Februari 04, 2018

Tote Bag

Assalamualaikum
Dalam dunia ni..ada banyak jenis beg yang disukai wanita. Antaranya adalah tote bag.


Beg yang ringkas bentuknya serta ringan membolehkan ia dibawa ke mana saja. Nak bawa ke office, pergi shopping, pergi berkelah, kelas tution atau ke mana saja.


Saya suka beg ni sebab senang nak sumbat apa saja. Kalau nak pergi shopping waktu tengah hari (lunch hour) tak adalah orang nampak sangat kita bawak balik beg plastik dari supermarket atau hypermarket mana.
Ter-cover lah siket beg plastik sogo, parkson, isetan atau apa saja...:)


Tote bag yang ada dalam gambar ni adalah jenis reversible. Satu beg, tapi boleh diterbalikkan untuk mendapat 2 corak. Ada dua permukaan kata orang.
Boleh guna ikut mood..
Contohnya hari ni guna side A (gambar rama-rama). Esok boleh guna side B (denim)...


Tidak dinafikan, saya memang minat sangat dengan kain denim. Sebab tu kebanyakan hasil jahitan menggunakan kain jenis ini.


Gambar-gambar di atas adalah hasil kerja weekend ni. Alhamdulillah, dapat menyiapkan beberapa beg. 
Menjahit ni best tau sebenarnya. 
Moga hobi yang ini juga dapat menjadi salah satu sumber pendapatan. Aamiin.

Sekian. Wassalam.

My new collection






#totebag
#diybeg
#whitebarleybeg
#sewingdiary


12 ulasan:

  1. wah hobi macam ni memang da boleh buat income ni.
    siap logo "WB" di tag nampaknye tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga2 boleh tambah income...aamiin. Penting logo pengenalan diri tu..hihi.
      Thanks Padin

      Padam
  2. cantik..ada dua corak, mmg praktikal utk bawa gi shopping...
    hobi yg boleh menjana pendapatan..semoga sukses..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin...aamiin. thanks sis Nohas.
      Senang bawa tote bag kalau nak shopping. Bole sumbat semua barang.

      Padam
  3. Saya minat juga menjahit, tapi belum pernah lagi pecah rekod jahit beg. Terasa susah. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dah biasa menjahit..tak susah sangat rasanya. Boleh cuba.
      Thanks Aziana

      Padam
  4. WAH CANTIKNYA BANYAK BOLEH DIISI TU

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Kak Paridah. Saya suka beg yang ringkas dan bole isi banyak barang.

      Padam
  5. wahhh dah bercambah bisness nmpk nyer ni sis?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru nak mencubajaya...
      Doakan moga berjaya.

      Padam
  6. Cantiknya.. tryla jual sambil2 promote kat blog ni.. mana tau smbil2 minat boleh tambah2 rezeki :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Khir..baru nak start ni. Moga bole jadi sumber pendapatan. Aamin

      Padam

Google+ Followers

Pengikut