<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: All About Potatoes

Jun 23, 2016

All About Potatoes

Assalamualaikum

Tengah hari tadi saya ke pasaraya Aeon Quill CityMall, mencari barang keperluan untuk memasak juadah berbuka puasa. Bila tengok-tengok, ada banyak pulak jenis ubi dan kentang. Macam best jugak kalau diambik gambar. Tapi tak berani nak beriya sangat...takut orang ingat Mak ni Pegawai dari KPDNKK datang nak check harga barang...hahaha :D

Apa pun, jom kita tengok jenis-jenis kentang dan ubi.

Ni namanya ubi Jepun.
Ubi/keledek Jepun ni kaler di purple. Nak rebus boleh, kalau bakar pun sedap.


Sweet potatoes atau keledek
Keledek ni biasanya orang guna untuk buat kuih contohnya keria, cucur badak dan yang sewaktu dengannya. Keledek ni juga adalah bahan penting untuk orang Johor buat kuah mee rebus. Kalau goreng pun sodapppp


Kentang pink

Jarang nampak kentang pink ni. Kena import dari Australia sebab tanam kat tepi paya belakang rumah tak nak hidup :D


Cilembu honey sweet potatoes
Tak pernah makan lagi ubi/keledek spesis ni. Di import dari negara seberang dan saya rasa harganya agak mahal.


Kentang holland. 
Biasa digunakan dalam masakan. Kalau nak buat karipap inti kentang atau begedil pun saya guna kentang ni.


Ubi kayu

Rasanya amat sedap kalau direbus dan dimakan dengan sambal...
Di musim-musim raya ni, peranan ubi kayu juga sangat penting untuk menghasilkan pelbagai jenis kerepek ubi. Macam-macam perisa ada.


Kentang US katanya
Digunakan dalam masakan. Bukan setakat isi, kulit pun berkhasiat :)



Ok. Tu aje mak nak cerita pasal ubi dan kentang...

Baca juga:
Bukan kentang biasa
Manis atau masin


Sekian. Wassalam.


Label:

11 Ulasan:

Di 6/23/2016 11:06:00 PTG, Blogger Cikla Shahril berkata...

Byk rupanya spesis kentang ni ye..

 
Di 6/23/2016 11:10:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Ada banyak...tu pun tak masuk sepupu dia orang dari keluarga keladi :D
Thanks cikLa

 
Di 6/24/2016 12:45:00 PG, Blogger Unknown berkata...

Banyak juga macam ubi sama kentang nya mba :) Itu ubi kayu kalau disini di sebut nya 'Sampe' mba :D

 
Di 6/24/2016 03:56:00 PG, Anonymous Hero Borneo berkata...

ubi kayu dan keledek ..sama keluarga dengan kentang

 
Di 6/24/2016 11:00:00 PG, Blogger Unknown berkata...

Semua makanan diatas akan lebih nikmat kalau di tambahkan bajiur mrs. fidah hehehe

 
Di 6/24/2016 11:40:00 PG, Blogger AtieYusof berkata...

Banyak jenis juga ya Fidah.. rasanya kat sini tak banyak jenis..huhu..
last awal Ramadhan beli ubi manis tu buat kuih keria... :)

 
Di 6/24/2016 11:45:00 PG, Blogger dear anies berkata...

sy suka keledek purple sbb lain drpd yg lain ;-)

 
Di 6/24/2016 03:01:00 PTG, Blogger Kang Nurul Iman berkata...

Kalau ubi biasanya saya suka di bakar itu rasanya nikmatnya tidak duanya mbak.

 
Di 6/25/2016 07:14:00 PTG, Blogger Khir Khalid berkata...

Kentang jepun tu sedap juga... saya suka juga makan goreng.. arigato! :)

 
Di 6/28/2016 12:30:00 PTG, Blogger nohas berkata...

keledek jepun rebus..huhu..sedapnya dimakan panas2..

 
Di 6/29/2016 04:22:00 PTG, Blogger OKje berkata...

Lama tak rebus keledek Jepun.... sedapnya, manis!
Orang yg nak ambik pekse mesti risau ni FS hihi...nak menghafal segala macam jenis ubi hihi

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama