<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenience…

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Rezeki Yang Tertulis

Jun 27, 2016

Rezeki Yang Tertulis

Assalamualaikum

Alhamdulillah, dengan izin dari Nya, penyerahan dana kutipan untuk 42 orang pembantu am (baca: Cleaner) di pejabat telah pun disempurnakan pada petang Jumaat lalu.

Sampul ang pow sebelum diagihkan

Niat asal hanyalah untuk 4 orang Cleaner yang 'menjaga' Jabatan kami sahaja. Tapi, mungkin Allah mahukan dana ini sampai kepada lebih ramai orang.
Mungkin kerana itu jugalah jumlah kutipan yang kami dapat amat luar biasa hingga boleh diagaihkan kepada kesemua Cleaner yang lain. Alhamdulillah.

Meski pun terdapat juga rintangan dan halangan untuk kami mengumpulkan dana tersebut, akhirnya berjaya juga.

Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang berusaha keras mengumpul dana dan menjayakan mini projek ini, penyumbang-penyumbang yang jauh mahu pun yang dekat, juga yang berada di dalam mahu pun di luar negara.

Semoga Allah mengurniakan kebaikan dan rezeki yang berlipat ganda kepada anda semua. Untuk yang terlibat secara langsung atau tidak, Allah sahajalah yang akan membalasnya...

Mungkin sesuatu perkara itu nampak kecil di mata kita, namun amat besar nilainya pada yang lain.

“Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi siapa yg dikehendakiNya di antara hama-hambaNya, dan Dia juga menyempitkan baginya; dan apa shaja yg kamu dermakan maka Allah akan mengantikannya; dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki" .” (Surah Saba: 39). 

Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, Nabi bersabda, " Sesiapa yang bersedekah meski nilainya cuma sebiji tamar, yang diperolehinya dengan cara yang baik- dan Allah hanya menerima yg baik- nescaya Allah akan menerimanya dengan baik, kemudian menjaganya seolah olah seperti kalian menjaga anak kuda, sehinggalah ia menjadi sebesar gunung" (Riwayat Al-Bukhari)

Sekian. Wassalam.



Label:

7 Ulasan:

Di 6/27/2016 02:50:00 PTG, Blogger paridah berkata...

TAHNIAH STUKUR ALHAMDULILLAH..SENTIASA BERBUAT KEBAJIKAN DI BULAN RAMADAN MULIA..

 
Di 6/27/2016 02:55:00 PTG, Blogger dear anies berkata...

WAHHH BGS NYERR

 
Di 6/27/2016 05:56:00 PTG, Blogger Unknown berkata...

Wah yang tadinya hanya untuk empat orang sekarang telah berkembang menjadi ke banyak orang :) semoga bermafaat buat penerima dan semoga di berikan rizki yang berlimpah kepada orang yang menyumbang :)

 
Di 6/28/2016 08:45:00 PG, Blogger AtieYusof berkata...

Alhamdulillah..best nya dapt menggembirakan hati2 mereka... pasti besar pahala nya... usaha yg baik dr fidah & kawan2 :)

 
Di 6/28/2016 12:23:00 PTG, Blogger nohas berkata...

Alhamdulillah, moga murah rezeki mereka yg menyumbang..

 
Di 6/29/2016 04:14:00 PTG, Blogger OKje berkata...

Seronok mereka ye FS dapat angpau. Dulu masa kerja tak terpikir pulak nak bagi tea lady pun huhu....

 
Di 6/29/2016 11:40:00 PTG, Blogger Khir Khalid berkata...

Wahh... syukurlah Alhamdulillah... hati ceria dan keberkatan bertambah, in shaa Allah... :) :)

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama