Oktober 13, 2015

Bunga Api dan Sambutan Maal Hijrah

Assalamualaikum

Alangkah meriahnya sambutan tahun baru masihi. Dengan percikan bunga api yang bewarna warni, letupan mercun yang berdentum dentam didahului dengan konset yang mendapat sambutan yang menggalakkan. Sungguh meriah dan mengasyikkan.
Sangat berbeza dengan sambutan Maal Hijrah.


Sambutan maal hijrah dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun dan disusuli dengan bacaan doa awal tahun. Acara yang sangat sederhana serta doa yang penuh pengharapan dan penyerahan kepada Sang Pencipta.

Bila bermula tahun baru, pastinya usia semakin bertambah dan ajal juga semakin hampir. Menurut Abu Hurairah :
Setiap kali datangnya tahun baru membuat aku risau dan resah kerana semakin singkat umur ku, semakin dekat ajal ku, semakin tipis waktu pengampunan Allah terhadap ku dan semakin dekat hari perhitungan ku.

Berbalik pada cerita bunga api. Sepatutnya memang tak perlu untuk sambutan sebegini dan yang sewaktu dengannya. Meriah memang meriah. Tapi, perlukan disorak andai ajal semakin mendekati?....:(

Hanya sebagai peringatan untuk diri sendiri.
Salam Maal Hijrah 1437.
Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikabulkan segala hajat.
Semoga ukhwah dan silaturrahim berkekalan serta maaf andai ada salah dan silap.


Sekian. Wassalam.
Gambar : google.


45 ulasan:

  1. membakar duit je tuu., huhu2

    salam maal hijrah juga ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Wak..dari bakar duit, baik derma aje duit tu..huhu

      Salam Maal Hijrah juga. Moga lebih suksess. Aamiin.
      Thanks Wak :)

      Padam
  2. Bar Brothers System Review

    As you start doing a regular exercise program, it's vital for you to include a number of compound exercises to hit multiple muscle groups at the same time. One such exercise is the push-up.

    http://binarymetabot.com/bar-brothers-system-workout-review/

    BalasPadam
  3. Salam Maal Hijrah 1437..berbeza sambutan tahun baru Hijrah..lebih spiritual dan keagamaan..sbb kita ada peristiwa agong yang perlu dihayati..ada sirah dan ibrah..tidak pernah jemu mendengar kisah agong ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Maal Hijrah Nohas. Betul tu...dapat menghayati sirah yang tidak pernah jemu membacanya.
      Thanks Nohas :)

      Padam
  4. bunga api sebagai pertanda kebahagiaan umat dalammenyambut tahun baru 1437 H, semoga kebahagiaan hakiki menjadi milik kita semua ya kak

    BalasPadam
  5. Salam Maal Hijrah Fidah... Sambutan dengan doa adalah lebih baik dan membawa barokah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awali dan akhiri dengan doa..moga barokah.
      Thanks Zumal :)

      Padam
  6. salam maal hijrah fidah.. tak elok sambut dengan bunga api begitu.. banyakkan berdoa dan bermuhasabah diri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Maal hijrah Aiza. Sebaiknya lebihkan berdoa dan bermuhasabah diri.
      Thanks Aiza :)

      Padam
  7. SALAM MAAL HIJRAH...BIAR BUNGA API BERSEMARAK DLM HATI KITA JER FIDAH TANDA MERAIKAN MAAL HIJRAH..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Kak. Moga pancaran indah bunga api yang berwarna warni itu sentiasa menyerikan hati kita..kata2 dari Kak Paridah ni memang selalunya best la..
      Thanks Kak Paridah. Salam Maal Hijrah :)

      Padam
  8. Masya Allah..:-) meriah sekali ya kelihatanya..
    Salam Maal Hijrah mbak Fidah.. Semoga kita senantiasa berada di jalan Allah :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu hanya gambaran sambutan tahun baru.
      Moga kita sentiasa berada di jalan Allah. Thanks Eksa :)

      Padam
  9. Memang seharusnya sebagai umat muslim, kita harus merayakan Tahun baru hijriah dengan meriah, Bukan cuma pada tahun baru masehi yang dirayakan... saya juga ikut berdoa awal tahun dan akhir tahun. semoga di awal tahun ini bisa lebih berkah...
    Happy New Year 1437 H

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahun hijrah seharusnya diraikan juga kan, mungkin dengan caranya yang tersendiri.
      Thanks AF :)

      Padam
  10. bunga api tu dah berapa kos dia kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ringgit Malaysia semua tuh...uuhhhh
      Thanks Suria :)

      Padam
  11. salam maal hijrahh dari kaknoor jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Maal Hijrah juga kak Noor. Moga tahun ini lebih suksess. Aamiin.
      Thanks :)

      Padam
  12. Salam Maal Hijrah buat Fidah....tahun ni 1437H...syukur masih bernafas kan...semoga tahun ni bertambah baik dari tahun sebelumnya...cepat betul masa berlalu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Syukur kita masih bernafas dan beroleh kesihatan. Masa..makin hari makin cepat lak rasanya.
      Thanks JM :)

      Padam
  13. Selamat tahun baru hijriah 1437H.
    Insya Allah kita semua semakin berkah kedepannya ya Saudariku. Salam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat tahun baru. Moga lebih suksess :)

      Padam
  14. saya paling berkenan dengan cara berdoa..hidup orang Islam awesome kerana doa..sebab doa itu adalah ibadah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga semuanya dikabulkan...aamiin

      Padam
  15. Waw meriah kali,tpi kalau di tmpat saya hanya lantunan ayat2 suci,dan juge bersedih krna kabut asap yg tak kunjung hilang.
    Selamat tahun baru hijriah 1437H :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat tahin baru. Koga lebih suksess

      Padam
  16. Salam Maal Hijrah Fidah.. di mulai dgn doa akhir & awal tahun amat sayu, sebak...
    makin bertambah tahun maka bertambah lah usia kita..bersedia kah kita??
    moga tahun ini lebih mendekatkan kita pada Allah...aminn..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat tahun baru. Moga tahun ini lebih suksess

      Padam
  17. Salam Maal Hijrah buat Fidah sekeluarga... semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya dgn sepenuh keberkatan dan kejayaan yg berterusan... aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga tahun ini dan tahun2 hadapan akan membawa lebih kejayaan dan kekayaan. Aamiin

      Padam
  18. salam maal hijrah...azam tahun baru saya nak tambah kenalan blogger.
    Selamat berkenalan

    BalasPadam
  19. salam maal hijrah kak Fidah...semoga tahun baru ni lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya

    BalasPadam
  20. lama xsinggah sini....heheheh....salam maal hijrah

    BalasPadam
  21. Menarik sambutan tu tapi macam tak seronok pula ada pertunjukan bunga api..huhu

    BalasPadam
  22. kullu 'amin wa antum bi khair salam hijrah 1437

    BalasPadam
  23. Di sini tidak ada bunga api menyambut tahun baru, walaupun ada carnival anak-anak sekolah.
    Selamat Tahun Baru 1437 H
    Semoga ke depannya, semua menjadi lebih baik. Amin.

    BalasPadam
  24. Harusnya bakar ikan atau ayam,,,bikin kenyang lagi,,,

    BalasPadam
  25. salam maal hjrah ... sis x dapat melakukannya thn ini ... huhuhuuu

    BalasPadam
  26. Amin....amin....ya robbal alamin...kekadang pelik kan kita ni FS, taunya umur tu semakin pendik, hampirnya kita dengan kematian tp ada masanya kita tetap lagho....huhu....

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut