April 17, 2015

Solusi

Assalamualaikum


Seorang ayah mewasiatkan 17 esok kambing untuk dibahagikan kepada anak-anaknya. Setelah bapa tersebut meninggal dunia, anak-anak beliau membaca wasiat tersebut.

Berdasarkan wasiat:

  • Anak yang pertama mandapat separuh (1/2) daripada 17 ekor kambing tersebut. 
  • Anak yang ke dua pula mendapat satu per tiga (1/3) daripada 17 ekor kambing 
  • Anak yang ke tiga mendapat satu per sembilan (1/9) daripada 17 ekor kambing. 
Pergaduhan terjadi apabila anak yang pertama cuba mengambil bahagiannya. Bagaimana 17 ekor kambing mahu dibahagi kepada dua bahagian. Pasti ada seekor kambing malang yang menjadi korban kerana dipotong dua... Itu belum lagi kambing yang harus dibahagi 3 atau sembilan...:(:(

Lalu mereka memutuskan untuk berjumpa seorang ahli bijak pandai. 
Setelah mendengar cerita tentang pembahagian harta oleh tiga beradik itu, ahli bijak pandai tersebut memberikan seekor kambingnya kepada mereka. Maka jumlah kambing sekarang menjadi 18 ekor (17 ekor + 1 ekor)

Setelah itu barulah mereka dapat membahagikan kambing-kambing tersebut mengikut wasiat yang telah ditetapkan.
  • Anak yang pertama mendapat 1/2 daripada 18 ekor kambing. Jadi 18/2 = 9 ekor kambing
  • Anak yang ke dua mendapat 1/3 daripada 18 ekor kambing. Jadi 18/3 = 6 ekor kambing.
  • Anak yang ke tiga mendapat 1/9 daripada 18 ekor kambing. Jadi 18/9 = 2 ekor kambing.
Cuba kita kira kembali berapa ekor kambing yang terlibat:
9 + 6 + 2 = 17 ekor. Maka, yang seekor yang terlebih itu dipulangkan kembali kepada ahli bijak pandai yang mereka jumpa tadi. 
Masalah pun dikira selesai.

Pengajaran daripada cerita ini:
  • Tiap-tiap masalah yang datang, pasti ada jalan penyelesaiannya. Cuma harus bertenang dan mencari kaedah yang terbaik.
  • Kadang kala, kita perlu mengaplikasi pemikiran luar kotak (think out of the box) untuk mencari solusi terbaik terhadap masalah yang kita hadapi.
  • Merujuk pada orang yang lebih pandai atau mempunyai mentor mungkin juga satu alternatif untuk memberi idea ke atas jalan penyelesaian kepada masalah kita.
  • Bermuafakatlah sekiranya masalah tersebut melibatkan ramai orang. Sepakat membawa berkat.


Sekian. Wassalam.

Sumber: Whatsapp
Pic: Google



23 ulasan:

  1. SALAM JUMAAT...BENAR TU FIDAH MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT..PENYELESAIAN MASALAH KALAU DICARI AKAN DITEMUI...INSYA ALLAH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya juga sepakat dengan akak

      Padam
    2. @Kak Paridah : Salam Jumaat Kak Paridah. Betul tu. Sepakat penting dalam segala hal :)

      @Cilembu Thea : Saya sepakat juga Mang :)

      Padam
  2. Ketamakkan boleh menutup kewarasan akal fikiran.. duit tidak mengenal persaudaraan dan itu amat menakutkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harta benda kadangkala boleh membuat orang hilang pertimbangan..

      Padam
  3. Kisah inspiratif di Jumat mulia ini membuat saya merenung ketika hendak beranjak melaksanakan sholat Jumat.
    semoga kita selalu berada dalam kasih sayang-Nya...aaaamiiiiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin...
      Saya suka ceritanya..seperti menjawab soalan peperiksaan :)

      Padam
  4. bla da tamak hlg kewarasan fikiran...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lumrah manusia...selalunya begitu.
      Harap kita semua terhindar dari perkara2 sedemikian

      Padam
  5. nasib baik ada yg bijak pandai tu.. kalau tak gaduh sampai ke sudah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah...kadang kala minta pendapat orang yang berpengalaman juga boleh mendapat ilham untuk selesaikan masalah

      Padam
    2. Setuju tu kak Fida.. Kerana pendapat itu saya menemui jalan penyelesaian bagi masalah saya sekarang.. =)

      Padam
  6. Ketamakan dan keegoan adalah punca sesuatu perkara susah nak dpt jln penyelesaian. Penglibatan pihak tengah mmg perlu klu dah mcm tu.. Perkongsian yg bermanfaat utk kita semua renungkan bersama. Salam Jumaat Fidah.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pentingnya orang tengah...sebab kalau masing2 hati tgh marah, akan hilang kewarasan akal.
      Salam Jumaat juga Khir..

      Padam
  7. solusinya muafakat ya mbak.dari kisah tersebut solusi itu di + - x : itu ada benernya juga ya :).Kisah yang inspiratif mbak :)

    BalasPadam
  8. Mencari slusi lebih baik daripada mencari sapa yang salah ya kak..
    Terima kasih kak fidah.. sangat bermanfaat..

    BalasPadam
  9. muafakat tu perlu dalam mencari penyelesaian ...

    BalasPadam
  10. Muafakat membawa berkat dan kedamaian.
    Kisah yg memberikan insipirasi ni. Best.

    BalasPadam
  11. Hebat yang bikin soalnya ....

    BalasPadam
  12. Permuafatan adalah satu solusi terbaik dalam mencari penyelesaian..

    BalasPadam
  13. mencari solusi lebih baik dan lebih mufakat ya mbak,dengan begitu semua masalah akan segera terselesaikan tanpa harus bertengkar hebat :D

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut