<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Body Butter Beri Biru

Mac 20, 2018

Body Butter Beri Biru



Assalamualaikum.
Lama dah tak hapdet blog. Rindew la pulak :)
Tengah hari tadi, Akak terjebak jugak dengan sale kat kedai bodyshop ni.

Test punya test...berkenan pulak kat body butter beri biru (baca: blueberry). Bukan setakat wangi, malah sekarang Akak boleh manja-manjakan diri dengan body butter. Jangan jeles kalau lepas ni kulit Akak terlajak lembut...haha

Sebenarnya...body butter ni apa eh?
Salah ke kalau Akak panggil dia losyen ke..krim ke?..nampak macam sama aje.

Sebenarnya ada perbezaan diantara body butter, krim dan losyen.


Body Butter
Dalam keluarga krim, losyen dan yang sewaktu dengannya, body butter mengandungi paling banyak minyak. Teksturnya lebih pekat hampir-hampir macam mentega (yang korang makan kat rumah tu..huhu). Kerana teksturnya yang berminyak, ada pendapat yang mengatakan body butter lebih sesuai kalau disapu atau digunakan di waktu malam. Antara kandungan dalam body butter termasuklah shea butter, cocoa butter atau coconut butter. Body butter amat sesuai untuk kulit yang sangat kering. Juga amat sesuai kalau disapu pada bahagian-bahagian kulit (yang selalunya kering) seperti siku, lutut dan tumit. Jadi, siapa-siapa yang mempunyai masalah tumit merkah tu, rajin-rajin lah sapu body butter ni. Pasti terserlah kejelitaan kaki anda.

Body Cream
Tekstur body krim juga pekat tapi kandungan minyaknya kurang daripada body butter. Body cream atau krim badan ini juga sesuai untuk kulit kering. Terutamanya pada anda yang duduk lama dalam bilik yang berhawa dingin, rajin-rajinlah gunakan body cream untuk mengelakkan kulit dari menjadi kering. Cakap pasal cream, selalu kita dengar cerita orang pakai hand cream. Ni kira adik beradik body cream jugak la. Untuk mak-mak yang tangan tak berapa halus sebab rajin cuci pinggan, memang digalakkan memakai hand cream ni. Nanti-nanti kalau bersalam, rasa lembut aje. Tak gitu Kak Jah??

Body lotion
Body lotion atau losyen badan mempunyai tekstur yang lebih 'ringan' dan lebih senang 'diserap' oleh kulit. Kandungan minyak dalam body lotion adalah kurang jika dibandingkan dengan body butter dan body lotion. Kalau orang kata, minyak dan air tidak mungkin bersatu, teori itu mungkin tidak begitu relevant untuk keluarga losyen , krim dan body butter ini kerana kesemuanya mengandungi campuran air. Bezanya, kandungan air dalam body lotion adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan body cream. Body lotion biasanya lebih sesuai untuk kulit kering dan normal.

Jadi apa lagi, pilihlah yang mana sesuai dengan kulit dan keperluan anda.
Kecantikan adalah hak milik setiap insan

#whitebarleyblogspot
#photobyfidah

rujukan:
lifestrong.com
gayacantiksimple.com

Label:

7 Ulasan:

Di 3/20/2018 10:08:00 PG, Blogger dear anies berkata...

jgn sapu kt roti udah ler hahaha

 
Di 3/20/2018 10:50:00 PG, Blogger SalbiahM berkata...

saya suka body butter, tapi tulah malam2 je pakai. kalau yang bau wangi tu rasa nak makan je.haha

 
Di 3/20/2018 09:06:00 PTG, Blogger nohas berkata...

cantik kaler biru...selalu guna body lotion je..

 
Di 3/20/2018 10:54:00 PTG, Blogger Hans berkata...

wah
macam best jer
nak try pakai lah

 
Di 3/21/2018 03:47:00 PTG, Blogger Blogger Hanafi berkata...

baru saya tahu..

kalau lah saya guna..

lembut juga kulit saya ..tapi tak logik kalau lelaki berkulit lembut

 
Di 3/21/2018 09:38:00 PTG, Blogger Nora Karim berkata...

Selalu pakai body lotion je... sebab saya jenis tak sabar dengan benda yang berminyak-minyak ni... Nice sharing. Thank you

 
Di 3/28/2018 02:45:00 PTG, Blogger Khir Khalid berkata...

Jenama bodyshop itu sendiri bnyk sejarahnya. Pernah beli beberapa pewangi bagi hadiah kt beberapa awek dulu huhu. Kenangan remaja dolu2 :D

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama