Mei 09, 2015

Ada Apa Dengan MyVi?



Semenjak kereta myvi diperkenalkan pada tahun 2005, kereta ini adalah antara yang paling popular di Malaysia. Dengan bentuk yang comel (especially kalau warna macam gambar di atas), harga yang berpatutan dan kualiti yang bagus (sesuai harga), tidak hairan jika kereta ini menjadi antara kereta yang terlaris jualannya semenjak diperkenalkan hingga kini. Selain itu, ramai juga kawan-kawan saya kata, penggunaan minyak petrol bagi kereta ini juga agak menjimatkan.

Selepas kes kemalangan di Lebuhraya DUKE minggu lalu, populariti kereta ini terus meningkat. Yang tak bestnya, pengguna-pengguna Myvi lain tak tidak bersalah terus menerima tempiasnya. Inilah yang dikatakan, kerana nila setitik, habis susu sebelanga. Semoga mereka yang bertanggungjawab dalam kes ini, akan 'mendapat' apa yang sepatutnya mereka dapat.

Peringatan untuk kita semua, jalan raya bukanlah tempat untuk berlumba. Tak payahlah nak buat macam jalan raya sendiri dan mesti sentiasa ada perasaan 'timbang rasa'. Harus juga diingat, orang lain pun bayar cukai jalan jugak....eemmmmmm

Sekian. Wassalam.

Credit: Pemilik kereta Myvi Purple di atas :)



14 ulasan:

  1. trajedi yg menjadi sejarah dan menarik simpati serta kegeraman rakyat malaysia ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesian kan anak-anak yang ditinggalkan.
      Al fatihah untuk semua mangsa.
      Thanks Vee :)

      Padam
  2. myvi comel cantik tapi kalau disalahgunakn buruk jadinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesian pada si cantik comel jika salah digunakan.
      Thanks Kak Paridah :)

      Padam
  3. kesian pemandu Myvi yang lain, tak memasal kena tempiasnya...huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannnnn...
      Tak pasal2 kecoh.
      Thanks Sal :)

      Padam
  4. jangan kata myvi, pemandu kereta lain pun giler2 jugak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam tu lah jalan raya kat Malaysia ni. Especially kalau time sesak.
      Thanks Mama :)

      Padam
  5. Krn nila setitik rosak susu sebelanga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesian pada pengguna yang lain.
      Thanks Anies :)

      Padam
  6. Bab berlumba ni mmg macam2 kereta ada berlumba.. cuma kali ni terkena kat group myvi tu. Segelintir org yg tak berfikiran pulak lagi menambah huru hara. Habis yg tak bersalah pun tak pasal2 jadi risau hmmm... Pemandu yg salah bukan model keretanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pemandu yang salah. Kalau tak nak mengaku jugak tak tau la. Kat dunia boleh la sorok2. Kat sana nanti tunggulah tangan yang pegang steering, kaki yang tekan pedal minyak, mata yang melihat dan segala anggota lain jawab...eerrmm
      Hoho..emosi pulak Mak pagi2 ni.. :D

      Padam
  7. yg salah pemandu, bukan kereta. melainkan kereta tu sendiri bermasalah. mcm ferrari yg terbakar dua tiga bulan lepas.. itu memang.. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabar aje la kan..
      kerana nila setitik..

      Padam

Google+ Followers

Pengikut