<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Rancangan Malaysia ke 11

Mei 21, 2015

Rancangan Malaysia ke 11

Assalamualaikum



Rancangan Malaysia ke 11 (RMK ke 11) telah pun dibentangkan hari ini, 21 Mei 2015.
Rancangan untuk tahun 2016 ke 2020 merupakan rancangan pembangunan 5 tahun terakhir ke arah merealisasikan Wawasan 2020. Seperti yang kita ketahui, Wawasan 2020 telah dilancarkan pada tahun 1991. Wawasan 2020 telah menggariskan aspirasi Malaysia untuk menjadi negara maju dalam semua aspek merangkumi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan budaya.

RMK ke 11 merupakan satu pelan strategik ke arah pembangunan masa depan Malaysia selaras dengan impian rakyat bagi menikmati hasil pembangunan yang sewajarnya. Pelan yang bertemakan 'Pertumbuhan Berpaksikan Rakyat' ini merupakan satu pelan yang mengandungi 6 teras strategik:
  • Pertama : Memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat saksama
  • Ke 2: Meningkat kesejahteraan untuk semua
  • Ke 3 : Meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju
  • Ke 4 : Menuju ke arah pembangunan hijau bagi meningkatkan kemampanan dan daya tahan
  • Ke 5 : Memperkukuh infrastruktur bagi menyokong perkembangan ekonomi
  • Ke 6 : Merekayasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran
Semoga RMK ke 11 ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memberi keutamaan kepada rakyat jelata dalam semua aspek pembangunan. Pendekatan yang diberikan haruslah dapat terus membantu pertumbuhan ekonomi negara disamping meningkatkan taraf hidup rakyat. Semoga setiap lapisan rakyat dapat menikmati faedah daripada hasil kekayaan dan kemakmuran negara. Aamiin.

Sekian. Wassalam.

Gambar: Sumber.

Label: ,

22 Ulasan:

Di 5/21/2015 09:35:00 PTG, Blogger SalbiahM berkata...

pembangunan hijau? urm..banyak jargon pelik-pelik ni..apa-apa pun, moga hasilnya nampak da nasib rakyat miskin dan luar bandar terbela

 
Di 5/21/2015 09:38:00 PTG, Anonymous mrhanafi berkata...

tak sangka rancangan Malaysia dah masuk ke 11

 
Di 5/21/2015 09:38:00 PTG, Blogger Gee Lion berkata...

Okay. Dah banyak dah baca macam ni.

 
Di 5/21/2015 09:42:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Baca tadi pun..memang ada beberapa jargon yg aneh2...huhu
Thanks Sal :)

 
Di 5/21/2015 09:43:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Dah masuk ke 11..
macam2 ada..
Thanks HB :)

 
Di 5/21/2015 09:44:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Malaysia Boleh!!!.
Thanks Gee :)

 
Di 5/21/2015 10:17:00 PTG, Blogger Anisayu Nastutik berkata...

Semoga sukses RMK 11 nya
Sesuai tema
Bagus hasilnya
Gembira bahagia

 
Di 5/21/2015 11:07:00 PTG, Anonymous abg jay berkata...

semoga matlamat tercapai....

 
Di 5/22/2015 06:17:00 PG, Blogger Hanafi Abdullah berkata...

semoga Malaysia terus maju jaya hendaknya..

 
Di 5/22/2015 07:14:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Semoga tertunai segala impian dan harapan..
terima kasih mba Ayu :)

 
Di 5/22/2015 07:15:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Aamiin..
Semoga tercapai.
Terima kasih atas kunjungan :)

 
Di 5/22/2015 07:17:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Aamiin.
Semoga taraf hidup rakyat terus meningkat dan semua orang pun dapat merasa hasil dari kemajuan negara.
Thanks HB :)

 
Di 5/22/2015 10:28:00 PG, Blogger SalbiahM berkata...

macam GST jugak, benda macam ni kena explain in simple words.even yang educated pun belum tentu faham.

 
Di 5/22/2015 01:48:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Betul Sal. Tgk aje lah vocab yg dipakai. Semua canggih manggih. Itu baru perkataan yg digunakan, belum the whole context lagi..huhu

 
Di 5/22/2015 03:06:00 PTG, Blogger dear anies berkata...

kesejahteraan utk semua? sy hrp maksud SEMUA tu benar2 smpi ke matlamatnya... ;-)

 
Di 5/22/2015 03:21:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Moga2 begitulah...
Macam no komen jek..hihi. Tunggu & lihat
Thanks Anies :)

 
Di 5/22/2015 04:41:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

mlm tadi ada perdebatan / forum ttg ni di astro awani ... semoga ianya dilaksana dengan betul ...

 
Di 5/22/2015 05:14:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Itulah harapan seluruh rakyat jelata.
Pelan dah ada, yang penting sekarang perlaksanaan dan cara perlaksanaannya.
Thanks CM :)

 
Di 5/22/2015 07:19:00 PTG, Blogger Gee Lion berkata...

Dah banyak baca tu sebab kemain banyaklah hebat perancangan Malaysia ni, sudahnya.. hurmmm...

 
Di 5/23/2015 09:38:00 PTG, Blogger Khir Khalid berkata...

Harap2 rancangan dpt dilaksanakan dgn sebaiknya, in shaa Allah... Mudah2an bukan sekadar indah di atas kertas semata2.. :)

 
Di 5/24/2015 12:10:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Yang kat kertas, saya dah tengok. Memang indah.
Moga rupa seindah khabar..aamiin

 
Di 5/24/2015 12:13:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Perancangan kita memang tip top.
Moga perlaksanaannya......

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama