Julai 02, 2016

Memori Kiuh Siput



Assalamualaikum

Kuih siput sebenarnya tidak ada kaitan langsung dengan siput sedut yang kita selalu buat masak lemak tu. Juga jauh sekali kaitannya dengan siput babi yang sampai sekarang masih kompius tentang identitinya sama ada dia adalah siput atau babi :D

Kuih siput adalah salah satu kuih tradisional yang selalunya membuat kemunculan istimewa di hari raya. Kalau tak hari raya pun ada jugak, tapi kirim salam ajelah kalau nak suruh Akak buat sendiri.

Kalau masa arwah Mak ada dulu, rajin juga buat kuih siput ni. Mak bancuh, kami gentel sama-sama. Sambil buat kuih siput, sambil bercerita. Lama tu, kalau buat sekilo tepung, mau lenguh juga tangan nak habis kan menggentel. Cerita satu kampung pun sempat di up-date :)

Tapi sekarang saya buat kuih siput bersendirian. Afiq ada juga offer nak tolong..tapi tak pe lah Takut jadi kuih kura-kura pulak :)
Tunggu Afiq besar siket ya...nanti Afiq tolong Mama. Besar lagi nanti, carikan Mama menantu yang rajin tolong Mama kat dapur.....eehhh :D

Resipi kuih siput ni saya ambil dari Aynorablogs (www.aynorablogs.com)
Saya buat siket aje. Anggaran 1 balang sederhana besar.

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 50mg marjerin (cairkan dan biarkan suam-suam)
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu kecil serbuk udang kering (saya gantikan dengan serbuk ikan bilis knor...maklum le..allergic udang..hihi)
  • 3 sudu kecil serbuk cili (saya guna 2 sudu kecil chili flakes sebab serbuk cili dah abih)
  • 1 sudu kecil serbuk kari (saya suka suki tambah)
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa



Cara-cara:
  • Panaskan marjerin dan disejukkan sebentar (biar suam-suam kuku).
  • Gaul tepung bersama garam, serbuk jintan putih, jintan manis, serbuk kari, serbuk cili dan serbuk ikan bilis. Masukkan marjerin yang telah dicairkan.
  • Gaul rata dan masukkan telur ke dalam adunan. Sebatikan. Masukkan air sedikit demi sedikit. Kalau dah tak melekat, kira dah ok la tu. Uli hingga menjadi doh.
  • Cubit sedikit adunan. Gentel bagi bulat dan tenyeh atas papan kuih siput.
  • Panaskan minyak. Goreng kuih siput dengan api sederhana. Bila sudah 5 minit menggoreng, masukkan setangkai daun kari yang telah dilurut daunnya. 
  • Goreng hingga masak dan garing. Angkat dan sejukkan. Masukkan ke dalam balang. Tutup rapat-rapat.

Sekian. Selamat mencuba.

**Al Aftihah untuk arwah ibu saya. Semoga diampunkan segala dosanya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aamiin.




9 ulasan:

  1. Peberet ni kuih siput Fidah.. Tapi sy tak reti nak buat.. Haha.. Ada resepi ni boleh lah rujuk nti..:)

    BalasPadam
  2. Kuih ni mmg all time favorite... dari kecik mmg kuih ni la yg slalu dpt hits!!.. :)

    BalasPadam
  3. memang sedap mengunyah sambil berborak.. sedar2 dah abes je..

    BalasPadam
  4. Nak copy resepi mu Fifi..x pun raya nanti kita singgah sasambil bwk balang nak tapau siput mu...awal2 dh bgtau nk tapau yea

    BalasPadam
  5. Semakan kaya kue Kewuk ya mba :) bahan-bahan nya juga sama, apa hanya nama di tiap daerah yang berbeda ? kalau benar sama ini makanan kesukaan saya banget nihh :D

    BalasPadam
  6. saya pun ada pengalaman dengan kuih siput ni . sampai sakit jari ler nak tolak doh tu atas cetak ...

    BalasPadam
  7. memori masa kecik2 dulu, menggentel kuih siput...rajin Afiq tolong mama dia buat kuih raya..

    BalasPadam
  8. Alfatihah utk arwah...
    FS mak buat kuih siput ni tahun lepas.... sedap tau hihi...perasan kan. Lepas tu mak sira ngan kari. Jadi sedap weyh.
    Tahun ni terus mls nak buat. Leceh tang nak menggentel tu

    BalasPadam
  9. ms kecik2 dulu rajin tlg mama buat kuih ni

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut