tawakkal 

Dan pada tarikh ini juga, genap sebulan tangan anak saya, Afiq di 'operate'.
Tangan Afiq di'operate' pada 16 Disember 2016.
Saya masih ingat lagi di pagi itu, kami sudah berada di ward hospital dan bersiap sedia untuk operation tersebut. Saya menemankan Afiq hingga ke bilik pembedahan dan menunggu dengan penuh debaran hingga pembedahan selesai.

Selepas pembedahan #kpjtawakkal

Ada orang bertanya, kenapa memilih hospital itu kerana agak jauh dari rumah. Tidak dinafikan, memang agak jauh....tapi tak de la sampai gi obersea pun...hihi
Sebenarnya saya harus mencari doktor yang pakar tentang 'plastic & reconstructive surgery' untuk memulihkan tangan Afiq. Tambahan pula doktor dan kebanyakan pekerja di hospital itu adalah orang melayu dan beragama Islam.
Alhamdulillah, kini tangannya hampir sembuh dan akan memulakan sesi fisioterapi hari Sabtu depan. In shaa Allah.
Moga Allah memberi kesembuhan dan kesihatan pada anak saya.

Semoga segala urusan kita semua juga dimudahkan. Aamiin

Sekian. Wassalam.




Label: