Mei 23, 2015

Florentine Cookies / Almond Crunchy


Assalamualaikum

Setengah orang panggil florentine cookies, tapi di kampung saya benda ni dipanggil almond crunchy..
Jom kita lihat resipinya.
Sangat mudah dan ringkas. Sesuai untuk dijadikan salah satu dari koleksi kuih raya kita.
Walaupun harga bahan-bahanya agak mahal,...tapi, lagi mahal kalau beli yang dah siap. Apatah lagi kalau kira sekali GST...huhu :(

Bahan-bahan:

  • 200 gm tepung Florenta (boleh di dapati di kedai-kedai menjual bahan membuat kek)
  • 200 gm badam (almond) keping
  • 150 gm kuaci hijau (boleh di tambah jika suka lebih effek warna hijau)
  • 20 gm bijan hitam

Cara-cara::
  • Bakar badam dan kuaci hijau dalam oven pada suhu 160c selama 5 minit. (tengok oven jugak. Jangan sampai badam hangus ya..)
  • Satukan semua bahan di dalam bekas
  • Gaul rata 
  • Alas loyang (14 x 14 inci) dengan kertas kek - Loyang nak besar mana pun boleh, asalkan muat kat oven masing-masing. Pastikan kertas kek menutupi seluruh permukaan loyang. Lebihkan sedikit supaya mudah diangkat.
  • Masukkan bahan ke dalam loyang. Masukkan sedikit-sedikit (saya agak-agak sahaja banyak mana - mengikut ketebalan cookies yang kita mahu). Note : Jangan banyak sangat sebab kalau tebal, cookies akan jadi terlalu manis. Jangan juga tipis sangat, sebab takut mudah pecah berderai. Gunakan konsep 'yang sedang-sedang saja'..huhu
  • Gaul rata. Saya tekan sedikit guna sudu supaya seluruh permukaan kelihatan rata (lihat gambar)
  • Bakar dalam oven selama 10 minit pada suhu 160c sehingga karemelnya keperangan.
  • Potong sebaik sahaja keluar dari oven (kalau cookies sejuk, ianya menjadi keras dan susah nak potong). Boleh guna roller (yang di gunakan untuk potong pizza) atau pakai pisau pun ok.
  • Ulangi langkah sampai ke semua bahan habis.
  • Setelah sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.

Gambar-gambar original dari dapur.....hehe :)

Sekian. Selamat Mencuba.
Wassalam.

28 ulasan:

  1. sedap ni..buat snacks kat ofis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadikan snacks kat opis memang best. Sambil2 minum kopi :)
      Thanks Nohas.

      Padam
  2. pandainya fidah...sedap ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau cookies yg simple2 macam ni..boleh la siket2..
      Thanks Kak Paridah. Salam hujung minggu :)

      Padam
  3. Balasan
    1. belum lagi Sal..hihi
      Saja nak melayan hobi. Lagipun anak yang kecik suka cookies ni.

      Padam
  4. crunchy sangat i tengok nih recipi cake internasional di dedahkan disini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh di coba resepnya Mr Abdullah.
      Terima kasih atas kunjungan :)

      Padam
  5. seriously cookies ni memang sedap!!hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun suka jugak...hihi
      Terima kasih Izzati :)

      Padam
  6. Fuhh sedap ni klu dpt mengunyah sambil blogwalking.. :)

    BalasPadam
  7. lepas ini boleh buat untuk musim raya yang bakal tiba ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Plan nya macam tu la..Kira dah lepas 1 jenis kuih raya
      Thanks HB

      Padam
  8. Satu masa dulu cookies ni mmg femeskan FS....la ni kurang dah viralnya...

    Walaupun sedap, tp sampai sudah okje tak permah buat sendiri hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat hari tu pun..sebab budak2 mintak. Terpaksalah mak dia orang buat2 rajin..hihi
      Thanks Okje :)

      Padam
  9. Sy mmg suka mkn boleh baham berkeping2 - ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Manis dan lemak berkrim...hihi
      thanks anies

      Padam
  10. boleh nih di coba resepnya gan


    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan..
      terima kasih kunjungannya :)

      Padam
  11. dulu rajin jugak beli, buat makan waktu tengah kerja.. sedap.. hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Buat krup krap kat opis..memang best
      Thanks Gee

      Padam
  12. sodappnya fidah... klu dekat nak tempah lah..sini masih susah nk jumpa..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe..baru nak refresh siket2..
      Boleh dicuba resipinya ni Atie..
      Thanks :)

      Padam
  13. satu keluarga dgn bipang ni cuma jenis kekacang je berbeza. saya mmg suka mkn sambil layan tv ... heeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha..betul tu Vee...
      ala2 kuih bipang. Rasa nak buat experiment guna kacang tanah pulak.
      thanks Vee :)

      Padam

Google+ Followers

Pengikut