April 19, 2015

Asam Pedas Johor

Assalamualaikum

Bila tengok orang lain masak asam pedas, teringin juga nak makan. Maklumlah, tekak orang Johor. Nasib baik jumpa ikan di pasar pagi tadi. Lagi pun, sejak ada GST ni, kenalah rajin-rajin masak sendiri..kan..kan..



Resipi Asam Pedas Johor (Ikan Tenggiri)

Bahan-bahan:
  • 2 keping ikan tenggiri
  • 10 ke 15 tangkai cili kering
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang kecil
  • 3 biji bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 cm kunyit hidup (atau 1 sudu teh serbuk kunyit)
  • 1 cm belacan (tapi saya tak guna belacan kerana kesan-kesan allergic..huhu)
  • 1 tangkai daun kesum 
  • 4 biji kacang bendi
  • Sedikit air asam jawa 
  • Garam (dan sedikit gula) secukup rasa - bergantung pada tekak masing-masing
  • 1 senduk besar (atau sesuai bahan) minyak untuk menumis 
  • 2 cawan air (atau bergantung pada kepekatan kuah - mengikut selera). Kalau saya, suka kuah asam pedas yang sedikit pekat.

Cara-cara:
  • Kisar cili kering, bawang besar, bawang kecil, bawang putih, halia, kunyit dan belacan.
  • Panaskan minyak di dalam periuk
  • Tumis bahan-bahan kisar tadi sehingga garing dan terbit minyak
  • Masukkan air, air asam jawa dan daun kesum.
  • Masukkan ikan - tunggu hingga masak.
  • Masukkan garam (dan sedikit gula - sebagai perasa sahaja, kalau tak letak gula pun ok. Kalau letak gula, jangan sampai macam nak buat air kopi pulak...huhuhu). 
  • Tunggu hingga kuah pekat sedikit.
  • Masukkan kacang bendi.
  • Sedia dihidangkan.
Sekian. Selamat Mencuba :)

*Sorry, presentation gambar kureng....Mak Jemah tak reti ambik gambar :(


30 ulasan:

  1. tengok nih ikan asam pedas, saya langsung lapar :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila ambil resepnya..dan coba masak..
      Terima kasih atas kunjungan :)

      Padam
    2. saya kira saya ajah kang.

      Padam
  2. HMM KECUR LIUR FIDAH..SEDAPNYA...

    BalasPadam
  3. Hidangan terbaik tengah hari hari minggu ni.. fuhh.. emel sikit.. laparlah pulak huhu.. :)

    BalasPadam
  4. Huh, my feveret ni. Tangkap leleh berasap ni Fidah.

    BalasPadam
  5. pandainya kak fidah buat resep, nak coba masakannya.. boleh kah..? aku copy resepnya ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru mau belajar ni. Silakan.
      Terima kasih ya :)

      Padam
  6. untung la si jejaka dapat dapat si Fidah nie..pandai masak..dan pandai berkata-kata

    terbaik..he..he,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kembang hidung Mak membacanya :D

      Padam
  7. apa shj masakan ada ikan tenggiri sy mmg bernafsu hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikan tenggiri superb....
      Masak kari boleh..goreng berlada boleh..singgang pun ok...hahaha terbaek!

      Padam
  8. saya pula x suka letak belacan sbb dr kecik mmg my bunda masak asam pedas x letak belacan . setahu saya yg letak belacan ni asam pedas melaka ... lagipun klu letak belacan bau tak sedap dan saya masukkan juga bunga kantan ... asam pedas saya asal batu pahat ... heeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya jarang letak bunga kantan..tapi daun kesum memang wajib...
      Nanti2 boleh la merasa asam pedas batu pahat ya Vee :)

      Padam
  9. Hmmm asam pedas
    Nasinya masih panas
    Sudah terbayang jelas
    Nikmatnya membawa puas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesukaan ku
      Menjadi menu
      Selalu...dan selalu
      Tq Mba Ayu :)

      Padam
  10. asam pedas kalau makan time tengahari boleh berpeluh-peluh ...hu..hu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semestinya bro..
      Mesti stand by kopi o ais..:)

      Padam
  11. Mba fidah kalo saya ke johor mau minta di suguhin ikan asam pedas ini ah.
    di suguhin baha johornya apa ya. Minta d traktir aja deh

    BalasPadam
  12. Masakan asam pedas ikan ke daging ke ayam ke, setakat ni memang bunda layan jer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pernah cuba asam pedas daging atau ayam...selalunya buat asam pedas ikan..
      good idea jugak ni Bunda..boleh try test :)

      Padam
  13. sempat lagi perli AM ye kak fida.. hehe..

    BalasPadam
  14. Cuba guna ikan tongkol, merah,pari,sembilang,kembung Dan parrot.

    BalasPadam
  15. Setakat yg cari, ni la resepi yang paling tepat kot. Yg lain tajuk asam pedas johor tapi macam da byk alter. Hehe

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut