Jun 20, 2015

Syukur Alhamdulillah



Allah S.W.T berfirman; Maksudnya " Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami kurniakan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah' (Surah Al-Baqarah 2:172)

Alhamdulillah, kita telah menunaikan kewajiban berpuasa di hari ke-2 Ramadhan. Bersyukur juga kerana di kurniakan rezeki dalam pelbagai bentuk contohnya  makanan, tempat tinggal yang selesa dan juga kesihatan untuk kita meneruskan kehidupan. Kalau difikirkan, terlalu banyak nikmat kurniaan Allah yang tidak terhitung oleh kita.

Kenapa perlu bersyukur:

  • Bersyukur dapat memberikan ketenangan. Dengan bersyukur kita dapat menjauhkan banyak perkara negatif seperti marah, kecewa, gelisah dan sebagainya.
  • Bersyukur dapat memberikan rasa kecukupan. Dapat bernafas juga merupakan satu nikmat. Dengan bersyukur kita akan sentiasa melatih diri kita supaya sentiasa berterima kasih dengan kurniaan Allah yang tidak terhitung banyaknya.
  • Bersyukur dapat membersihkan jiwa. Manusia yang jiwanya bersih akan merasa semakin dekat dengan Penciptanya dan sedar bahawa segala nikmat itu adalah kurniaan Allah yang harus dipergunakan ke arah kebaikan.

Semoga kita termasuk dikalangan orang-orang yang sentiasa bersyukur.

Sekian. Untuk peringatan kepada diri saya sendiri dan semoga yang lain juga mendapat manafaatnya.

Wassalam.


29 ulasan:

  1. Alhamdulillah.. bersyukur atas nikmat kurniaNYA.. pasti bertambah berkat hidup ini.. aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin. Semoga hidup mendapat keberkatan.
      Thanks Khir :)

      Padam
  2. amin..semoga kita semua tergolong dalam orang-orang yang bersyukur..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga hati kita terdidik dan dididik untuk menjadi orang2 yg bersyukur.
      Thanks HB :)

      Padam
  3. ALHAMDULILLAH..BERSYUKUR DGN NIKMAT ALLAH YG XTERBILANG BANYAKNYA///

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Nikmat Allah tidak ternilai banyaknya
      Thanks Kak Paridah :)

      Padam
  4. Balasan
    1. Selamat berpuasa Lin
      jangan lupa kunci jam :D:D

      Padam
  5. Salam Ramadhan buat Fidah & family.. alhamdulillah syukur dgn segala nikmatNYA..tak terbilang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Syukur dengan segala nikmat Allah.
      Thanks Atie :)

      Padam
  6. Mudah-mudahan juga saya selalu menjadi pribadi yang selalu bersyukur atas nikmat yang telah diberikan Alloh untuk saya dan sekeluarga :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mudah mudahan kita sentiasa menjadi orang yang bersyukur.
      Terima kasih Miss Wida :)

      Padam
  7. orang-orang yang bersyukur pasti akan di lipat gandakan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah. Akan di tambah lagi rezeki dan nikmat untuk orang-orang yang sentiasa bersyukur.
      Thanks Alya :)

      Padam
  8. syukur alhamdulillah dapat melalui Ramadhan lagi ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..itu juga satu kurnia dan nikmat.
      Thanks Vee :)

      Padam
  9. Kita memang harus banyak bersyukur ya gan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.
      Nikmat dan rezeki dari Allah tidak terhitung banyaknya.
      Terima kasih atas kunjungan :)

      Padam
  10. sebenarny syukur itu meliputi banyak hal dalam kehidupan...diberikan nafas dan kesadaran aja itu sudah suatu rizki yang luar biasa, makanya kita wajib bersyukur....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga kita termasuk dikalangan orang-orang yang sentiasa bersyukur. Aamiin.
      Terima kasih Mbah :)

      Padam
  11. sentiasa bersyukur adalah amalan mulia...terima kasih kerana sudi singgah di blog JM

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih juga atas kesudian kunjungan balik.
      Moga kita sentiasa bersyukur di atas segala nikmat dan kurnia dari Nya.
      Thanks JM :)

      Padam
  12. bersyukur..step pertama untuk rasa bahagia ;)

    BalasPadam
  13. Lain syakartum laazidan nakum walain kafartum inna 'azabi la syadid...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allah akan memberika ganjaran yang lebih banyak kepada mereka yg bersyukur..in shaa Allah
      thanks anies :)

      Padam
  14. in shaa ALLAH. sama-sama kita bersyukur dengan segala Nikmat yang sudah diberi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga kita termasuk di kalangan orang2 yg bersyukur..

      Padam
    2. Semoga kita termasuk di kalangan orang2 yg bersyukur..

      Padam

Google+ Followers

Pengikut