<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenience…

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Tudung Aidijuma #GoldLabel Giveaway by Anies

Januari 25, 2018

Tudung Aidijuma #GoldLabel Giveaway by Anies

Assalamualaikum
Hari ni saya nak join GA yang dianjurkan oleh Blogger Anies.


Syaratnya mudah
  • Follow blog Anies
  • Buat satu entry bertajuk 'Tudung Aidijuma #GoldLabel Giveaway by Anies
  • Tulis sebuah cerita yang ada kaitan dengan limited edition atau special edition atau edisi terhad atau edisi istimewa.
  • GA ini berlangsung dari 29 Disember hingga 31 Januari 2018
  • Ada hadiah menarik menanti

Tudung Aidijuma dan Saya.
Aidijuma ni boleh juga nak kata limited edition sebab kalau dah keluar sesuatu corak atau design, jarang corak tu nak keluar lagi. Kalau dah habis stok, selalunya memang tak ada lagi lah jawabnya. Sebab tu koleksi yang 'old season' masih ada harga.

Pernah dulu Aidijuma membuat sale (baca: jualan yang ada banyak diskaun). Sanggup pagi-pagi Akak pergi ke booth Aidijuma di Maju Junction (rasanya sekarang dah tak ada di situ). Punyalah ramai orang. Setelah bersesak-sesak, koleksi yang Akak suka ada yang sudah habis. Alangkah keciwanya hati. Tak apalah. Tak ada rezeki kot. Jadi, Akak teruskan saja proses nak bayar.

Cabaran ke dua adalah nak beratur bersama deretan manusia untuk membuat pembayaran. Masa beratur, nampak pulak satu Brader tu pegang tudung Aidijuma yang Akak suka (yang dah habis tadi tu lah). Dia ada bukan sehelai tapi ada banyak helai okey! Akak pun dengan muka tak malu bertanya kepada Brader tu " Encik, tudung yang warna pink corak butang tu, boleh bagi saya satu?". Akak membuat satu percubaan berani.
Brader tu pun terkejut agaknya. "Ambik la satu ni kalau awak nak". Ini Rezeki namanya.  Alhamdulillah. Maka berjayalah Akak membeli tudung tu...


Koleksi tudung Aidijuma. Tudung yang dimaksudkan ada di baris bawah, kiri sekali.

Sekian. Wassalam.


Label:

7 Ulasan:

Di 1/25/2018 12:11:00 PTG, Blogger nohas berkata...

Maju Junction dah kosong..Parkson pun dah takde..
akk suka pakai tudung bawal, selesa..breathable..

 
Di 1/25/2018 07:31:00 PTG, Blogger dear anies berkata...

tp laa ni byk store aidijuma da ttp... sedihnya... sy pn berpengalaman bersesak2 dulu nk bli selai tudung ni😊

 
Di 1/25/2018 07:32:00 PTG, Blogger dear anies berkata...

btw terima kasih sis krn menyertai.. all the best ya👍

 
Di 1/26/2018 07:31:00 PG, Blogger OKje berkata...

Tak ada collection tudung ni pun, malas dah nak menyesakkan bilik dgn pelbagai tudung weyh hihi... sarung jerlah mana yg ada nampaknya

 
Di 1/27/2018 06:22:00 PTG, Blogger hasliynda umairah beauty berkata...

good luck

 
Di 1/30/2018 06:24:00 PTG, Blogger Siti Yang Menaip berkata...

all the best.. gold label tuuuu =D

 
Di 2/03/2018 11:02:00 PTG, Blogger Khir Khalid berkata...

All the best!

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama