Mac 14, 2018

Kalau Keledek Katakan Keledek, Jangan Menyamar Jadi Jagung


"Ini satu inovasi atau transformasi?"  - Puan Halimah (pakar motivasi)

"Taktik penyamaran luar biasa" - Mat Zaidi bukan nama sebenar (bekas mata-mata gelap)

"Keledek dan jagung, kedua duanya adalah makanan yang mempunyai nutrisi tinggi' - Dr Gie (pakar pemakanan)

"Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi. Mungkin saja rasa itu telah pergi" - Peterpan (artis)

"Aku yang dulu, bukanlah yang sekarang" - Tegar Septian (artis)

"Makanlah buah-buahan tempatan' - iklan sepanjang zaman

"Umur baru setahun jagung, tapi diam-diam keledek (baca: ubi) berisi rupanya awak ni" - peribahasa Melayu.

"Dengan teknik pemasaran yang betul, industri kerepek boleh memberi daya saing yang tinggi dan mampu menembusi pasaran global" - Azam Muda (pegawai pemasaran)

"Warna unggu pada keledek memberikan satu impak yang sangat misteri manakala kuning jagung begitu sinonim dengan warna matahari yang melambangkan unsur kekuatan" - Dewi (penggiat seni)

"Anak Si Leha tu, baru kaya siket dah lupa asal usul. Dah tak reti nak mengaku keturunan sendiri. Emaknya pun sama. Bukannya reti nak mengajar anak" - Team Mak Cik Bawang

Sekian. Wassalam.

Nota kaki: Kerepek keledek berperisa jagung ni memang best. Sila dapatkan di kedai-kedai berdekatan anda.






20 ulasan:

  1. hehehe
    dah makan tapi tak minat sangat yang rasa nih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikut tekak jugak..tapi yg perisa keledek sebenar pun best

      Padam
  2. kelakar entry kak Fidah ni..haha

    BalasPadam
  3. ada gak mcm ni..keledek berperisa jagung..

    BalasPadam
  4. kerana jagung sebatang rosak keledek sekebun hahahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hari ini menanam jagung, hari esok menanam keledek

      Padam
  5. sedap kot jagung n kledek bersatu n tambah durian sikit heh..heh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh buat tajuk cerpen ni..bila keledek, jagung dan durian bersatu..

      Padam
  6. gigih ye mencari qoute2 tu. hahaha

    BalasPadam
  7. kerepek sedap dimakan begitu sahaja..

    minum petang bersama orang tersayang lagi best

    BalasPadam
  8. Hahahahaha kelakar entri ni...

    BalasPadam
  9. Musang berbulu ayam ni.. eh! :D

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut