April 04, 2015

Mencari Kekuatan Diri


Apakah bakat dan di manakah ‘kekuatan’ sebenar kita?
Di dalam buku “Strength Finder” penulis mengajak kita untuk  mengenal pasti bakat terpendam yang kita ada.

Kebanyakan orang mengambil terlalu banyak masa untuk mengenal pasti kelemahan diri, cuba untuk memperbaiki kelemahan tersebut dan akhirnya menjadi mahir di dalam bidang yang pada awalnya mereka lemah. Tetapi, mereka sebenarnya terlupa untuk mencari apakah bakat sebenar yang dikurniakan kepada mereka, memberikan fokus untuk mengasah bakat tersebut dan menjadikannya satu kelebihan atau 'kekuatan' dalam hidup mereka.
“If you spend time trying to rectify your existing weaknesses, you may be able to be better. If you spend the same effort to work on your strength, you can become a much greater performer

"Jika kita meluangkan masa untuk mencari kelemahan kita (dan memperbaikinya), kita akan manjadi lebih baik. Tetapi jika kita meluangkan sejumlah masa yang sama untuk mengukuhkan lagi 'kekuatan' yang ada, kita akan menjadi hebat"

Menurut teori, bakat biasanya akan disertai dengan minat. Dengan itu, kita akan melakukan perkara yang kita minati berulang ulang kali hinggalah mendapat kemahiran. Dengan kemahiran yang ada,  ditambah pula dengan ilmu yang mendalam mengenai sesuatu bidang, membolehkan kita menguasai bidang tersebut dengan mudah.

Sebenarnya, setiap orang dilahirkan unik dan dikurniakan bakat  serta 'kekuatan' yang tersendiri. Apa yang perlu dilakukan adalah mengenali diri kita sendiri, mencari apakah bakat dan di manakah kekuatan (strength) sebenar kita. 
Moga dengan itu kita akan dapat melakukan sesuatu pekerjaan dengan lebih bermakna, produktif, sempurna dan mencapai tahap kepuasan yang kita harapkan. 

Lebih penting lagi, dengan bakat dan ‘kekuatan’ yang ada, kita boleh menyumbang kepada sesuatu yang lebih bermanafaat untuk bangsa dan agama.




Wallahu'alam.
Sekian.

**** sebuah artikel lama yang diberi nafas baru

29 ulasan:

  1. kita adalah umat terbaik yg diciptakan..
    mengenal diri sendiri intinya ya Kak.. focus N Win..
    isi perkongsian pas dgn motto blog..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...kita adalah umat yang terbaik..
      Tapi..setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2...
      Jika kita betul2 mengenali diri kita, pasti kita akan focus untuk terus membaiki 'kelebihan' yang kita ada supaya menjadi lebih hebat. Dan pada masa yang sama juga.. cuba memperbaiki segala kelemahan yang ada.
      Terima kasih komennya Mr Aldino :)

      Padam
  2. bila kita mengenal bakat dan potensi pada diri kita maka akan mudah memaksimalkannya dalam mencapai keberhasilan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju..
      Kerana setiap orang ada kelebihan masing2..jadinya harus di maksimalkan
      Terima kasih komennya Mr Abdullah :)

      Padam
  3. ADA ILMU ADA USAHA BAKAT YG TERPENDAM PSTI TERSERLAH INSYA ALLAH...N3 YG SGT BERMENAFAAT TQ.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 'Kelebihan' + bakat + ilmu + usaha = in shaa Allah akan beroleh kejayaan.
      Terima kasih komennya Kak Paridah. Salam hujung minggu :)

      Padam
  4. kata2nya harud di catat nih kak :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Rifky.
      Salam Kenal :)

      Padam
  5. minat tu lbh ptg . bila ada minat , bakat mudah digerakkan dan berkembang ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga minat akan menjadi faktor pendorong..
      Thanks CM :)

      Padam
  6. kekuatan diri adalah memahami kelebihan dan kekurangan diri sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap juga falsafah ni..
      Terima kasih AN. Salam kenal :)

      Padam
  7. smoga kekuatan yg dicari ditemui..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..semoga berjaya menemui apa yang diharapkan..
      Thanks Pha Is :)

      Padam
  8. Nurul pernah join satu motivasi 3D2N dulu.. bertajuk "Mengenal Potensi Diri".. aura tu dibawa hingga ke hari ini.. in shaa Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga auranya kekal dan terus bersemangat hingga sekarang.

      Padam
  9. Kekuatan pasti ada bagi semua kita.. sbb itu Allah berikan kita ujian utk kita sedar kelebihan kita bukan utk merintih sebaliknya... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga kekuatan dan semangat sentiasa meniringi langkah kita menghadapi hari2 yg kian mencabar

      Padam
  10. bakat dan kekuatan..itu antara beza manusia dan haiwan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bakat..kekuatan..akal..semuanya anugerah Allah untuk kita terus berusaha.

      Padam
  11. Zumal pun kena cari kekuatan yang ada ^-^

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah..akan jumpa juga. Setiap orang pasti Allah telah kurniakan kelebihan yg tersendiri

      Padam
  12. Dalam diri manusia tersimpan skil dan kekuatan baik dari segi fisik lahir maupun batin, dari itu kita sebaik nya lebih pintar menkaji lebih jauh apa2 yang ada dalam diri kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg penting harus mengenal diri sendiri

      Padam
  13. sebagai mahluk yang sempurna menjadi wajib bagi kita untuk mencari kekuatan diri melalui doa kepada-NYA

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah. Berkat doa dan usaha pasti akan berjaya

      Padam
  14. kekuatan diri akan datang sendiri nya, InsyaALLAH setelh menguatkan iman dan islam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setiap manusia Allah telah kurniakan kelebihan yg tersendiri. Moga kita tidak mempersiakan apa jua anugerah yg Allah telah berikan.

      Padam

Google+ Followers

Pengikut