Jun 01, 2015

Rendang Daging, Hati & Paru


Assalamualaikum

Rendang...with xtra daun kunyit bertaburan.. :)

Hari ini saya ingin kongsikan satu lagi resipi kawan saya, Kak Nina, office mate yang memang pakar dalam hal masak memasak. Kalau kat office ada buat pot luck, rendang Kak Nina ni memang menjadi sasaran.

Bahan-bahan:
500 gram daging lembu
250 gram hati
250 gram paru
1/4 cawan kerisik
Santan kelapa (1 kilogram - dah beli siap2 kat kedai, tak sure dari berapa biji...huhu)
1/2 cawan air asam jawa (boleh diganti dengan asam keping)
Gula melaka (ikut suka nak banyak mana. Saya guna 1/4 dari saiz)
Garam secukup rasa
2 sudu makan serbuk ketumbar*
1 sudu makan jintan manis*
1 sudu makan jintan putih*
* Saya tambah...

Bahan kisar:
6 biji bawang merah
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
10 biji cili kering (boleh tambah jika mahu pedas)

Bahan mayang:
4 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit


Cara-cara:
  • Tumis bahan kisar sehingga naik bau
  • Tambahkan serbuk ketumbar, jintan putih dan jintan manis. Tumis lagi.
  • Masukkan daging, hati dan paru. Gaul rata semuanya.
  • Tunggu dalam 3 ke 4 minit
  • Masukkan santan. Masak hingga daging empuk. Boleh tambah sedikit air jika daging belum empuk
  • Masukkan air asam jawa, gula melaka dan garam. Rasa manis dan masinnya
  • Bila daging sudah betul-betul empuk, masukkan kerisik dan gaul rata
  • Masukkan daun limau purut dan daun kunyit yang sudah dimayang.
  • Tunggu sehingga kuah pekat.
  • Sedia untuk dihidangkan.
**Kalau keluarga saya, suka makan rendang ni dengan pulut kuning...

Sekian. Selamat mencuba.

"Knowledge increases by SHARING, not by SAVING


31 ulasan:

  1. ternyata macam sedap menu tersebut..jom mencuna

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan cuba resipinya... :)
      Thanks HB

      Padam
    2. tunggu ada kelapangan waktu..biasa saya cukup sibuk dengan blog dan bisnes sekarang ini

      Padam
  2. waduhhhh sedapnya apru...rs mcm dah bertahun x makan ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun dah lama tak makan rendang paru..tu yg buat tu.
      Thanks Anies :)

      Padam
  3. wah sedap ni boleh simpan resepi utk masak rendanng raya nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan Kak Paridah..
      Terima kasih & selamat bercuti bersama keluarga :)

      Padam
  4. Pingin nyobain rendang daging ayam ah aku mah Miss.. dan terima kasih tipsnya Miss Fidah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan Miss Wida.
      Boleh juga digunakan resepnya untuk ayam.
      Terima kasih :)

      Padam
  5. Enak euy keliatannya. Bikin lapar lagi. Mana belum sarapan pagi. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan tengok gambarnya Mr Ridha..:D :D
      Thanks

      Padam
  6. blh buat menu utk ramadhan nanti juga raya ni ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok jugak nak buat menu Ramadhan. Rendang tahan lama..boleh simpan utk sahur sekali.
      Thanks Vee :)

      Padam
  7. Wah sajian sedap
    Nikmat disantap
    Nafsu makin meluap
    Rendang hati paru masih berasap...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya silakan..
      Makanan warisan sepanjang zaman

      Thanks Mba Ayu :)

      Padam
  8. Siapa yg tak suka rendang, tak taulah apa nak cakap hehee.. dengar nama je terbuka selera!!.. sedap ni.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rendang...makanan warisan turun temurun.
      Tak lengkap raya kalau tak ada rendang :D
      Thanks Khir.

      Padam
  9. sedapnya rendang...
    mcm nak raya pulak

    BalasPadam
  10. bikin ngiler rendangnya,
    ntar deh mau coba bikin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan coba :)
      Terima kasih atas kunjungan.

      Padam
  11. sedapnya...boleh dicuba untuk lebaran..mkn dgn lemang, perghh..menjilat jari..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan Nohas..boleh buat cicih dengan lemang..
      Thanks :)

      Padam
  12. wahhh.... sedapnya... peberet hubby sy ni Fidah.. sy klu rendang daging makan lah..klu hati & Paru tu tak makan... hehe..
    sesekali je masak rendang ni... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu buat daging..ni saja nak try letak benda2 lain.
      Thanks :)

      Padam
  13. alamak, rendang2 ni, one day nak sangat belajar buat!!! in shaa ALLAH :) doakan ye saya mmpu masak rendang heee

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut