Jun 05, 2017

Kacang Pool dan Roti



Assalamualaikum.
Rasanya dah lama tak up date pasal resipi.
Bila bersembang dengan member pasal makanan kat Johor, tetiba teringat pulak kat makanan yang satu ni.

Saya pernah bercerita tentang resipi kacang pool pada tahun 2015 dulu, tapi version kali ni lain siket.

Resipi:
Bahan-bahan :
1 tin kacang foul (toskan dan ramas sehingga hancur) - boleh didapati di supermarket atau kedai menjual barangan makanan arab 
1 tin kacang panggang (optional)
200gm daging lembu kisar
1 biji bawang merah besar (kisar)
5 biji bawang merah kecil (kisar)
5 biji bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
1 1/2 sudu besar rempah kari
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 teh serbuk jintan putih
sedikit lada hitam (anggaran 1 sudu kecil atau ikut tekak masing2)
Minyak untuk menumis
Garam & gula secukup rasa
Air secukupnya (boleh masukkan kalau nampak kuah tu pekat sangat)

Kacang foul di kedai arab. Harga sebelum gst :)


Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga agak-agak garing
Masukkan serbuk kari, serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih
Bila dah agak-agak sebati dan garing, masukkan daging kisar (boleh tambah air dan tunggu sehingga daging empuk)
Bila daging dah masak, boleh masukkan kacang foul dan kacang panggang (kalau kuah pekat sangat, boleh tambah air lagi) 
Tunggu sehingga masak dan kuah agak2 pekat
Masukkan gula dan garam secukup rasa

Bahan-bahan sampingan:
Telur goreng mata kerbau (goreng sampai garing-garing manja gitu)
Bawang besar (potong dadu)
Lada hijau dan lada merah (hiris kecil-kecil)
Limau kasturi (belah 2)




Makan kacang pool tanpa roti adalah ibarat lagu tanpa irama...(hoho..betul ke?)
Jadi kenalah cari jugak roti. Nak makan dengan roti apa pun boleh.
Tapi lagi best kalau roti yang dibuat sendiri. Lepas tu letak butter dan bakar.
Untuk resipi roti, sila lihat di sini. Tapi itu resipi wholemeal bread.
Cuma kalau nak buat roti putih, sila gantikan kesemuanya dengan tepung high protein (anggaran 300gm) dan tidak perlu menggunakan tepung wholemeal

Roti putih, belum sapu butter lagi

Bila dah ada roti, bolehlah sapu butter (atau yang sewaktu dengannya) dan bakar. 



Sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba.
Mana tau boleh bagi idea untuk juadah berbuka puasa atau bersahur.

Sekian. Wassalam


10 ulasan:

  1. Wah macam sedap je. Nie

    Boleh juga cuba buat..

    BalasPadam
  2. SEDAPNYA MKN KACANG POOL DGN ROTI BUAT BEBUKA PUASA NANTI..

    BalasPadam
  3. Kalau order kacang pool ni, elok sgt matchkan dengan ABC.. Perghhh

    sihat ke? lama tak bertanya kabo berita :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..sihat padin. Thanks datang sini.
      Betul..makan dengan ABC..mak mertua lalu kat belakang..tak perasan..hihi

      Padam
  4. dulu kat kg ada org jual kacang pool ni pepagi tp pastu senyap trs x menjual pd hal masakan dia sedap...

    BalasPadam
  5. Biasanya klu x silap... klu jiwa org johor sejati mmg takkan lepaskan makan ni klu ada peluang kan kan kan :D :)

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut