November 06, 2015

Ada Apa Dengan Motosikal

Assalamualaikum

Tahukah anda menaiki motosikal ada banyak kelebihannya:


  • Kos minyak petrol untuk motosikal lebih murah berbanding kereta, van atau lori.
  • Untuk lebih jimat dan senang kira, boleh amalkan 'motor pool' (baca: berkongsi motosikal) dengan rakan sepejabat.
  • Dapat merasakan udara yang segar dan nyaman terutamanya jika anda menaiki motor di waktu pagi. Dapat juga menikmati titisan-titisan embun malam sekiranya anda pulang lewat.
  • Tiada masalah mencari 'parking' berbanding dengan menaiki kereta.
  • Dapat meningkatkan kemahiran mengimbangkan badan terutamanya bila melalui selekoh-selekoh tajam.
  • Tidak perlu bimbang untuk mengekalkan kekemasan rambut di sepanjang perjalanan kerana anda menggunakan helmet. Juga dengan mudah dapat menunjukkan kepada dunia sekiranya anda memakai helmet baru.
  • Dapat menikmati panorama indah waktu hujan ketika menunggu di bawah terowong atau jejantas sementara menanti hujan reda.
  • Dapat duduk rapat-rapat dan menambahkan lagi kemesraan dengan pasangan (untuk suami isteri sahaja).
  • Mengurangkan masalah lewat ke pejabat kerana dapat mencilok cilok serta mencelah celah di antara kenderaan lain di jalan raya. Boleh bergerak dengan lancar dan pantas di waktu pemandu kereta dan bas duduk melopong kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. 
  • Dan yang paling penting, tak perlu bangun seawal 3 atau 4 pagi demi mencari jalan alternatif untuk elak bayar tol disamping memastikan anda sampai ke pejabat sebelum pukul 9 pagi.

Sekian. Wassalam.

Gambar: google

25 ulasan:

  1. dengan motosikal juga dapat mempamerkan aksi berani mati seperti yang ditunjukkan oleh si rempit..silap hari bulan boleh membawa maut dan mati katak di jalan raya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu lah silapnya. Dapat motosikal, di modified nyer sana sini. Lepas tu buat aksi yang membahayakan...superman ultraman bat man bagai.
      Kalau jadi apa2, bukan saja menyusahkan diri sendiri, orang lain pun susah sama :(

      Padam
  2. tapi hati2 bermotosikal ke pejabat fidah bimbang dihimpit kenderaan besar...doa banyak2 sambil bermotosikal.

    BalasPadam
  3. Setakat ni, tak pernah lagi naik motosikal ke pejabat Kak..
    Hanya sekadar menggambarkan kesusahan orang untuk sampai tepat waktu ke pejabat sambil memikirkan apakah alternatif yang ada.. :(
    Thanks Kak Paridah :)

    BalasPadam
  4. si motorsikal yg punya pro dan kontra...ikut dari cara penggunaan masing2... bila melibatkan anak2 rasanya kereta lagi berbaloi.... hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Takut sangat kalau tengok budak2 bawak motor..

      Padam
  5. pernah naik motosikal di KL ni..huhu..seram sejuk rasanya.masa cilok-mencilok celah2 kereta, lori...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya naik motor tumpang room mate saya zaman student dulu2..setakat pergi kuliah

      Padam
  6. motor sebagai kendaraan yang simpel dan mampu selap selip menghindari kemacetan jalan raya memang sangat simpel dan berguna untuk mencapai tujuan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga lebih mudah dan cepat sampai :)

      Padam
  7. haa yg last sekali tuh paling betol sekali...setuju habes :D

    BalasPadam
  8. Betul bermotosikal
    Tak perlu bangun awal
    Cepat dan handal
    Tujuan sampai sebelum sesal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bawa laju laju
      Bagai angin lalu :D
      Thanks Mba Ayu

      Padam
  9. tapi aiza takde lesen motosikal.. ;(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama lah kita..
      Pernah juga belajar dulu, tapi tak confident nak bawak. Naik basikal aje lah nampaknya saya :D

      Padam
    2. Ok la tu naik basikal.. Hehe..

      Padam
  10. mcm perli wak je hari2 merempit nih. huhu2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha...jangan merempit Wak. Berhati hati di jalan raya :)

      Padam
  11. mmg seronok naik motosikal x perlu econd ada uadara segar tp musim hujan seperti skrg x boleh bonceng motosikal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Time hujan2 cam ni x boleh naik motor nampaknya..lencun karang..hihi :)

      Padam
  12. dpt dok rapat2 suami isteri tu bagus ...

    BalasPadam
  13. Takut nak naik motor walaupun ada lesen.

    Memang betul tu FS....Kita yg duk KL ni mmg patut pun cari alternatif utk mengelak jem....kalau tak, tunggu jerlah surat dari HR hujung bulan hihi...

    BalasPadam
  14. walau ada kereta, moto tetap kena ada..
    nk kedai seberang jalan, bersiar2 petang
    elok benar ada moto... kihkih

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut