Oktober 02, 2015

Ada Apa Dengan 10 Sen?

Assalamualaikum

Ada apa dengan 10 sen?


Kalau dikaji, nilainya kecil. Cuba bandingkan dengan matawang negara lain.
 10 sen @ RM0.1 = $0.023 (USA)
 10 sen @ RM0.1 = $0.032 (Singapore)
 10 sen @ RM0.1 = $0.032 (Australia)
 10 sen @ RM0.1 = SAR0.085 (Arab Saudi)
 10 sen @ RM0.1 = IDR334.17 (Indonesia)

Atau kalau kita ke pasar dengan membawa hanya 10 sen. Apakah barangan yang dapat kita beli?..eerrrmm hampir tak ada kan.

Tapi, apakah kesannya jika harga minyak petrol naik 10 sen?
Mungkinkah ada berlaku kesan sampingan terhadap segala harga dan perkhidmatan (sebelum GST) yang ada di sekeliling kita?
  • Adakah harga teh tarik dan roti canai akan naik?
  • Adakah harga nasi lemak dan kopi o kegemaran saya akan naik?
  • Adakah harga ikan, ayam dan daging di pasar akan naik?
  • Adakah harga susu dan lampin pakai buang si kecil kita akan naik?
  • Adakah tambang bas sekolah anak-anak akan naik?
  • Adakah tambang kenderaan/ pengangkutan awam untuk kita berulang alik ke tempat kerja akan naik?
  • Adakah harga bag tangan (baca: handbag), kasut idaman dan make up berjenama pilihan saya akan naik...huhu?
Kalau nak disenaraikan semua nanti banyak sangat pulak.

Tapi itu semua hanya kemungkinan.
  • Boleh jadi, segala perancangan rapi tentang pengawalan dan pemantauan harga telah dibuat supaya kadar inflasi berada dalam keadaan terkawal. 
  • Boleh jadi, para peniaga pula telah pun diberi peringatan supaya tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barang. 
  • Boleh jadi, esok lusa gaji kita semua akan naik supaya 'kuasa membeli' kita terus kekal terpelihara :)
  • Boleh jadi.....


Sekian. Wassalam.



37 ulasan:

  1. Dengan 10sen tu boleh beli air ditapis je kot..tu pun tak penuh botol

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan tu aje..kalau gi public toilet skrg pun dah 20sen atau 30sen..eerrmmm
      Thanks MV :)

      Padam
  2. Kalau Bunda selalu cakap kat anak2 masa dorang kecik2 dulu... kalau takder 10 sen mana ada 20 sen... dari 10 sen bila simpan dikit2 lama2 jadi banyak...

    Itu pendapat Bunda tentang syiling 10 sen dengan anak2 dulu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu..kalau tak ada 10sen..tak kan ada 20sen..
      Siket2 lama2 jadi bukit. Thanks Bunda :)

      Padam
  3. 10 sen, nampak kecil..tapi kalau dah 10 kali dah jadi seringgit. kalau nak cakap pasal minyak pulak, memang boleh jadi faktor kenaikan harga barang lain

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan harga barang naik sudahlah...
      Thanks Sal :)

      Padam
  4. ENTAHLAH FIDAH LA NI PANTANG ADA SBB SIKIT CEPAT JER KEPERLUAN KITA SEMUANYA NAIK...LBH LAGI KALAU MINYAK NAIK WALAU BERAPA SEN PUN.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harapnya harga barang masih terkawal..
      Thanks Kak Paridah :)

      Padam
  5. kalo dikumpulin jadi banyak mbak :D
    jadi keinget kalo dagang hampir sama ngumpulin duit kecil namun kalo banyak yang beli pasti lumayan deh.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Jangan pernah abaikan nilai wang walaupun kecil.
      Orang kata, sedikit2 lama2 jadi bukit.
      Thanks HH :)

      Padam
  6. dengan bermula nya 10sen itulah yg akan membawa kepada pembelian pelbagai benda...hihi... kos hidup yg makin meningkat membuatkan duit spt tak bernilai..huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedih dengan kos harga yang semakin meningkat. Kesian kat kita :(
      Thanks Atie :)

