Mei 30, 2016

Bawa Anak Ke Dentist

Assalamualaikum


Minggu lepas saya membawa anak saya ke dentist (baca: doktor gigi) untuk membuat pemeriksaan ke atas giginya.
Umurnya Afiq sudah 6 tahun, jadi ada beberapa gigi susunya yang sudah goyang atau sudah dicabut.
Yang paling Mama dia risau adalah gigi hadapanya yang patah ketika jatuh suatu ketika dulu. Kerana patahnya hanya separuh dan akar gigi susunya masih ada, takut pula menggangu pertumbuhan gigi kekal. Tak naklah gigi kekalnya tumbuh tidak sekata atau jadi berlapis lapis pulak. Tu yang gi jumpa dentist.

Doktor tu kata biarkan aje dulu. Nanti kalau gigi kekalnya dah nak tumbuh, ianya akan 'menolak keluar' gigi susu yang sedia ada.

Saya membawanya ke Klinik Gigi Alan Adlan, Bangi selepas di rekomen oleh kawan sepejabat. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Servicenya ok dan doktornya pun baik.

Sebenarnya susah juga nak memujuk Afiq ke dentist...biasalah, budak-budak. Pernah juga terbaca cara-cara memujuk anak ke dentist, antaranya..
  • Jangan paksa anak. Tu yang berbulan-bulan juga nak pujuk. Nak cari Klinik Gigi pun, kena cari yang betul-betul sesuai untuk kanak-kanak.
  • Janji bagi hadiah. Bukan setakat berus gigi baru, macam-macam jenis mainan jugaklah kena beli...segala ultraman, kereta, lori bagai Mak kena beli. Nasib baik jumpa dentist sekali sekala, kalau hari-hari, boleh botak juga jadinya...hihi
  • Cari Dentist yang pandai layan kanak-kanak. Doktor gigi yang merawat Afiq hari tu memang ok. Cakap pun lemah lembut so budak-budak tak takut. Baik aje dia cakap kat Afiq "Janji dengan Doktor ya, lepas ni Afiq mesti gosok gigi bersih-bersih dan jangan makan #Coklat ". Si Afiq pun mengangguk-angguk aje. Muka pun relax dan tak takut.
Tak pasal pasal kena beli panda, nak pujuk dia selalu gosok gigi punya pasal.


Sebenarnya hari tu, bukan saja Afiq yang kena jumpa Dentist. Mama dia sekali rupanya....sebab ada gigi berlubang dan dah start sakit. Kalau sakit gigi ni, tak boleh tunggu lama-lama....menderita ooiiii. 

Sebab tu ada orang kata, biar sakit hati, jangan sakit gigi (tapi tak boleh compare dengan sakit nak bersalin...huhu). Kalau sakit hati, boleh jugak tidur, kalau sakit gigi, jangan harap.
Tak tahulah macam mana orang boleh tunggu lama-lama dan ada yang sampai setahun baru nak bertindak balas jumpa doktor gigi. Kalau Mak, seminggu aje dah tak sanggup.

Akhirnya gigi Mak pun selamat ditampal. Boleh lah makan semula nasi ambeng, rendang minang, ayam goreng, kambing golek, kacang-kacang, #Coklat dan yang sewaktu dengannya :D

Sekian.







22 ulasan:

  1. JANGANKAN ANAK2TAKUT JUMPA DENTIST NI KITA YG TUA NI PUN KALAU XTERPAKSA MMG XINGIN.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Kak PI...ngeri aje bila tengok mesin tampal gigi tu...hihi

      Padam
  2. saya dulu kecik2 pun takut jumpa doktor gigi..hihi..wahh, boleh le mkn puas2 time raya nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebelum pose sempat nak mantai dulu...:)

      Padam
  3. Setelah di pikir-pikir penting juga untuk menjaga kesehatan gigi mulai dari dini, bisa rekomendasi ke ponakan saya yang masih usia 4 tahun untuk rajin check up ke dokter gigi. Thank you sharingnya mrs. fidah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Zee...lagi kalau giginya sudah sakit. Takut rasanya nak jumpa doktor gigi...

      Padam
  4. nak memujuk anak kecil ni kena ada 'gula - gulanya'..
    hehee... comel plak panda tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak pujuk anak punya pasal...macam2 pulak nak kena beli...

      Padam
  5. Adehhh... anak2 klu takut tu masih boleh terimalah... ni saya yg dah besar2 (tapi belum tua) ni pun masih takut gi dentist... eisshh tak leh tahanlah seriau hehee... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba bayangkan bunyi mesin tampal gigi tu....ooowwhhhh...merdu sungguh
      Ehem...belum tua...

      Padam
  6. ya...saya juga nak ke dentis ..lama dah tak pergi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba gi check...kot ada yang perlu di tampal...hihi

      Padam
  7. Kalau ye tak ye mmg malas jugak nak jumpa doktor gigi ni kan.....walau nak buat scaling. Nak menahan ngilu tu yg malas tu....

    Afiq jugak yg untung.....jumpa doktor dpt macam macam haha.... Mama tak dapat apa apa ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita paling menyampah nak jumpa doktor gigi lah...aduhai
      Afiq dapat macam2...mak dia dapat makan macam2 pu jadi lah...haha

      Padam
  8. Lebih kurang sebaya dengan Zarif... Zarif pun banyak dah gigi susu nya dah tanggal...baru2 ni tumbuh gigi baru tapi kat gigi susu yg masih goyang... tak sempat2 nak tumbuh... sampai kan berlapis jadi nya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zarif si rambut comel tu dah 6 tahun rupanya...
      Itu lah..nak kena tengok selalu pertumbuhan giginya..takut kalau gigi susu yang ada ganggu pertumbuhan gigi kekal

      Padam
  9. bab2 jumpa dentish ni memang seriau skit fidah...sy pun takut..ahaha
    akhirnya berjaya pujuk afiq... kena pelbagai teknik gak nk pujuk tu.. hihi

    BalasPadam
  10. rs nyer semua org seriau nk jumpa dentist even ank dentist pun cm tu jg kot hehehehe nnt sy tanya ank sedara sy dia pun mcm tu ke ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan setakar budak...mak budak macam saya pun seriau...hihi

      Padam
    2. Bukan setakar budak...mak budak macam saya pun seriau...hihi

      Padam

Google+ Followers

Pengikut