Mei 02, 2016

Biskut Oat Sukatan Cawan

Assalamualaikum


Hari ni terjumpa resipi biskut oat yang amat mudah. Caranya mudah, bahannya juga senang di cari.
Saya jumpa resipi ini di blog 'buatwanita.blogspot.my'

Jom tengok resipinya
  • 2 cawan tepung gandum (saya guna 1 cawan sahaja)
  • 2 cawan oat (saya guna 3 cawan). Saja letak lebih sebab cik Abang dah jeling2 kat oat yang dah lama terbiar sepi. Masa beli tak hengat...nak yang pack besar...huhu
  • 3/4 cawan gula kastor ( saya ikut sukatan ni, tapi rasanya agak manis. Kalau nak buat lagi next time mungkin guna 1/2 cawan saja. Mak tak suka guna banyak gula sebab dah manis....oohhohoho...silakan muntah hijau :D
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • Minyak jagung secukupnya

Cara-cara
  • Masukkan kesemua bahan kecuali minyak jagung ke dalam mangkuk
  • Lepas tu baru tuangkan minyak jagung sedikit-sedikit. Gaul bahan sehingga menjadi doh.
  • Buat bulat kecil-kecil (saiz ikut suka) dan leperkan. Susun di dalam dulang pembakar. Boleh juga kalau nak letak hiasan coklat chip atau badam.
  • Bakar pada suhu 180°c selama 15 minit.
  • Sedia untuk dihidangkan.
Sila abaikan paras rupa biskut Mak tu. Next time kalau rajin boleh buat bentuk bunga ke, bintang ke atau teddy bear...haha

Sekian. Selamat mencuba.
Wassalam.


25 ulasan:

  1. simpan resepi untuk buat dkt raya nanti heh..heh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh dicuba nanti Kak. Agak senang jugak nak buat.

      Padam
  2. Wah nih resep manteb mbak... Izin saya copy ya mbak biar saya prin untuk istri saya buat cemilan nanti bulan puasa mbak.!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan..boleh ditambah hirisan buah kurma jika suka.

      Padam
    2. Siap mbak makasih mbak... Kurma jiah makin gak sabar mbak.! Hehehe kayaknya uji coba pertama besok sudah harus dimulai nih. Xi xi xi

      Padam
    3. Boleh dicoba...kalau sudan siap, biskutnya di share ya :D

      Padam
  3. kalau dah siap untuk dihidang
    tak kira apa jenis rupa bentuk, ngap aje hihii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi kalau mata tgk tv dan tangan dalam balang kuih..hihi :)
      Tapi ada juga orang yang sgt pentingkan 'presentation'

      Padam
  4. Boleh saya cicipi dulu buatan mrs. fidah? :))

    BalasPadam
  5. bolehlah refer utk buat raya nanti. plannya tahun ni taknak beli biskut dah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun plan nak buat sendiri thn ni. Cari yg simple2...

      Padam
  6. Superb!! terasa pulak mood raya dah saya tengok biskut oat ni... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penuh ler meja dgn biskut raya thn ni.. :)

      Padam
  7. dah mula cari resepi biskut ya...hihi

    BalasPadam
  8. Sedap nya lahaiiii..Thank you sharing resepi Kak.. ☺

    BalasPadam
  9. Bagus resepi ni boleh cuba nice...

    BalasPadam
  10. Balasan
    1. Nah....gi main jauh2..hihi
      Thanks Anies

      Padam
  11. Tq share resepi! Satu adunan dpt berapa pcs ek?

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut