December 11, 2014

Kamus JDT

Assalamualaikum


Ada seorang kawan yang rajin pulak 'meng-post' kamus JDT di whatsapp group....tetiba rasa rindu nak guna semua perkataan-perkataan tu..

Saya memang orang Johor..and Mr Hubby pulak orang Pahang...jadi kat rumah, cakap macam orang KL...(hehe.....KL sangat lah ko Temah...)

Ada orang kata, perkataan-perkataan kat atas tu cuma applicable untuk Daerah Muar..saya rasa tak...sebab orang Pontian macam saya pun guna...

Contoh ayat:


  • Besonya esbok engkau (besarnya peti ais engkau)
  • Aku pakai lawo-lawo ni sebab nak hanto anak pegi sogame kejap (Aku pakai cantik-cantik ni sebab nak hantar anak pergi sekolah agama kejap)
  • Lapo pulak. Nak jerang nasik malas. Yok pegi ngeteh (Lapar pulak. Nak masak nasi malas. Mari/jom pergi minum air di kedai)
  • Kau jangan nak curi jajan aku. Aku jotos kau nanti (Kau jangan nak curi makanan ringan aku. Aku sekel kau nanti).
  • Bak sini gebor yang kau simpan dalam grobok tu (Bawa ke sini cadar yang kau simpan dalam almari tu)
  • Dia ni.. jalan menonong aje (Dia ni...jalan tanpa mempedulikan apa-apa pun)
Tetiba rasa rindu pulak kat kampung....huhu...nak balik Johor.

Apa-apa pun...untuk orang Johor..
LUASKAN KUASAMU!!

Sekian. Wassalam.

15 comments:

  1. kelakarkan dialek negeri-negeri ni Fidah...kalau semua negeri guna dialek masing-masing mesti harukan..he..he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.a...kalau semua orang gunakan dialek masing2...mesti macam2 yang keluar.....

      Delete
  2. Haha.. Nurul orang Sabah duk Johor, dah terbiasa dengar perkataan ni kat ofis dan gunakan pun.. hehe.. Jom balik Johor! :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom..jom...dah lame tak jenjalan sambil ambik gambo.. :)

      Delete
  3. haha..perkataan-perkataan Johor ni sesama kita je faham..luaskan kuasamu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...betul tu Sal...
      Luaskan Kuasamu!!..

      Delete
  4. cuma ngerti sikit, tapi maksudnya aku faham kak.. selamat malam jum'at

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini lah bahasa yang digunakan kalau balik ke kampung saya...
      terima kasih Santika...selamat malam jumaat :)

      Delete
  5. kebanyakkannya saya masih gunakan lagi walaupun dah berkahwin dengan orang Perak...mak ayah orang Johor...tu yang kuat lekatnya tu...hiihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya...at least boleh apply lagi..and tak hilang skill tu..

      Delete
  6. Dulu time sekolah selalu dengar & sebut perkataan 'jotos' tu hehee.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang pun...budak2 tu guna lagi... hehe (walau skrg semuanya dah jadi mak & bapak budak)

      Delete
    2. Hidupppp Joho hihi.....
      Lama tak dengo bahasa Joho ar......windunyaaaa

      Delete
  7. betullah ... perkataan ekkk tu mmg x blh blah ... dah lama tak balik bp ... huhuhuuu

    ReplyDelete