April 12, 2017

Breakfast Like A King

Antara pilihan utama rakyat Malaysia adalah nasi lemak.  Kena  pulak dengan sambal yang sedap, gabungan ikan bilis dan telur, mesti makan berbungkus-bungkus.


Sebagai anak Johor jati, saya panggil kuih ni epok-epok. Korang tau tak epok-epok? Orang tempat lain panggil kuih ni karipap.


Ni pulak roti goyang... silalah bergoyang. Jangan tak goyang. Makan roti bakar dan telur rebus juga boleh menjadi sarapan yang mengenyangkan.


Ada jugak orang memilih makanan yang ber-sup. Kalau tekak Johor saya ni, dapat soto pun best jugak.


Kalau rasa sakit gigi atau demam, boleh ler makan bubur. Senang. Tak payah nak guna banyak tenaga nak mengunyah :)


Ni sarapan versi Pantai Timur. Tapi kat mana-mana dalam Malaysia ni pun tak susah nak dapat. Saya layan jugak laksam ni. Sedap.


Untuk lebih kenyang dan bertenaga, layan nasi kerabu pun ok jugak. Sejak zaman kolej dan ber-roommate dengan orang Kelantan dulu, saya dah reti makan nasi kerabu campur budu.


Ini bolehlah dikategorikan sebagai sajian makanan sihat. Gabungan granola dan yogurt nampaknya boleh mengenyangkan juga.


Nak lagi sihat, makan yang ni. Low sodium hi fiber lagi. Kau haddo?


Dan kalau rasa tak kenyang lagi, boleh jugak makan lagi nasi lemak. Kali ni versi pinggan pulak...barulah breakfast like a KING KONG.

Korang breakfast apa hari ni?

Sekian. Wassalam.


Credit to #ikhti and #kakshikin for some of the photos






34 ulasan:

  1. Yang yogurt tu tak pernah makan lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya itu campuran oat dan kacang yang berperisa, dimakan dengan yogurt. Sedap jugak.
      Thanks Maria

      Padam
  2. Yg penting breakfast esok ade nona manis😊alamat bertambah2 manis la kita nntπŸ˜‹πŸ˜‹

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooppss...cakap pasal I ke? (Nona Manis)...hihi

      **sila lari laju2 pergi toilet dan muntah hijau πŸ˜„πŸ˜„

      Padam
  3. Haha .....uiii soto tu mmg makan dalam betullah FS. Nak nak dapat pulak sambal kicap manis sikit. Mmg pergh sangatlah weyh.
    Pagi tadi kita makan nasi lemak bungkus dengan roti canai sekeping. Mmg betul betul bekfes like a King Kong kan haha...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Soto letak sambal kicap, ada begedil pulak tu...memang terbaik.
      Kalau dapat pisang goreng cicah sambal kicap pun best ni..πŸ‘πŸ‘

      Padam
  4. Bestnya tgok nasi lemaktu.. malam2 ni mana la nak cari.
    esok bangun pagi mmg kena breakfast la kingkong la cari nasi lemak la jawabnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom sarapan nasi lemak...baru ada feel gi bfast..
      Thanks sudi datang blog saya

      Padam
  5. Tetiba rasa macam nak makan nasi kerabu πŸ˜„

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dapat solok lada..sambal lebih..memang terbaik

      Padam
  6. semua sedap, paling terliur telur goyang tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best kan..
      Tak rasa bersalah sangat kalau makan sebab tak berminyak

      Padam
    2. ok yang ni, teringin gak nak makan. hihi

      Padam
    3. Jom makan telur goyang sambil ngeteh.

      Padam
  7. Perghhhh banyaknya breakfast! hehe saya seorang yang jarang breakfast. Kalau ada mood nak makan pagi, makanla. tak elok betul kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau akak kena bfast..kalau nak lapo...haha

      Padam
  8. nasi lemak menjadi rutin untuk sarapan ketika muda-muda dahulu..

    sekarang dah kurang muda..sarapan telur separuh masak dan madu 2 pun kira ok la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru tau sekarang kurang muda...:D:D

      Padam
  9. Lama tak makan nasi kerabu 😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom makan..
      Kombinasi ulam2, sambal, ikan dan nasi memang best sokmo

      Padam
    2. Dan budu 😍 Perghhh, memang sodap

      Padam
  10. Haah yang yogurt tu bunda pun tak pernah makan lagi... bermacam ragam makanan kita ni kan.. tadah tekak jer lah..

    Rasa mengidam pulak tengok laksam tu...huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekali sekala..saya layan jugak laksam ni Bunda. Kena pulak kuah yang lemak berkrim...perrgghh

      Padam
  11. Balasan
    1. Begedil dengan sambal kicap dilupa jangan.. :)

      Padam
    2. tu mesti tapi kalau kat kedai tu cuak nak tambah bergedil sebab kekdg tu cuma kentang, daun bawang xde daging *sobs* sambal kicap tu makruh kalau x de..hehe

      Padam
  12. Roti goyang πŸ‘† mengingatkan Nurul pada Penang.. Yummyy πŸ˜‹ πŸ˜‹

    BalasPadam
    Balasan
    1. Goyang..jangan tak goyang.
      Tapi best kan.

      Padam
  13. Saya oran johor. Epok2 tu memang tau sangat. Ada seloka tentang epok2. Kat bawah ni seloka tu:

    Epok2 penganan talam.
    Orang tepok berjalan malam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa kat asrama dulu (kat KL), bila cakap epok2, tak ramai yang paham...sabar aje la.

      Epok2 kuih bahulu,
      Seloka tu..Mak baru tau :)

      Padam
  14. Wahhh best2.. ntah kenapa tiba2 teringin nak makan lontong. Lama tak makan lontong dah :D

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut