Mac 17, 2016

25 Things That Make Me Happy


Banner sebagai tanda penyertaan mesti ada.

What to do? 
Create a new post + Insert picture above 
 List 25 things that make you happy 
 Mention the blog that have tagged you 
 Tag at least 5 bloggers & make sure they know they've been tagged! 
 Share your favourite quote of the week! (if none, then it'll be okay)

SAYA DITAG BLOGGER KAK PARIDAH ISHAK DALAM SEGMEN NI..TERIMA KASIH BANYAK KAK PI...
Saya akan tulis seadanya.. :)

  1. Ketika bangun pagi dan baru tersedar, hari itu adalah hari cuti…hoyey!
  2.  Dapat sembahyang di awal waktu dan membaca surah-surah pilihan
  3. Meluangkan masa bersama keluarga seperti menonton TV, pergi bercuti, pergi makan, shopping, menontong wayang dan yang sewaktu dengannya
  4. Meraikan tarikh-tarikh penting bersama keluarga seperti hari lahir dan ulang tahun perkahwinan. Lebih happy kalau dapat hadiah....:)
  5. Balik kampung berjumpa Abah
  6. Dapat bercakap slang Johor asli dan makan pelbagai jenis makanan yang betul-betul sesuai dengan tekak jawa saya kalau balik kampung
  7. Menonton cerita Hindustan atau cerita-cerita romantik  (yang tangkap leleh…buahaha)
  8. Mendengar lagu-lagu kegemaran termasuk juga lagu-lagu zaman rock kapak seperti lagu-lagu dari kumpulan Search, Lefthanded dan Wings. (Nota : Otai masih berbisa)
  9. Dapat balik awal ke rumah pada hari bekerja
  10. Melihat pokok-pokok yang ditanam depan rumah membesar serta sihat menghijau
  11. Dapat masak untuk makan malam keluarga walaupun hanya nasi berlauk ikan sardin dan berulam timun . Lebih happy bila suami dan anak-anak memuji “sedapnya Mama masak”….:D
  12. Mencuba resipi baru dengan jayanya walau percubaan kali pertama atau ke dua selamat masuk tong sampah….haha
  13. Dapat bersembang sembang dengan kawan sekolah yang bersama-sama dalam pasukan pancaragam (baca : band girls) meskipun zaman belajar baca note dan bermain alat muzik sambil marching dengan memakai mini skirt sudah lama berlalu
  14. Pergi reunion sekolah atau kolej dan berjumpa kembali rakan-rakan lama. Apalagi  bila kawan yang sekian lama tidak berjumpa berkata “wah…kurusnya you”….huhu
  15. Dihargai oleh rakan-rakan terhadap apa yang saya lakukan walaupun hanya ucapan terima kasih atau membalas komen di blog #ehem :)
  16. Dapat tempat duduk dalam tren komuter yang penuh sesak
  17. Ke kelas zumba dengan perasaan sudah berjaya membakar beratus ratus kalori..hihi
  18. Dapat gaji dan bonus dan juga hari dapat dividend ASB dan Tabung Haji… huhu
  19. Giliran dapat duit kutu :D
  20. Pergi berjimba dengan kawan-kawan seperti shopping2 dan makan2 serta meng-up date gossip terkini
  21. Cuci mata melayan gambar-gambar handbag di blog-blog atau instagram. Lebih happy kalau dapat beli...uuuhhh!
  22. Pergi ke pantai sambil melihat matahari terbit dan terbenam
  23. Melihat pelangi
  24. Tidur awal
  25. Ketika mahu melelapkan mata, mendapat ciuman dari anak dengan ucapan.”Good night Mama. Afiq sayang Mama”…


Saya nak Tag:
1. Iryanty Ismail
2. Nohas
3. Qaseh Vee
4. Raihanah Ahmad
5. LZ

Terima kasih :)

Quotation: Google

10 ulasan:

  1. yang tersenarai tu semua sweet belaka..

    BalasPadam
  2. Tentunya banyak sekali ya yang membuat kita semua happy mrs. fidah hihi

    Happy thursday :)

    BalasPadam
  3. happy for you. thanks nanti saya list saya pulak. hihih

    BalasPadam
  4. Sesuatu yang membuat Hati bahagia
    Memang banyak cara
    Diantaranya bercerita
    Seperti tulisan ini ada warna
    Curahan rasa ceria...

    BalasPadam
  5. no. 7 tu tak menahan..hihi..

    BalasPadam
  6. rasanya kalau nak senaraikan semua mmg sampai 200

    BalasPadam
  7. TKSH FIDAH SUDI JWB TAG KAK...BERKONGSI KEGEMBIRAAN FIDAH YG TURUT DIRASAKAN INDAHNYA..MOGA KEGEMBIRAAN YG BANYAK ITU ENTIASA BERTERUSAN DIRASAKAN...

    BalasPadam
  8. happy, happy, happy... slmt bersegmen... :)

    BalasPadam
  9. Hihi...mak pun dah kena tag.
    Bab no 1 tu bukan awak yg bekerja jer suka FS mak yang penganggur ni pun suka jugak hihi....tak yah nak jadi supir!
    Apalagi marilah kita bercakap jawa haha...

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut