Februari 10, 2016

Ikan Talapia Cili Hijau

Assalamualaikum
Hari ini saya mencuba resipi talapia sambal/cili hijau.
Kebetulan ada ikan talapia fresh dari Sungai Pahang.
Saja nak tepek resipi kat sini. Senang sikit nak refer :)


Resipi ini saya ambil dari blog periuk tanah (www.periuktanah.blogspot.my)

Bahan-bahan:

  • 6 tangkai cili hijau
  • 1/2 sudu teh belacan (saya tak guna belacan sebab allergic...huhu)
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 asam jawa xtra Adabi
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
  • Tumbuk bawang merah dan bawang putih. Kisar cili hijau bersama belacan - Mak tumbuk guna batu lesung aje tadi :). Tapi, bawang dan cili tumbuk asing-asing.
  • Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu dan berbau wangi. Masukkan cili yang telah dikisar/ ditumbuk bersama sedikit air. Tumis hingga terbit minyak.
  • Masukkan asam jawa, garam dan gula. Kacau sampai berkilat. Matikan api dan tuang sambal ke atas ikan. Sedia dihidangkan
Nota : Mak tuang sedikit aje sambal kat ikan tu. Banyak-banyak nanti takut si kecik tu tak boleh nak makan pulak, takut pedas..




Mana-mana yang bukan budak kecik, boleh tambah sambal sendiri yang Mak dah hidang dalam mangkuk lain. Tak pedas nanti tak 'uummpphh' pulak.

Sekian. Wassalam


17 ulasan:

  1. Bunda makan jer kalau tak pedas sangat...samalah tak berapa bolih makan belacan ngan cili api juga... resdung... hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekapal lah kita bunda..resdung..hihi.
      Kalau nak makan jugak..kena stand by ubat

      Padam
  2. wow..sedapnya..terasa nak cuba makan pulak laptop saya nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan la sampai macam tu.
      p/s : Nanti bg tau..laptop rasa apa :D :D

      Padam
  3. Haish...memang terliur dibuatnya...tapi saya tak makan ikan talapia

    BalasPadam
  4. sedap ikan talapia dari sungai phg ni fidah...langsung tiada bau hanyirnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..setakat ni, masak tak hanyir

      Padam
  5. Untuk yang suka ikan sepertinya resep ini bermanfaat. Tapi aku termasuk orang yang tidak suka ikan atau seafood lainnya takuuuut :'D

    BalasPadam
  6. fuh terbaik.. nasib semalam petang mancing dapat 3 ekor talapia.. boleh la tiru resipi nie :D thanks for sharing

    BalasPadam
  7. Fuhh... ni buat makan tengah hari mmg marveles... especially time2 cuti santai2 kat rumah... best2... :)

    BalasPadam
  8. Talapia nie memang sedap masak apa pun, terliur kita...

    BalasPadam
  9. favourite ni...suka dua2 - talapia merah & hitam..

    BalasPadam
  10. Sangat sedap, fuh terliur tengok

    BalasPadam
  11. Wah....menjejes air liur mak ni tau FS. I like hokay!!! Ikannya pun suka, menunya pun suka...tak payah ada lauk lain dah..

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut