Jun 28, 2016

Kisah Ramadhan : Bila Wanita Uzur Makan Di Khalayak Ramai

Assalamualaikum

Baru-baru ini heboh kisah tentang seorang wanita Islam yang sedang uzur makan dikhalayak ramai.


Kisahnya, wanita tersebut menjadi berang apabila haknya untuk makan dikhalayak ramai dinafikan. Soalnya, salahkah dia?

Secara umunnya memanglah wanita yang sedang uzur tidak diwajibkan berpuasa. Memang boleh makan. Makanlah sebanyak mana nak makan....sesudu, sepinggan, sebelanga atau semua makanan yang ada dalam kedai tu. Tapi perlukah makan di khalayak ramai?

Tidak adakah sedikit perasaan malu dan hormat pada orang yang sedang berpuasa?

Semenjak kecil lagi kita disuruh menghormati orang yang berpuasa. Malah, anak-anak kita diajar supaya berpuasa dan hormat pada orang yang sedang berpuasa. Tidak bolehkah kita memberi contoh yang baik pada mereka?

Saya juga ada ramai rakan yang bukan beragama Islam. Tapi mereka hormat pada orang yang sedang berpuasa. Mereka tidak akan makan di hadapan saya. Kalau terpaksa meneguk air sedikit pun, siap ada yang minta maaf lagi.

Kalau orang bukan Islam boleh faham dan hormat pada orang yang berpuasa, kenapa tidak kita?


Sekian. Wassalam.

Pic: google









6 ulasan:

  1. BYK LG TMPT YG BOLEH DIA MKN TP Y NK DPN ORG RAMAI JG? BANGGA KE? EEE GERAM PLAK SY

    BalasPadam
  2. Benar banget tuh mba non muslim juga hormat dan menghargai pada umat muslim yang sedang berpuasa nah kenapa wanita yang sedang ada halangan tidak bersikap seperti itu :p

    BalasPadam
  3. Entah apa yang difikir dalam kepala, entahlah..
    Moga waris atau orang terdekat kita tak terjebak dengan ragam aneh begini...huhuuu

    BalasPadam
  4. isu viral skrg ni Fidah.. erm..ntah makin pelik orang2 zaman skrg.. yg wanita lgi lah...mana rasa MALU bila makan di khalayak ramai... kot tak puasa pun, agak2 lah kan.. nak perjuangkan hak konon... aduiii byk lagi perkara yg boleh diperjuangkan..:)

    BalasPadam
  5. Tadi ada terbaca jugak pasal pompuan ni yg nak menegakkan hak dia nak makan kat khalayak ramai...Yelah, apalah nak digaduhkan sangat tak dapat makan kat khalayak ramai? Sampai nak membela nasib pompuan uzur pulak. Tak payahlah....

    BalasPadam
  6. Bila dikata jahil nanti marah... kalau nak makan tu mmg hak masing2, tapi kalau makan dikhalayak ramai tu kan diri sendiri yg sengaja merosakkan kesucian Ramadan dan menjatuhkan kehormatan Islam.

    Saya pun tak pansai sgt tp perkara ni simple... di kena fahami dgn membaca ttg Ramadan dari habis masa nak komen status berjela panjang2... bab agama ni kena bercakap dari ilmu, bukan sekadar logik akal semata2... wallahualam...

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut