Februari 14, 2016

Chemistry Cafe Lab Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum


Semalam, saya sekeluarga telah mencuba jaya makanan di restoran yang tak berapa baru (katanya sudah hampir setengah tahun di buka).

Restoran yang berkonsepkan makmal (lab) ini letaknya di Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi. Hiasan dalamannya memang cantik dan unik. Kesemua pekerjanya juga memakai lab coat. Kira macam makan dalam lab lah :)

Komen saya:

MAKANAN: Menu yang disediakan adalah berkonsepkan ala2 western. Goreng pisang atau nasi campur tak ada ya :). Pilihan makanan dan minuman juga agak terhad. Mungkin kerana restoran ini masih baru. Makanannya sedap, tapi portionnya agak kecil. Kalau 'tangki' besar, memang tak cukup...hoho

HARGA : Agak mahal kalau dibandingkan dengan kedai makan biasa-biasa. Tapi consider average untuk restoran-restoran yang berkonsep begitu.

KONSEP RESTORAN : Konsep yang unik dan boleh jugalah kalau sesekali nak try restoran baru. Presentation makanan dan minumannya juga unik. Tengok saja bekas air tu...:)



SERVICE :
  • Boleh juga dikatakan separa self-service. Makanan harus di order dan dibayar dulu di kaunter. Pekerja restoran atau pelayan akan menghantar makanan ke meja setelah siap. Sebenarnya, saya tidak begitu suka konsep begini kerana seseorang pelanggan akan mengambil masa yang agak lama untuk berfikir dan membuat keputusan tentang makanan yang perlu di order - terutama pada pelanggan yang pertama kali ke restoran ini. Nasib baiklah pelanggannya tidak ramai semalam. Kalau tidak, pasti jenuh juga nak menunggu.
  • Kesemua pekerja dan pelayan restoran adalah ramah mesra dan murah senyuman.
  • Penghantaran makanan agak cepat (waktu dari order hingga makanan tiba di meja). Tapi ada masalah juga semalam apabila salah satu makanan yang saya order tidak kunjung tiba. Rupanya mereka terlupa untuk menyediakannya. Saya rasa ini tidak patut terjadi kerana salinan senarai makanan yang saya order ada pada mereka dan tidaklah begitu ramai orang di restoran. Cuba bandingkan dengan kedai mamak - order jarang di tulis dan restoran penuh sesak, tapi mereka selalunya akan menghantar makanan dengan cepat dan tepat.


Ok. Itu saja review saya untuk restoran ini.
Mungkin kerana ianya agak baru, jadi beberapa penambah baikan sememangnya perlu.

 Sekian. Wassalam.


34 ulasan:

  1. ehmm...Bandar Baru Cafe di Bangi tempat yang indah dan menyamankan untuk ngobrol bareng teman dong ya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan setakat tempat untuk ngobrol bersama teman. Malah ada yang duduk berjam jam bermain chess :)

      Padam
    2. pasti bikin sebel pemilik cafe dong terlalu lama, malahan maen chess segala, coba?

      Padam
  2. Sesuai untuk borak santai atau jumpa client kan ^-^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekali sekala..boleh la kalau nak gi tempat macam tu :)

      Padam
  3. wah cafe berkonsepkan lab...hebat tu mesti sgt teliti dlm penyediaan makanannya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin juga kot..
      Cuma ada kelainan dari segi konsep.

      Padam
  4. kalo berada langsung di lokasi mau nyantai habis ya mbak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu. Harus ber happy hours di situ :)

      Padam
  5. wahahah bermacam konsep nih...
    yang dalam kelalang kon tu apa eh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ntah..gaya dan rupa macam biji kopi. Tu kira antara perhiasan yang dia org ada kat cafe tu.

      Padam
  6. Ko liat makanan diatas jadi pengen makan ya miss :G

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. Tempatnya ca tik, makanannya juga enak

      Padam
  7. susun atur ala makmal la ni, memang kreatif dan unikla sis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Sis. Ok lah..kalau sesekali nak kelainan

      Padam
  8. Pelayanan ramah dan murah senyum itu penting sekali ya dalam usaha kuliner :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Itu juga antara daya tarikan

      Padam
  9. Kalau portion sikit dan harga agak mahal memang tak mengenyangkan la makan kat sana...hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sangat tu..tambah tolak..kira mahal la...hihi

      Padam
    2. Barang2 dan peralatan saintis kan mmg mahal kan huhu... :D

      Padam
  10. Mgkn ini kot kategori café hipster.. Macam2 konsep restaurant / café skrg.. Canggih2 belaka déco makanan yg disediakan.. Harap berbaloi dgn wang ringgit kann Fidah Shah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu lah pasal..
      Kalau rasa2 nak cuba tu..boleh kot. Tapi x selalu lar..huhu

      Padam
  11. menarik..tapi kena bayar dulu kt kaunter tu yg leceh sikit kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya , saya tak suka macam tu. Susah nak beratur..huhu

      Padam
  12. Tempat ni ramai blogger mengopi... pernah sekali je dtg sini.
    Sempoi... rasa mcm prof saintis... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pernah juga baca pasal cafe ni..yang di tulis oleh blogger.
      Tempat memang cantik lah..Sebelah menyebelah tu, ada banyak pulak butik2. Terang aje mata Mak..huhu :D

      Padam
  13. paling malas kalau kena beratur nak membayar bil ... sesuai kot utk tangki sis yg kecik ni ... hehehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tak suka cara bayar yang macam tu. Kalau Pak cik2, mak cik2 atau atuk2 & nenek2 datang, boleh ketar lutut nak beratur lama2 tu. Kena lah suruh anak cucu beli..hihi

      Padam
  14. Pernah makan kat Chemistry cafe ni tp kat Shah Alam. Tu pun sebab si anak yg ngajak. Yelah menu dia ala ala Secret Resipe kan FS...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Compared dengan Secret Recipe, yang ni lagi limited choice. dan tak berapa sesuwai dengan tekak saya yang nak makan nasi nih...haha :)

      Padam
  15. sis, try tak coffee Lady Boss? sedap ooo, saya ada tulis pasal cafe nih di blog saya...memang kena dengan selera sayalah...unik sangat...kalau ada agen2 insurans ke ape ke nak date dengan saya, saya akan cakap date kat sinilah, agen yang bayar hehe...aci tak?

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut