Januari 23, 2018

Bila Lelaki Curang Terkantoi

Assalamualaikum

Semalam sibuk tentang viral seorang isteri menampar suami di sebuah pusat membeli belah. Mungkin si isteri sudah hilang sabar apabila melihat anaknya dibiarkan tanpa jagaan sedangkan si suami seronok berdating dengan perempuan lain dan si isteri pula terpaksa pergi bekerja untuk menambah pendapatan keluarga. Kalau terjadi macam tu, perempuan manalah yang tak marah...


Sebenarnya kat dalam dunia ni ada banyak lelaki yang setia, tapi tidak kurang juga yang curang atau cuba-cuba membuat skandal di luar. Bila dah tertangkap (baca: kantoi) barulah nak mengelabah dan tak keruan.

Ni adalah contoh-contoh ayat bila lelaki terkantoi:
  • Dia cuma adik angkat.  Tahun 80an dulu biasa dengan istilah adik angkat ni. Rupanya zaman sekarang pun masih ada. Alasan biasa. "Dah lama jadi adik angkat dan dah terbiasa berkongsi masalah bersama. Adik angkat tu, dah jadi sebahagian dari hidup I". ...eerrmmmm. Entah ya atau tidak adik angkat. Esok-esok siapalah yang terangkat. 
  • Kami cuma berbincang hal kerja. "I dengan dia cuma officemate". Tidak ada discuss hal lain. Semua pasal kerja. Dari celik mata di awal subuh sampai lah pejam mata di waktu malam. "Kami discuss pasal kerja aje. Tak lebih dari itu"....Tak cukup discuss dari pagi sampai malam, kena pergi outstation la pulak. Kesian ya. Banyak betul kerja....eerrmmm..betul ke kerja?
  • Dia yang contact I dulu. Ini alasan selamat buat sang suami. "I tak buat apa pun. Dia yang contact i dulu". Tidak dinafikan banyak juga perempuan di luar sana yang nak try suami orang, tapi kalau tidak dilayan, tak menjadi juga. Betul tak?
  • "Atau You Sebenarnya Yang Curang?". Ini teknik reverse psikologi. Di tuduhya si isteri pulak yang cuba berlaku curang demi menutup kasalahan sendiri. Si isteri mungkin akan rasa bersalah kerana menuduh suami yang bukan-bukan dan pastinya akan mendiamkan diri kerana tidak mahu memulakan pergaduhan. Kesian ya. Lelaki yang berseronok-seronok di luar, perempuan juga yang dipersalahkan :(
  • Awaklah pilihan saya dunia dan akhirat. Ni pukul mati punya jawapan. Apa lagi nak dikata kalau sudah terkantoi secara terang terangan. Terpaksalah mengaku dan sanggup bersumpah setia dengan si isteri sampai mati. Isteri dipujuk rayu dan dijanjikan bulan dan bintang. Dan ketika ini jugalah gambar-gambar bersama isteri yang ala2 till jannah keluar di semua media sosial :D



Semoga keluarga kita beroleh kebahagiaan...aamiin.

Sekian. Wassalam.

Gambar: google
Rujukan: blog oh bulan.








12 ulasan:

  1. Mungkin di pihak isteri juga perlu lakukan sesuatu agar tidak terjadinya perbuatan main kayu tiga ni... mcm yg kita tau nafsu lelaki ni ada 9... akalnya 1...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya..kedua dua pihak ada peranan masing2

      Padam
  2. BANYAK BETUL AKAL NAFSU LELAKI YA ANIES HEH..HEH..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang-kadang akal yg 9 belum tentu boleh mangawal nafsu yang satu :(

      Padam
  3. macam2 alasan, kreatif depa ni..ada yg pandai makan, pandai simpan, bila dah meninggal, baru muncul no.2, no. 3 dgn anak berderet..sian first wife, nak marah, suami dh mati, redho je lahh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak kes macam tu. Kesian kat 1st wife yg setia... :(

      Padam
  4. Semoga bukan daripada golongan kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin. Semoga kita, keluarga dan seluruh keturunan kita tidak termasuk dalam golongan ini.

      Padam
  5. alasan adik angkat tu kalo zaman 2018 ni dok kasi lagi memang ternyata IQ rendah hewhew.. semoga tak bertemu orang cemni. doa yang baik2 saja yuk =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Doa yang baik2 aje. Moga dijauhkan dari perkara2 yg macam ni...aamiin

      Padam
  6. Saya suami yg setia.. IQ pun tinggi :D.. alhamdulillah, cukuplah dgn kurniaan, kepercayaan dan kebebasan yg ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga keluarga Bro Khir bahagia hingga ke jannah...aamiin

      Padam

Google+ Followers

Pengikut