Februari 02, 2016

Philips Pressure Cooker

Assalamualaikum
Hari Sabtu lepas, sewaktu bersantai bersama keluarga di Alamanda, Putrajaya, saya terlihat ada promosi untuk pressure cooker jenama Philips.

Sebenarnya dah lama menyimpan hajat nak membeli periuk ni. Maklumlah, orang kata boleh menyenangkan kerja dan menjimatkan masa memasak.

Masa 1st time tengok dulu, harganya dalam RM500++. Rasa mahal sangat pulak. Tapi masa promosi hari tu, harga yang ditawarkan adalah RM369. Tu yang mak tak sabar-sabar nak beli...:D

Percubaan pertama adalah memasak rendang daging. Masa yang diambil adalah 30 minit++. (Yang ++ pun saja mak tambah supaya rendang tu kering sedikit).

Percubaan pertama adalah memasak rendang daging
Untuk resipi rendang, sila lihat sini



Goreng mi hoon pun boleh :)
Percubaan ke 2 adalah memasak mi hoon goreng. Teruja nak masak mi hoon sebab orang kata, kalau guna pressure cooker, mi hoon tu tak perlu direndam dulu. Masuk saja dalam periuk setelah dibasuh dan toskan.  Tu yang gatai tangan nak cuba... :D

Tapi lepas tu, jenuh juga nak mengacau bagi rata.
Segala sayur yang lembut-lembut boleh masukkan selepas proses 'pressure' supaya tak terlalu layu. Buat style ala-ala stir fry gitew. Kacau rata sampai semuanya masak. Alhamdulillah, dapat juga dijadikan sajian untuk sarapan pagi tadi.



Percubaan ke 3 adalah membuat kek coklat
Percubaan seterusnya adalah membuat kek coklat. Kebetulan Afiq, anak bungsu saya nak bawa bekal kek ke sekolah tadikanya esok. Gigih la si emak nak buat kan... :D
Boleh guna function 'bake'. Masa yang diambil untuk masak kek ini adalah 45 minit. Alhamdulillah, berjaya juga masak kek guna periuk ni.

Secara keseluruhannya, memang puas hati guna periuk ni. Walaupun tempoh memasak mungkin tidak sepantas periuk noxxa, tapi pada saya, ianya menyenangkan kerja kerana tak perlu menjenguk masakan banyak kali. In shaa Allah, kalau guna 'function' dan 'timer' secara betul, masakan menjadi sempurna dan tidak hangus. Cara membersihkannya juga amat mudah. Jadi, bolehlah di 'consider' pada siapa-siapa yang sedang mencari pressure cooker, baik untuk kegunaan sendiri mahu pun sebagai hadiah.

Sekian. Wassalam.







40 ulasan:

  1. salam Fidah... wahhh bestnya..menyenangkan kerja dgn periuk ni kan.. segalanya mudah... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih mudah untuk memasak. Memang best :)

      Padam
  2. alat rumah tangga philips pressure cooker tentulah sangat berguna bagi mudahnya pekerjaan membuat hidangan keluarga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Mang.
      Kerja memasak menjadi lebih mudah

      Padam
  3. Wah masak rendang tanpa dijenguk
    Tidak hangus dagingnya empuk

    Sedap pasti bikin rasa gemuk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adduh..jangan dibilang gemuk
      Nanti hati jadi merajuk :D

      Padam
  4. Hmm dengan adanya philips pressure cooker jadi akan semkain mudah untuk memasakan makanan untuk keluarga ya miss :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sambil memasak, boleh juga membuat kerja2 lain. Jadi, masa menjadi lebih jimat

      Padam
  5. wah dh dpt presure cooker baru ya mest mood memasak menggebu-gebu rajin sungguh tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang semangat menggebu gebu dan berkobar kobar. Kalau bole, semua benda nak di masak..hihi

      Padam
  6. Wah, kalau MV dapat periuk serbaguna macam ni memang seronok juga memasak kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best MV..
      Lebih bersemangat nak bekerja di dapur

      Padam
  7. Rasa nak beli juga pressure cooker untuk memasak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak rugi kalau beli periuk ni Zumal. Lepas tu..bolehlah ajak kawan2 datang ramai2 makan :D

      Padam
  8. memang sesuai sangatla fidah membelinya..rajin dan pandai masak

    saya nie rajin layan media sosial sahaja..dah nak ubah tabiat lagilah lepas nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cer beli satu HB. Mana tau boleh jadi pemangkin untuk lebih rajin masak

      Padam
    2. yalah kan ..lepas ini lebih rajin masak untuk isteri-isteri dan anak-anak.

      p/s: saya typo ke apa nie ??

      Padam
    3. Kan dah banyak chef lelaki..hihi
      .....larikkkkk :D:D

      Padam
  9. Dan akupun baru tahu jika recooker bisa untuk masak selain nasi. Ternyata kini rescooker manfaatnya banyak. Merk Philips, pasti terjamin kualitasnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa lagi..silakan beli.
      Boleh di masak macam-macam

      Padam
  10. samalah dgn my kakak ni . klu blh semua dia nak masak guna pressure cooker . tapi my kakak guna noxxa ... paling win buat sup tulang ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak cuba jugak masak sup tulang dengan periuk ni.
      Tapi next plan, nak rebus kacang kuda dulu

      Padam
  11. macam sedap je tu,nak sikit hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli la Lin. Senang nak masak..
      (Eh...sejak bila jadi promoter ni..hihi)

      Padam
  12. alat-alat modern praktis, mantap..bw dulu ah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang penting, ianya mudah dan sangat menjimatkan masa


      Padam
  13. Weyh...mak pun mmg tgh sawan tgk periuk ni, tak kiralah Noxxa ke Philips...kalau murah lagi bagus...
    Harga pun nampaknya boleh pejam pejam mata jugak tu....

    Emmm...masak pun mudah, tunggu camne mimpi esok pagi hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cer mimpi siket mak. Esok boleh beli. Masak lebih siket tau..boleh hanto kat Bangi :D

      Padam
  14. Bukan main yer FS banyak percubaan menu tu hihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila dapat periuk baru, semangat nak masak berkobar kobar..
      Harap2 semangat tu boleh bertahan lama :D

      Padam
  15. Wah2.. bestnya.. tahniah. Bilalah dpt rasa masakan dari pressure cooker mbak fidah nie.. :) :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Datang la rumah...bawak family.
      Kot la visit anak yang kat asrama tu, jemputlah singgah..dah tak jauh sangat dr rumah saya.

      Padam
  16. saya pun dah beli tapi tak guna lagi sb tak tau guna...tq bg resepi

    BalasPadam
  17. Mula2 nak guna periuk tu wat apa

    BalasPadam
  18. Mula2 nak guna periuk tu wat apa

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum, nak tanya cara buat rendang tu, saya pun baru nak mencuba guna periuk ni, tapi cam ne nak bagi rendang ni kering ye. Boleh bagi step by step x. Terimakasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam..thanks singgah sini.
      Masukkan semua bahan dan tekan 'beef'...tunggu sampai masak atau habis masa yg di auto set.
      Lepas tu buka tudung periuk..memang nampak masih berair lagi. Tekan sekali lagi function 'beef'..masak sekali lagi tanpa tutup periuk, agak-agak sampai rendang kering..

      Padam
  20. Salmiah mohajir1/11/2017 04:16:00 PTG

    Camne nak msk beehoon goreng tu?Nak tekan apa?

    BalasPadam
  21. Salmiah mohajir1/11/2017 04:22:00 PTG

    Camne nak msk beehoon tu.Mana nak ditekannya

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut