Mei 22, 2015

Pergilah Derita


Di dalam kapal usang
Ada nyawa yang kian lesu
Hidup berhimpitan dan kelaparan
Mengharung derita yang tiada penghujung

Terjerat dalam kekejaman
Terbelenggu dalam penindasan
Mencari tempat untuk berteduh
Masih adakah simpati di bumi 

Sudah kering air mata
Mencari saudara berkongsi sengsara
Tidakkah mendengar rintihan hati
Mesti kah derita ditanggung sendiri

Pergilah sedih, pergilah duka
Demi kehidupan yang masih bersisa
Walau langkah tidak berhaluan
Menuju destinasi yang masih kelam

SALAM BUAT ROHINGYA


Fidah Shah
@22 May 2015

Gambar : sumber

24 ulasan:

  1. smlm sy terbaca kt 1 blog ni mereka x diiktiraf oleh undang2 sbg warga myanmar sbb mereka dtg slps pemerintahan British...ishhh mengarut betul! pd hal mmg da niat diorg utk mengusir mereka sbb mereka beragama Islam!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann...alasan semata.
      Tapi apa yang dibuat tu, teramatlah zalim...uuuhhhh!!!!

      Padam
  2. bumi Allah ni luas . di sebalik hati yg busuk , tentu byk hati yg mulia ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah. Bantuan akan tiba. Mungkin yang lebih baik. Aamiin

      Padam
  3. bersabarlah saudaraku setelah ujian ini terlewati maka tidak akan ada lagi lelah dan penderitaan selamanya kekal dan abadi di Jannah Amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perancangan Allah lebih baik. In shaa Allah.
      Moga nasib mereka terbela. Aamiin

      Padam
  4. haish.. sedihlah kak fida.. sensitip benar isu2 mcm ni.. yg membuat lagi sedih, saya dan kita takde kuasa utk membantu mereka.. :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita tak ada kuasa... :(
      Kadang-kadang, dengan tidak membantu mereka tu, dikira sebagai ujian juga ke?..Takut kan. Wallahu'alam.
      Apa pun, bumi yang kita pijak ini pun, milik Allah juga.

      Padam
  5. ujian untuk mereka sangat berat..bila dah tahap susah macamana nak solat 5 waktu ..

    melihat gambar hati saya sangat terusik..sedih teramat sangat dan dalam masa yang sama bersyukur tinggal di Malaysia..

    sebagai bukti kecintaan pada Malaysia saya rela bayar GST

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ujian untuk mereka sangat berat. Moga ada ganjarannya di atas kesabaran mereka hari ini. Aamiin

      Kalau ada Pak Menteri baca ayat last tu, boleh mengalir air mata di buatnya :D

      Padam
  6. SEDIH SEKALI UJIAN YG MRK LALUI, DIUSIR DARI TANAH AIR SENDIRI...ALLAH SENTIASA MELINDUNGI HAMBA2NYA DISEBALIK SESUATU YG TERJADI ITU ADA HIKMAHNYA...PASTI ADA SINAR TERANG UTK ROHINGYA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga Allah sentiasa melindungi mereka. Dan kita juga. Aamiin.
      Semoga ada harapan baru buat mereka nanti.

      Padam
  7. Semoga Allah memberi pertolongon dan melindungi mereka sebaik2nya.. aamiin ya Rabbal alaaniin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga diberikan pertolongan dan di ringankan segala bebanan. Aamiin

      Padam
  8. teringat lagu 'Selamat Malam Rohingya'..semoga kerajaan kita akan buka mata dan contohi kerajaan Turki

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedih kan lagu tu...
      Ketika semua orang masih lena :(

      Padam
  9. smoga Allah memudahkan penderitaan mereka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..aamiin..Ya Rabb...
      Thanks Pha Is

      Padam
  10. Sebenarnya okje tak ikut sangat cite pasal Rohingya ni FS. Harap baca kat blog huhu.....Maklumlah lama tak baca paper...mmg katak bwh tempurung betullah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesian kat dia orang. Tak tahu nak kata apa dah.
      Tetamu dah depan rumah, tapi tak diajak masuk.
      Mungkin kita sendiri juga ada banyak masalah lain, tapi sekurang kurangnya bagilah interim solution. Tak kan nak biar kat tengah laut.
      Apa2 pun, semoga ada tempat yang lebih baik untuk mereka...

      Haha...kan Mak Jemah dah membebel lagi2..
      thanks okje :)

      Padam
  11. simpati sangat dengan mereka Fidah..smpi menitik air mata..yg kanak2 & wanita tak dpt bayangkan nasib mrk...:(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesian kan..
      moga Allah mudahkan segala urusan mereka..aamiin

      Padam
  12. Tak sanggup nak tengok, sedeh...sebak, macam2 rasa.

    BalasPadam
  13. kesian diorg, semoga ada sinar kebahagian dan ditolong juga satu hari nanti

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut