Mei 01, 2015

Pakcik Yang Jujur



Pada suatu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Ketika lalu di kawasan tasik, Pak Ali jauth tergelincir dan kapak buruknya tercampak ke dalam tasik itu. Pak Ali berasa sangat sedih kerana kehilangan kapaknya. Tiba-tiba muncul Sang Pari-pari tasik.

Pari-pari : Kenapa dengan engkau?
Pak Ali   : Kapak ku terjatuh ke dalam tasik

Pari-pari itu pun menyelam ke dasar tasik dan kembali bersama sebilah kapak perak.
Pari-pari  : Ini kah kapak kamu?
Pak Ali    : Tidak

Pari-pari itu pun menyelam lagi ke dasar tasik dan kembali bersama dengan sebilah kapak emas
Pari-pari : Ini kah kapak kamu?
Pak Ali   : Tidak. Kapak aku buruk sahaja.

Pari-pari itu pun menyelam lagi ke dalam tasik dan muncul bersama kapak buruk Pak Ali.
Pari-pari: Ini kah kapak kamu?
Pak Ali  : Ya betul. Inilah kapak aku.
Pari-pari itu sangat suka dengan sikap Pak Ali yang jujur lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Di hari yang lain pula, Pak Ali berjalan-jalan bersama isterinya di tepi tasik itu. Tiba-tiba isteri Pak Ali jatuh ke dalam tasik tersebut. Pak Ali duduk kesedihan di tepi tasik itu kerana tidak tahu berenang untuk menyelamatkan isterinya. Tiba-tiba muncullah Sang Pari-pari yang sama.
Pari-pari: Kenapa engkau bersedih?
Pak Ali  : Isteri ku jatuh ke dalam tasik

Pari-pari itu pun menyelam ke dalam tasik dan muncul bersama Emma Maembong
Pari-pari : Inikah isteri kamu?
Pak Ali   : Ya..ya..Inilah isteri ku (Pak Ali menjawab sambil menangis)
Emma Maembong

Pari-pari itu berasa sangat marah mendengar jawapan Pak Ali.
Pari-pari : Sungguh ku tak sangka. Kau yang jujur satu ketika dulu, telah pun menjadi tamak.
Pak Ali   : Aku bukan tamak. Kalau aku katakan 'tidak' pada Emma Maembong, kau akan bawakan pula Luna Maya. Dan kalau aku katakan 'tidak' juga pada Luna Maya, barulah kau bawakan isteriku. Apabila aku katakan 'ya' pada isteriku, kau akan berikan ketiga-tiganya pada ku. Sesungguhnya, aku yang miskin ini tidak mampu untuk menanggung mereka semua. Sekarang ini, macamlah kau tak tahu, semua barang dah mahal. Ada GST pulak. Nasib baik harga petrol untuk bulan Mei tak berubah .....hohoho

Sekian. Wassalam.

Gambar : Google
Cerita asal: FB




42 ulasan:

  1. saya suka cerita nie..biarkan saya gelak buat seketika.he..he..he..

    kalau emma mambong keluar sapa yang tak nak..atau mia ahmad ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha...amboi.
      yang cun melecun kenal saje..:D
      Thanks HB

      Padam
    2. la..biasa tu Fidah..normal untuk lelaki hebat

      Padam
  2. heh..heh..sakan duk gelak..biasalh kita dgn alasan sereleven situasi semasa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mencari ilham utk sampaikan berita harga petrol Kak Paridah..hehe
      Thanks :)

      Padam
  3. hahahahaha. bagus sekali akhir ceritanya.
    saya pikir certa biasa sekalinya luar biasa. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya sebuah kisah rakyat jelata..
      Terima kasih kunjungannya Mangs Aduls :)

      Padam
    2. sama - sama mba . terimakasih ceritanya

      Padam
  4. kalau pinginnya sih faham semua ceritanya, tapi cuma sebagian yang faham, nanti saya minta fidah buat cerita versi englishnya hehe.. terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama Teh...
      Sebuah cerita rakyat biasa saja..hehe :)
      Tq juga ya

      Padam
  5. mana lah dtg idea citr ni agaknya ... heheheee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cerita asal dari FB...tapi sy modify :)
      Thanks Vee

      Padam
  6. Itu pic siapa miss fidah? hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang mana Miss Wida?. Yang paling atas itu gambar kartun pak cik tua. Yang di bawah itu gambar artis Malaysia (seorang pelakon drama dan filem). Emma Maembong namanya.
      Thanks Miss Wida :)

      Padam
  7. Hahaha.. dlm lawak byk pengajaran yg kita dapat..;)

    BalasPadam
  8. kalau saya kan..saya akan jujur untuk dapat ketiga-tiga isteri ..hu..hu..berat nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amboi..amboi..cuba kita maintenance cost dia pulak..hihi
      Terima kasih atas kunjungan. Salam kenal :)

      Padam
    2. kos memang tinggi tapi perlu selari dengan income juga..

      anyway..salam perkenalan walaupun saya selalu berkunjung ke blog ini..he..he..

      Padam
    3. Ye lah tu...salam kenal lah sangatttt..

      Padam
    4. he..he...saje je..nak test memory tu.

      Padam
  9. Hahaa.. rugilah Pak Ali.. patut amik je tiga2... lepas tu pasti bertambah semangat bekerja menambah pendapatan... gst jadi hal kecik je dah klu mcm tu huhu.. :D :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yo yo ooor...semanagat la sangat. Habis pulak pokok dalam hutan tu Pak Ali tebang sbb nak bayar maintenance cost...hihi

      Padam
  10. Nak kata kesian kat pak cik tu pun tak boleh.
    Nak kata tak kesian, eh kesian jugak.

    Kesian kat bini dia lagi kot.
    Huhu..

    #GSTpunyapasal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannnn....
      Mentang2 yang mula2 keluar Emma Maembong. Sanggup dia biar minik dia tenggelam.

      Padam
  11. Pak ali yang baik
    Jujur dan cerdik
    Ketiga kapak jadi milik
    Tapi hanya mau satu istri cantik

    Pari-pari yang unik
    Penolong yang baik
    Ada yang sedih langsung panik
    Walau sedikit nyoba bukan maksud licik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cute puisinya Mba..haha

      Pak Ali yang baik
      Jujur lagi cerdik... :)

      Padam
  12. Balasan
    1. Tak yah nak kesian sangat...haha :D
      Thanks Anies

      Padam
  13. Haaha.....pakcik...pakcik.... pakcik ni mmg bijak. Mentang mentang le Emma Maembong comey lote putih melepak...laju jer yer hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannnn
      Tak menyempat nyempat pak cik nak jawab.

      Padam
  14. hahaha..boleh buat gelak tengah-tengah stress ni..hehe

    BalasPadam
  15. Ceritanya tentang kejujuran ya..mbak ...kejujura lebih mulya diatas segalanya dan mengalahkan sang kapak emas...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kisah cerita yang mengandung pesan agar supaya kita senantiasa selalu jujur dalam hal apapun...

      Padam
  16. Tasik itu tasikmalaya bukan mba? hehehe

    BalasPadam
  17. Jawaban pakcik sungguh bijak
    Tidak punya tamak
    Tak mau istri banyak
    Menanggung tak sanggup pulak...

    BalasPadam
  18. Assalammualaikum... fidah,

    hehehhe... gelak aje. No komen...

    mselim3

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut