Mac 23, 2014

e-filing

Assalamualaikum...

Di hari cuti hujung minggu ini saya berkesempatan untuk mengemaskini e-filing untuk cukai pendapatan (taksiran tahun 2013)...

Apa itu e-filing?
Ia adalah perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memudahkan pembayar cukai melengkap, mengira dan mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) secara on-line.

Banyak kelebihannya kalau hantar awal.....Selain daripada sistem yang agak laju (sebab tak ramai orang masuk lagi agaknya), rebate pun akan dibayar awal....Kalau adalah..hehe

Berdasarkan pengalaman, apa yang penting untuk mengemaskini e-filing adalah:
  • Jangan lupa password atau kata laluannya..
  • Sila simpan segala resit pembelian buku, kos-kos perubatan, peralatan sukan, komputer dan yang sewaktu dengannya - untuk mendapatkan pelepasan cukai (tertakluk pada had yang diberikan)
  • Ibu-ibu dan bapa-bapa sekelian juga digalakkan untuk mengambil insuran pendidikan & perubatan dan membuat caruman di SSPN - untuk mendapatkan pelepasan cukai juga (tertakluk kepada had yang diberikan)
  • Sekiranya ada membuat pembayaran zakat, sila simpan resitnya juga ya...
  • Dan jangan lupa..tarikh tutup penghantarannya adalah pada 30 April 2014 (untuk cukai taksiran individu)

Sekian sahaja untuk perkongsian hari ini..Selamat Membayar Cukai

Wassalam.

Sumber gambar : google


28 ulasan:

  1. Balasan
    1. Ya Dindin...cara online untuk mengira cukai pendapatan..thanks ya..sbb sudi singgah di sini :)

      Padam
  2. Alhamdulillah dah setelkan benda ni last 2 weeks ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...senang kalau buat awal2 kan..salam kenal ya.
      Thanks sudi ke blog saya :)

      Padam
  3. Senangkan bila ada efiling Fidah...kejab aje dah settle...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Raudzah..senang guna e-filing ni...

      Padam
  4. Saya baru tau artikulasi dai e-feling ini Mbak Fidah
    Terima kasih sharingnya. salam silaturrahmi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam silaturrahim juga Saud..:)

      Padam
  5. mudah denga adanya e-filing begini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Aiza..memang mudah..Thanks :)

      Padam
    2. ramai yang masih tidak tahu apa itu e-filing.. entri fida ini memberi pencerahan kepada mereka yang ingin tahu apa itu e-filing..

      Padam
  6. Perkongsian yg bermanfaat utk pengetahuan semua Fidah.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga memberi manafaat kepada semua..thanks Khir :)

      Padam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. terima kasih info sis..
    saya x pnah try lagi...maklumlah x byar cukai lg...but good information

    BalasPadam
  9. dengan adanya sistem begini sangat mudah.. teringat kata bos lama aiza, semuanya kini di hujung jari..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe Betul tu...lebih mudah jika guna cara ni..

      Padam
  10. Lebih mudah urusan dgn efiling ni. Kalau tak jenuh kita beratur depan kaunter yg kalau silap hemat boleh bikin hati panas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu K Lynn..nak2 kalau dah hampir tarikh tutup...memang boleh panas hati kalau beratur lama2..
      Thanks :)

      Padam
  11. owh... tak pernh guna lagi ni... mcm blurr gitu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.lebih mudah sebenarnya...
      thanks Maria

      Padam
  12. Perkongsian yang bermanfaat kak..sebenarnya masih ada orang yang masih keliru cara nak gunakan e-filing ni..that why ada sesetengah orang suka cara manual lagi..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin perlu lebih pencerahan tentang penggunaannya...lebih mudah sebenarya..
      Thanks :)

      Padam
  13. Gara-gara baca tulisan ini saya jadi ingat sudah lapor pajak atau belum yah tahun ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru terbaca komentarnya..

      Cepat Mr Ridha..lapor!..hehe

      Padam
  14. kena simpan byk resit . klu x rugi je kan ...

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut