Disember 19, 2014

Tips Anak Rajin Solat

Assalamualaikum

Bagaimana untuk 'memperkenalkan' ibadah solat kepada anak-anak kita yang masih kecil? Sedikit sebanyak, pasti ada cabarannya.
Saya merujuk kepada beberapa artikel dan saya kongsikan di sini. Semoga dapat dijadikan panduan untuk menggalakkan anak supaya lebih rajin bersolat. In shaa Allah.


  • Ibu bapa haruslah menjadi contoh dahulu. Ibu bapa yang bersolat pasti mampu merangsang anak-anak agar rajin bersolat.
  • Untuk anak-anak yang masih kecil, pujuklah secara baik-baik. Beritahu anak bahawa solat itu wajib bagi orang Islam.
  • Hantar ke sekolah tadika atau KAFA supaya anak lebih faham dan fasih membaca bacaan solat seperti niat, tahiyyat, iktidal, ruku' dan lain-lain.
  • Untuk peringkat permulaan, suruhlah anak membaca bacaan solat dengan kuat supaya kita boleh mendengar dan membetulkan bacaannya. Boleh juga menguji kelancaran bacaan anak pada bila-bila masa contohnya semasa dalam kereta, semasa jalan-jalan dan sebagainya.
  • Ajar dan perhatikan cara anak berwudu'
  • Belikan anak telekung (perempuan) atau songkok, baju melayu, jubah, sejadah atau apa-apa yang boleh menggalakkan dia bersolat.
  • Beritahu anak kita bahawa Nabi suruh anak-anak berlatih solat dari umur 7 tahun dan pada umur 10 tahun boleh dirotan (untuk tujuan mengajar) jika tidak solat.
  • Bawa anak ke surau atau masjid. Biasakan anak-anak ke surau atau masjid. In shaa Allah, jika sudah terbiasa, mereka tidak akan kekok untuk melalukan ibadah jika sudah akil baligh.
  • Berdoa kepada Allah agar ditiupkan roh Islam, Iman dan Amal dalam jiwa anak-anak kita.
Sekian. Wassalam.

rujukan : Artikel, Tips Mendidik Anak Solat (zailabinimdae.blogspot.com)
gambar : google

31 ulasan:

  1. good sharing kak!melentur buluh biarlah dari rebungnya..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah. Inshallah pearl besar sikit nk ajar slowly huhu. Mudah2 han

    BalasPadam
    Balasan
    1. macam mana agaknya muka pearl skrg..mesti cute sangat2...
      Thanks Tasha :)

      Padam
  3. Wahh makasih mbak tips nya.. nice share ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Dindin
      Salam Jumaat :)

      Padam
  4. Sentiasa memberi galakan positif utk anak2 bersolat. T kasih atas perkongsian tips ini Fidah. Semoga Allah sentiasa memberkati... aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Khir.. :)
      Semoga Allah sentiasa memberkati....aamiin

      Padam
  5. benar Kak.. ingat masa kecil dulu kak..
    jika sedini mungkin ditanamkan solat, besarnyapun akan menjadi kebiasaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ditanam dari kecil..in Shaa Allah akan menjadi kebiasaan...
      Terima Kasih Mr Aldino & salam hujung minggu :)

      Padam
    2. sama-sama Kak..!
      Belum istirahat Kak..?
      Baby rafiq pasti tidak bisa bobo ya..:

      Padam
    3. kena tidurkan afiq..baru mamanya bisa tidur aman...hehe :)

      Padam
  6. Tips nya sangat bermanfaatt sekali ini mbak :) makasii yah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama Ainnul
      Terima kasih juga sudi ke sini :)

      Padam
  7. paling mudah , setiap kali solat , letak anak kat sebelah . bila dah faham solat , pastikan mrk berjemaah sama2 ... insha Allah .

    BalasPadam
    Balasan
    1. good tips CM
      In shaa Allah...akan diusahakan..Thanks :)

      Padam
  8. memperlakukan anak harus sesuai dengan masanya. ya Kak..

    Masa tujuh tahun pertama perlakukan anak bagaikan raja. Tujuh tahun kedua perlakukan anak bagai tawanan perang, artinya harus disiplin. Dan pada tujuh tahun ketiga perlakukan anak sebagai sahabat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Mas Al...harus sesuai dengan umur dan begitulah tertibnya, kerana itulah cara yang terbaik..
      Sesungguhnya Islam itu mudah dan Islam itu indah
      Terima kasih :)

      Padam
  9. artikel yang sangat berguna bagi calon ibu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Khaira. Salam Kenal :)

      Padam
  10. Assalammualaikum.... fidah,

    nice sharing.. boleh amalkan untuk ajar anak untuk berjinak2 rajin untuk solat...

    mselim3

    pls; terima kasih tip2 nie.. yer.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Mselim3

      Terima kasih..harap dapat membawa kebaikan pada yang lain juga

      Padam
  11. Bab solat ni mmg kena didik dari kecik, kalau dah besar baru nak solat mmg payah.....takut susah nak istiqomah

    BalasPadam
  12. Yg no 1 tu harus istiqamah dulu.kalu x ibu bapa dan ank2 sm hancur...

    BalasPadam
  13. Orang tua harus memberi contoh kepada anaknya. Apalagi bapaknya sebaiknya mengajarkan salat berjamaah di masjid.

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut