September 28, 2015

Tanda-Tanda Anda Mempunyai Masalah Kewangan

Assalamualaikum

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, GST, harga barang-barang (sebelum GST) yang kian meningkat serta kadar pertukaran wang asing yang semakin tinggi, pasti sedikit sebanyak memberi impak kepada aliran tunai kita.
Selain daripada itu, jumlah pendapatan individu, bilangan tanggungan serta cara perbelanjaan juga memberi kesan. Tanpa sedar, kita mungkin sedang menghadapi masalah kewangan.

Jom semak, tanda-tanda jika anda mempunyai masalah tersebut.
Jangan sampai di tahap kritikal baru kita mahu bertindak.


  • Kadar kebergantungan pada kad kredit sangat tinggi. Perbelanjaan harian anda hampir semuanya bergantung pada kad kredit. Penggunaannya juga sudah hampr ke tahap maksimum (credit limit). Pembayaran pula, sentiasa berada di tahap minimum
  • Terpaksa meminjam wang dari kawan, keluarga, ceti, along bukit beruntung atau sesiapa sahaja untuk menampung ketidakcukupan perbelanjaan bulanan anda. Ini jelas menunjukkan bahawa aliran tunai anda berada di tahap kritikal.
  • Mempunyai masalah untuk menampung perbalanjaan harian. Masalah akan menjadi lebih ketara apabila hujung bulan hampir tiba. Anda mula menghitung hari, bilakah tibanya hari gaji kerana wang di saku atau baki wang di akaun simpanan sudah kering kontang.
  • Melambatkan pembayaran segala bil. Tidak dinafikan bahawa hidup kita memang dikelilingi dengan pelbagai bil. Just name it. Bil elektrik, bil air, bil telefon dan macam macam bil lagi. Lebih parah jika anda hanya mampu membayar sebahagiannya sahaja, manakala yang selebihnya akan dibayar pada bulan hadapan.
  • Tidak mampu untuk mambayar segala kos maintenance rumah dan kereta secara teratur. Walaupun tempat tinggal dan kenderaan adalah 2 perkara penting dalam kehidupan harian kita, anda terpaksa menunda segala kos perbelanjaan yang berkaitan dengannya kerana tidak cukup wang.
  • Anda masih berkira kira atau merasakan wang untuk membayar sewa rumah atau ansuran bulanan rumah (bagi yang telah membeli rumah) tidak cukup.
  • Tidak mampu untuk membeli apa jenis insuran sekalipun. Insuran nyawa (life insurance), insuran pendidikan untuk anak, insuran perubataan serta insuran-insuran yang lainnya semua dipandang sepi.
  • Wang tabungan atau simpnan kini mulai susut. Sepatutnya makin hari wang simpanan makin bertambah. Kata orang, sedikit sedikit biar lama-ama jadi bukit. Tapi ini sudah dikira kes tarah bukit pulak. Agak kritikal juga ni. Apalagi jika tiada wang langsung wang untuk di simpan sebagai kegunaan di saat-saat kecemasan.
  • Tidak mempunyai wang atau simpanan untuk pelan selepas bersara. 

Pasti susah juga jika kita sudah mempunyai simptom-simptom masalah kewangan.
Oleh itu carilah jalan penyelesaian yang terbaik sebelum masalah menjadi lebih kritikal.

Mulakan dengan menyimak perbelanjaan bulanan dan membuat belanjawan keluarga. 
  • Pastikan anda berbelanja secara disiplin 
  • Anda seharusnya sentiasa ada lebihan tunai dan mampu untuk menyimpan sejumlah wang di setiap bulan
  • Ubah gaya hidup dan jauhi pembaziran :)
Saya pasti, semua orang mahu hidup bebas dari segala bebanan hutang serta mempunyai jiwa yang merdeka. Baca juga erti kemerdekaan dari perspektif kewangan.
Ingat, bijak berbelanja, hati bahagia...:)

Sekian. Wassalam.

Rujukan: Save-money magazine
Gambar: Google

43 ulasan:

  1. Alhamdulillah, so far belum ada tanda-tanda tu..tapi tak bermakna boleh boros.kena ada simpanan jugak. Thanks for sharing, kak Fidah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Sal..kena berhemah kalau berbelanja. Lebih2 lgi time macam ni
      Thanks :)

      Padam
  2. kdg2 gaji kecil, setiap bulan habis utk bayar benda2 asas saja..ramai jg yg cari side income..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kos sara hidup juga semakin meningkat..huhu
      Thanks Nohas :)

      Padam
  3. Mata uang asing semakin naik, yang hidupnya menengah kebawah semakin sengsara karena kurangnya ekonomi. Hmm gimana ini dunia????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aduhai..kesihan kita kan...
      Terutamanya di golongan pertengahan dan bawah..pastinya terasa kenaikan harga barang.
      Thanks Zee :)

      Padam
  4. Harus menabung kalau ingin belanja sesuatu, tidak boleh ketergantungan dengan kartu kredit.. hemat pangkal kaya. semoga saja kurs dolar semakin turun...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bergantung pada kad kredit sangat bahaya. Silap2 tak tahu yang kita sudah terlebih belanja dari sepatutnya.
      Thanks Achmad Fazri :)

      Padam
  5. mesti pinter mengatur keuangan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Seharusnya lebih bijak. Lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.
      Thanks Fatimah :)

      Padam
  6. rasa-rasanya dah tahap kritikal ni..
    hehehe...
    wang besar wang besar kita putar
    lagi ....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Halim..kita putar lagi..Wang Besar..Wang Besar!! :D
      Thanks Lin :)

      Padam
  7. Alhamdulillah belum ada tanda tandanya mbak :D
    Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga sentiasa bebas dari masalah kewangan..
      Thanks Eksa :)

      Padam
  8. Terimakasih, postingan-nya sangat bagus sekali. Senang sekali berkunjung ke blog anda. saya bantu share ya gan? semoga dapat bermanfaat buat kita semua. Amin :D :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Peringatan untuk saya juga. Moga manafaat
      Thanks :)

      Padam
  9. Pening kalau pikir pasal hutang ni kan FS....Sekarang ni kita tolong tengok org bayar hutang tiap tiap bulan. Sian laki kita. Insyaallah.....kalau kita tak berbelanja melebihi pendapatan, hutang dpt dikawal kot....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Duit..duit..boleh sakit kepala kalau pikir pasal duit...pak menteri kata ubah gaya hidup...huhu
      Thanks Okje :)

      Padam
  10. Memang perlu sesangat ni pendapatan sampingan. Kalau tak memang tak cukuplah gaji nak tampung kehidupan.
    Apa Yang Berlaku Terhadap Orkid Di Sabah ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesian kita kan...golongan pertengahan dan bawahan dan rasa kesannya.
      Thanks Satria Saqti :)

      Padam
  11. usahakan sedaya mungkin untuk mencari duit lebih agar masalah kewangan dapat diselesaikan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena rajin, inovatif dan gigih.
      Thanks HB :)

      Padam
  12. emm..nasib blum ada lg tanda2 tersebut..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..pening kepala kalau dah start ada masalah duit.
      Thanks JS :)

      Padam
  13. pandai urus bajet tiadalah masalah kewangan....kan fidah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena ambil langkah..jimat dan senang kira.
      Thanks Kak Paridah :)

      Padam
  14. moga dijauhkan dari segala masalah di atas ..huhu..tak sanggup rasa nya Fidah dgn pelbagai kenaikan kos... sy skrg ni duk berjimat dgn kurangkan shopping online...haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang pun saya dah kurang usha2 ig...kalau tak, ada aje yg nak dibeli..huhu
      Thanks Atie :)

      Padam
  15. Zumal ada gak petanda tu nasib tak ada kad kredit jew. Hehe ^-^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom kita buat kempen jimat cermat...hihi
      Thanks Zumal :)

      Padam
  16. Pernah merasai tanda2 tu dan tanda2 tu lah jadi guru yg mengajar utk tak nak merasakannya lagi huhu. In shaa Allah kdg2 frugality tu lebih baik dari bergaya tapi sakit poket. Asalkan kenaq caranya oklah kan, in shaa Allah. Thanks sharing Fidah.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pengalaman ada lah guru terbaik..
      Moga terus maju jaya di masa hadapan...aamiin.
      And jangan lupa kat member2 laks....huhu
      Thanks Khir :)

      Padam
  17. hidup seorang ni , senang nak urus kewangan . janji tak boros berbelanja dan ada simpanan ... alhamdulilah .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teringat kat kempen jimat dan senang kira.
      Thanks CM :)

      Padam
  18. tips keuangan yang bagus, apalagi pada saat perekonomian sedang lesu dan krisis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga manafaat untuk kita semua.
      Thanks Mba Nove :)

      Padam
  19. kalau dalam peribahasan di Indonesia, Jangan besar pasak daripada tiang. Jadi harus pandai-pandai mengatur keuangan agar tetap bisa saving untuk keperluan yang tak terduga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini memang harus berjimat cermat.
      Terima kasih atas kunjungan. Salam kenal :)

      Padam
  20. Arghhh takutnya nak hadapi masalah kewangan...kena menyimpan dari sekarang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah...memang kena berjimat cermat dr sekarang... :(
      Thanks MV

      Padam
  21. alhamdulillah... so far so good... bersyukur dgn apa yg ada

    BalasPadam
  22. setakat ni saya takda lagi mengalami tanda2 tersebut.mungkin sbb masih bujang dan kurang tanggungan.bagi yg berkeluarga mungkin sedikit terkesan dgn kos sara hidup yg semakin meningkat.tapi tulah skrg ni pun kena beringat utk masa dpn.kena bijak berbelanja ikut keperluan.

    BalasPadam
  23. alhamdullilah. untuk sekarang semuanya okay lagi. harap berterusan begitu. dengan keadaan ekonomi sekarang, kena sentiasa beringat dalam berbelanja..

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut