Mei 10, 2015

Mawar Putih Untuk Mama


Kau sinaran bulan
Menyerikan bintang-bintang
Kau lah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untuk ku

Kau berikan Mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh Mama..oh Mama ku
Tiada cinta yang murni
Setulus cinta mu

Ku suntingkan Mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cinta ku

Lagu :Mawar Putih Untuk Mama
Penyanyi : Sharifah Aini


22 ulasan:

  1. mawar putih seharum sesuci hati ibu yg bersih...selamt hari ibu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari ibu juga Kak Paridah. Antara anugerah terbesar dalam hidup adalah mempunyai ibu dan diberi peluang untuk menjadi ibu...

      Padam
  2. lagu ini memang best..menusuk kalbu dan jiwa..hoho.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagu khas untuk ibu2...mesti la best :)

      Padam
    2. lagu khas untuk ayah ada tak ?

      Padam
  3. Doa diatas tak pernah lupa utk dititipkan... selamat hari Ibu sis...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari ibu juga atie.
      thanks :)

      Padam
  4. Mawar putih aku suka dengan keindahan yang terpancar dari mawar tersebut :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mawar putih sangat cantik. Lambang kesucian kata orang. Terima kasih Miss Wida :)

      Padam
  5. selamat hari ibu kepada kak fidah.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Gee...
      Selamat hari ibu untuk semua ibu2 dan bakal2 ibu :)

      Padam
  6. Luar biasa kak post nya, semoga ibu kakak senantiasa sehat wal afiat amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ibu saya sudah tiada.
      Tapi, terima kasih atas kunjungannya :)

      Padam
  7. Mawar putih
    Beraroma suci bersih
    Lambang cinta kasih
    Dari ibu tanpa pamrih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mawar putih suci
      Harum mewangi
      Lambang kasih sayang sejati

      Padam
  8. Aamiin.. semoga roh Arwah sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.. Al Fatihah.

    Al Fatihah juga buat seniwati dan biduanita Sharifah Aini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alfatihah..Aamiin
      Teringat pulak zaman kecik2 dulu, masa arwah mak saya masih ada :(
      Thanks Khir :)

      Padam
  9. Balasan
    1. betul. Mendalam maksudnya.
      Antara lagu faveret saya
      Thanks Anies :)

      Padam
  10. Dulu kat sekolah, kalau masuk talent time memang suka nyanyi lagu ni.
    Kalau akak tak nanyi, nanti cikgu yang suruh nyanyi lagu ni hehe....nostalgia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah...mesti ada gaya suara biduanita ni.
      Thanks kak Lynn :)

      Padam

Google+ Followers

Pengikut