      Padam
  7. 10sen hanya akan jadi mahal bila harga minyak naik hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah ler nak tampung kos minyak yg naik...harga barang2 lain pun tumpang sekaki naik. Sabar aje lah :(
      Thanks Suria :)

      Padam
  8. Minyak naik 10 sen tapi barang yang naik lebih dari 10 sen kan, kita pengguna yang merana...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..yg tersepitnya adalah pengguna akhir macam kita...sbb kat sapa lagi lah nak transfer kos...huhu
      Thanks Zumal :)

      Padam
  9. zaman saya kanak - kanak , 10 sen boleh dapat 5 biji gula - gula ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zaman kanak2 kita lebih kurang sama ni...hihi
      Thanks Vee :)

      Padam
  10. domino effect...kita sebagai pengguna selalu tertindas, mcm2 alasan utk menghalalkan kenaikan harga barang...entahlah, nk beli kt kedai 1Malaysia, kualiti cam tak best je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha..tau tak pe. Saya jarang pegi kedai 1Malaysia :(
      Thanks Nohas :)

      Padam
  11. kecil jangan disangka tak ada nilai..kumpulah 1o sen tiap hari akan bertambah banyak..marilah hadapi hari mendatang dengan berjimat ...inshaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Cikgu Etuza.
      Memang harus berjimat cermat, apalagi dalam keadaan ekonomi yg tak menentu ni.
      Thanks :)

      Padam
  12. seposen., bole tak jadi .,

    wahh dh jd pakar ekonomi ye ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha..macam jenama sabun....'ekonomi handalan'..
      Thanks Wak :)

      Padam
  13. Okje dulu masa sekolah rendah, bawak duit belanja 15 sen tau FS...dapatlah kuih rasanya masa tu.....
    Sekarang kalau bawak 10 sen anak anak kita tengok kengkawan makan jelah gamaknya kan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat kantin sekolah saya dulu, kuih karipap harganya seposen. Air secawan seposen...(tak pun bawak bekal air). Jadi, cukup untuk buat belanja kalau bawak 20 sen.
      Thanks Okje :)

      Padam
  14. semoga kelesuan perekonomian di Malaysia dan Indonesia cepat berlalu dan masyarakat menjadi lebih sejahtera karena mempunyai daya beli yang baik. memang perekonomian cepat sekali terkena imbas jika menyangkut harga minyak yang dinaikkan. kalau di Indonesia, sudah sering demo menentang kenaikan harga minyak (pengurangan subsidi).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Subsidi minyak di Malaysia sudah dimansuhkan. Sekarang menggunakan sistem 'harga terapung', harga ditentukan pasaran. Tapi, jika harga naik, rakyat jelata pasti terasa kesannya. Lebih2 lagi bila harga barang lain (sebelum gst) turut naik.
      Moga ekonomi di Malaysia dan juga di Indonesia segera pulih.
      Thanks Mbak Nove :)

      Padam
  15. sepuluh 10 sen kalau dikumpul selama 10 tahun agak-agak berapa banyak duit yang kita boleh dapat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dapatlah sebijik handbag..huhu
      Thanks HB :)

      Padam
  16. Bab gaji tu..sampai bila2 tak naik...huhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabar ajelah kannn...hihi
      Thanks iryanty :)

      Padam
  17. Betapa bernilainya 10sen.. Member I kesan besar hanya dengan 10sen..

    BalasPadam
  18. Walaupun 10 sen kalau silap percaturan, negara pun boleh kucar kacir... wallahualam..

    BalasPadam
  19. jika harga minyak naik even 5 sen pun harga makanan dan barang dapur lain naik lebih dari sepatutnya...itulah msia

    BalasPadam
  20. Kenapa pula bila harga petrol turun 10sen :

    - teh tarik dan roti canai pak maidin yg pandai tebar tak turun2?

    - Harga ikan, daging dan sayur pon sama?

    sampai pak menteri cakap...kalo mahal masak sendiri, kalo malaysia semua mahal duduk dekat bulan, kalo rasa tol mahal, pergi kerja AWAL2 pagi.... :D

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut