<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Jimba atau Zumba?

Mac 08, 2016

Jimba atau Zumba?

Assalamualaikum

Jumaat. Biasanya waktu rehat tengah hari agak panjang (dari 12.30pm hingga 2.30pm) di gunakan untuk keluar BERJIMBA bersama kawan-kawan.
Apa itu jimba?
Jimba adalah istilah orang-orang urban (katanya), bermaksud 'going out to have some fun' (baca: pergi keluar bersuka ria). Contohnya keluar makan, shopping dan yang sewaktu dengannya.

Nak jadi cerita, hari Jumaat lepas, instead of keluar berjimba seperti biasa, ada seorang rakan mengajak saya ke kelas ZUMBA...
So, daripada pergi makan menternak lemak seperti kebiasannya, Mak pergi berdansa sambil mambakar kalori..hokkeyyy
Kelas itu dikendalikan oleh rakan saya, Liza. Kelas ni, khas untuk kawan-kawan di office dan kesemua yang menyertainya adalah perempuan. Memang kelas ni untuk perempuan sahaja. Lelaki dilarang masuk. Kalau kelas campuran lelaki dan perempuan, malulah pulak nak bergelek-gelek kat situ...huhu

Walaupun ramai orang sudah tau apa itu Zumba dan manafaatnya, Mak saja nak tepek kat sini. Esok-esok, kalau baca, bersemangat siket nak pergi kelas :)

Picture: Source


ZUMBA adalah satu program senaman berunsur tarian yang diasaskan oleh Alberto "Beto" Perez, yang berasal dari Colombia. Gerakan dalam Zumba menggabungkan muzik berentak samba, hip hop, salsa, merengue dan mambo.

Apakah kebaikan dan manafaat daripada Zumba?

  • Aktiviti yang manghiburkan. Mood down?.... Silalah ke kelas Zumba. Zumba adalah adalah gerak tari yang yang diiringi oleh muzik yang rancak. Dengan suasana yang relax dan santai serta gerak tari yang menyeronokkan (tambahan lagi boleh membakar kalori), anda tentunya tidak sabar untuk ke kelas seterusnya.
  • Membakar kalori yang tinggi. Tahukah anda bahawa gerakkan atau senaman Zumba boleh membakar 500 hingga 1000 kalori setiap sesi, bergantung kepada tahap intensity sesi tersebut. Jadi, jika benar-benar serious, ianya memang boleh menurunkan berat badan.
  • Gerakan seluruh badan. Zumba membolehkan anda membuat senaman seluruh badan atau full body workout. Dengan senaman yang konsisten, anda boleh mendapatkan bentuk badan idaman, otot yang pejal dan kulit yang tegang. Mantop tuh!!!!
  • Menguatkan abs dan pinggang. Bila menari ala-ala latin pasti akan memaksimumkan penggunaan pinggang anda. Dengan bergerak ke kiri dan ke kanan sambil bergelek-gelek, pastinya pinggang anda akan menjadi lebih ramping. Awwwww :)
  • Terasa seksi. Pastinya. Sebenarnya pergerakkan Zumba memang seksi...haha. 

Kebetulan hari ini 8 March, adalah Hari Wanita. Jadi saya ucapkan Selamat Hari Wanita untuk semua wanita. Jangan juga lupa untuk mengucakan Selamat Hari Wanita untuk wanita-wanita yang anda sayangi.

WOMAN = Wonderful, Outstanding, Marvelous, Adorable, Nice


Sekian. Wassalam.



Label: ,

32 Ulasan:

Di 3/08/2016 03:57:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

Aku sering menyebutnya hangout kalau hanya sekedar nongkrong atau jalan-jalan bareng temen. Dan aku suka aerobic hampir mirip dengan zumba manfaatnya pun juga sama hihi.

 
Di 3/08/2016 09:44:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Sebenarnya saya suka juga keluar makan bersama rakan2.
Tak kira aerobik atau zumba, yg penting manafaatnya sama. Ada juga aerobik yang berunsurkan latin dance.

 
Di 3/08/2016 10:16:00 PTG, Blogger paridah berkata...

wah berjimba n berzuma bersama rakan2 best juga tu fidah...masa yg sesuai nk lakukannya...sebelum tba masa jimba n zumba dgn cucu2 yg keletah heh..heh..

 
Di 3/08/2016 11:09:00 PTG, Blogger Dunia Zumal berkata...

Dulu kat ofis ada Zumba sebulan sekali, malu la campur2... selamat hari wanita

 
Di 3/09/2016 04:43:00 PTG, Blogger Anisayu Nastutik berkata...

Berjimba berzumba
Sehat hati sehat raga
Karena hati bahagia
Bersama-sama ria..

 
Di 3/09/2016 05:20:00 PTG, Anonymous Raihanah Ahmad berkata...

zumba makin popular sekarang ni

 
Di 3/09/2016 07:11:00 PTG, Blogger HAMIDIsP berkata...

Nak cuba berzumba la nanti hehe

 
Di 3/09/2016 07:43:00 PTG, Blogger ADMIN berkata...

nak follow blog ini lah :D

 
Di 3/10/2016 08:16:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Masa lunch break panjang aje sempat..hihi
Kalau kat rumah dah berzumba dengan periuk belanga dan kain baju :D

 
Di 3/10/2016 08:17:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Thanks Zumal.
Boleh buat sendiri kat rumah...ikut step dlm youtube :D

 
Di 3/10/2016 08:18:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Sehat raga
Hati gembira :D

 
Di 3/10/2016 08:19:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Ya semakin popular...best jugak kalau ikut kelas dia ni

 
Di 3/10/2016 08:20:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Cuba SP..jangan tak cuba :)

 
Di 3/10/2016 08:21:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Terima kasih..nanti saya follow blog di sana :)

 
Di 3/10/2016 08:31:00 PG, Blogger babYpose berkata...

Belum pernah cuba, tapi duk tengok Nurul penyanyi duk buat :)

 
Di 3/10/2016 09:42:00 PG, Blogger nohas berkata...

terasa bersemangat nk berzumba..ofismate dok ajak jg, tapi cam segan + malas...saya nk terasa seksi..xoxo..ahaks....

 
Di 3/11/2016 12:29:00 PG, Anonymous Padin berkata...

hehee kalau badan da lama rehat, tetiba terkejut
takutnya nanti kesan lain pulak yang mendatang

Apapun tahniah, terus kekal cergas dan aktif :D

 
Di 3/11/2016 02:05:00 PG, Anonymous hanafi abdullah berkata...

mahu berzumba cuma bila tengok perempuan dengan aksi seksi telah mematahkan semangat ..

takut pengumpulan dosa pada hati bila tengok benda-benda macam tu..

 
Di 3/11/2016 12:03:00 PTG, Blogger sobri yaacob berkata...

jimba or zumba.. seriely slamasa bni saya ingat
zuma n zumba benda yg sama means bersenam ermm
rasa diri dah tua.. plaK ")

 
Di 3/11/2016 11:55:00 PTG, Blogger Khir Khalid berkata...

Zumba ni salah satu aktiviti utk jiwa sentiasa muda... bagus amalkan selalu huhu.. :)

 
Di 3/12/2016 08:37:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Jom la cuba. Best jugak

 
Di 3/12/2016 08:38:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Haha...ni pun entah dah berapa kali dia ajak. Dah 2 kali cuba, rasa ok jugak

 
Di 3/12/2016 08:39:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Motif nya nak bersenam..
Kalau buat sorang2 macam boring tu yg buat secara berjemaah tu...:)

 
Di 3/12/2016 08:40:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Thanks Padin.
Utk 1st class..boleh buat slow dulu.

 
Di 3/12/2016 08:42:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Ber zumba lah dengan kaum lelaki :D

 
Di 3/12/2016 08:42:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Jiwa muda penting tu..hihi

 
Di 3/12/2016 09:42:00 PTG, Anonymous Padin berkata...

ha'ah... panaskan enjin dulu kekdahnyaaaaa

 
Di 3/12/2016 10:40:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Salam..Padin, tried to commemt at your blog. Tapi x jumpa kotak komennya..:(

 
Di 3/12/2016 11:26:00 PTG, Anonymous Padin berkata...

oh ya? entahnya sistem disqus ni kekadang tak bape betul juga.. tenkiu info

 
Di 3/14/2016 06:01:00 PG, Blogger Hanafi Abdullah berkata...

kat tempat saya zumba biasanya bercampur dengan perempuan..

kalau semua lelaki payah juga takut ada lagi spesies yang lain muncul..spesies G..

 
Di 3/14/2016 06:18:00 PTG, Blogger OKje berkata...

Bestnya mak.....Mak suka jugak aktiviti gini cuma kat taman ni tak delah..... kalau ada org conduct best ek...

 
Di 5/25/2016 05:18:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Best Mak..
Ajak lah persatuan kaum ibu buat... :)

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama