Jun 16, 2016

Dodol dan Pressure Cooker

Assalamualaikum

Kalau dulu, nak masak dodol, pasti lebih 4 jam masa yang diambil untuk mengacau (biasanya buat time nak raya). Dah le tengah puasa, berdiri pulak depan api sambil mengacau. Bila dodol masak, orang pun terlepek...(tapi tangan sado lah...huhu)
Harapnya dengan menggunakan pressure cooker ni, kerja-kerja membuat dodol akan menjadi lebih mudah.



Sebenarnya dah lama saya teringin nak buat ekperimen memasak dodol dengan menggunakan pressure cooker. Alhamdulillah, tercapai juga hajat.

Oleh kerana bilangan ahli keluarga saya tidak ramai dan semuanya 'berperut kecil"...hihi...jadi saya buat dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Nama pun eksperimen kannn....
Resipi ini saya ambil di blog mamajue.com

Bahan-bahan:
  • 1 cawan tepung pulut
  • 1 cawan gula merah (saya rasa, kalau dapat gula kabung lagi bagus, sebab Mak Mertua saya guna gula kabung untuk buat dodol)
  • 1/2 cawan gula pasir (saya gunakan 2 sudu sahaja, sebab dah manis...buahaha)
  • 1 cawan santan (saya guna 1 kotak santan segera, tambahkan sedikit air untuk dapatkan 1 cawan santan)
  • 1 sudu tepung beras
  • 1 sudu tepung ubi (ni saya saja campur walau tak ada dalam resipi sebenar, saja nak tengok apa jadi. Lain kali Mak nak tambah durian pulak....ngeee)
  • Sedikit garam
  • 2 helai daun pandan


Cara-cara:
  • Masukkan kesemua bahan kecuali daun pandan ke dalam blender. Kisar sampai halus.
  • Tapis bahan yang telah dikisar
  • Tuang kesemua bahan ke dalam periuk (tutup periuk)
  • Tekan function 'stim'. Biarkan dalam 3 ke 4 minit.
  • Buka periuk dan terus kacau....perlukan stamina untuk kacau laju-laju supaya hasilnya tidak berketul-ketul. Masaknya juga sangat cepat ( #kecepatan ). Kalau ikut masa yang saya ambil tadi, lebih kurang 15 ke 20 minit.
  • Bila dodol sudah likat dan pejal (kira macam rupa dodol yang korang selalu jumpa...), boleh lah dimasukkan ke dalam bekas.
  • Biarkan sejuk... (tak boleh makan masa panas-panas, sebab Mak pose...haha)

Nota: ini percubaan kali pertama, nanti lepas di rasa dan melalui 'QA' punya proses, bolehlah diperbaiki mana yang kurang.

Sekian. Selamat mencuba

Wassalam.






11 ulasan:

  1. Ohm jadi boleh ya buat dodol pakai Blender ?

    BalasPadam
  2. boleh cuba ni xyah penat2 godeh2 dlm kuali.

    BalasPadam
  3. Membuat dodol memang membutuhkan waktu lama untuk hasil jadinya, panas dan keringan sudah menyatu :D

    BalasPadam
  4. Cepat betul masak guna pressure cooker ni ye FS.....Nak beli jugaklah hihi....mcm best jer.
    Mak tak suka sangat dodol, tapi Pak mertua suka hihi

    BalasPadam
  5. UTK KUANTITI YG SIKIT MMG LAA BOLEH SESGT PAKAI PERIUK NI ;-)

    BalasPadam
  6. baru nak suruh letak durian ... mcm nak cuba guna rice cooker lak . mana tahu boleh ... apa kata lepas ni fida cuba buat wajik lak ...

    BalasPadam
  7. Bisa dicoba resipinya
    Apalagi menjelang raya
    Tepat untuk sajian menggoda
    Rasa dodol yang warna gula..

    BalasPadam
  8. senang mcm ni, takyah kacau berjam-jam, berpanas depan api..lepas ni buat lempok durian..huhu..adik sy guna Noxxa, sedap dodolnya..cantik berkilat..

    BalasPadam
  9. Saya pernah mendaki Gunung Datuk, Rembau dengan berbekalkan
    dodol untuk tenaga... :D

    BalasPadam
  10. wahh..senang nya nak buat ni Fidah..hihi... adik2 beradik suami baru rancang nak kacau dodol raya ni :)

    BalasPadam
  11. Oh... baru tau boleh mcm ni eh... mmg canggih mcm ni... :)

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut