November 22, 2015

Nasi Goreng Cili Hijau


Assalamualaikum

Nasi goreng pastinya sudah tidak asing lagi dalam kehidupan kita. Ada yang memilihnya untuk sarapan pagi atau makan malam. Malah ada juga yang menjadikannya hidangan tengah hari.

Yang pastinya hidangan nasi goreng adalah menu ringkas yang mudah disediakan. Bahan-bahan asasnya seperti bawang, cili dan ikan bilis juga amat mudah untuk dicari dan ada disekeliling kita. Jangan lupa juga kuali, sudip, minyak dan gas untuk memasak ;)

Untuk hidangan malam ini dan kebetulan ada lebihan nasi tengah hari tadi, saya goreng ajelah nasi. Kebetulan ada kawan update pasal makan nasi goreng cabe ijo, tekak ni teringin lah pulak. Kalau ikut resipi, macam tak ada beza sangat dengan nasi goreng biasa, cuma ada tambahan cili hijau. Mungkin lagi pedas lagi ummmphh kot.

Bahan-bahan:
  • 3 cawan nasi
  • 4 biji bawang kecil dan 3 ulas bawang putih
  • 2 biji cili hijau dan 3 biji cili padi hijau (ikut tahap kepedasan masing-masing)
  • Segengam ikan bilis  (separuh digoreng)
  • Sedikit fish cake (hiris dan goreng)
  • Sayuran ikut suka (carrot, kacang panjang , kubis - semua dihiris)
  • Sedikit mentega untuk menumis
  • Garam secukup rasa

Cara-cara
  • Tumbuk halus bawang, cili dan separuh daripada ikan bilis tadi. Panaskan mentega dan biarkan cair dan panas dalam kuali.
  • Masukkan semua bahan tumbuk dalam kuali dan biarkan garing sedikit. Masukkan sayuran.
  • Masukkan nasi dan gaul rata. Masukkan garam ikut citarasa masing-masing. Masukkan ikan bilis dan fish cake yang telah digoreng.
  • Sedia untuk dihidangkan dan hias ikut suka.

Senang aja kan. Sambil-sambil tu dapat juga berjimat cermat. 

Sekian. Wassalam.

31 ulasan:

  1. Balasan
    1. Jom makan. Thanks Anies :)

      Padam
    2. sama sama mbak, hehehe
      *pura pura saya adminnya *

      Padam
  2. tringat lagu pramlee - hoi nasi goreng ., sedapp ;p

    BalasPadam
  3. Lapo pulak bila tengok pic nasi greng ni

    BalasPadam
  4. wow..pasti sedap nie..nak cuba juga buat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom cuba..HB kan biasa masak memasak.

      Padam
  5. sedap tu.. boleh cuba buat nanti.. terima kasih share resipi.. ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. buat sarapan buat malam ya mbak, asik asik

      Padam
    2. Makan nasi goreng yang masih panas, pasti lebih enak..

      Padam
    3. panas ke sejuk ke mesti sedap.. hehe..

      Padam
  6. wew, enak ini mbak nasi gorengnya, apalagi saya belum sarapan ini pagi pagi, jadi laper mah :)

    BalasPadam
  7. sedapnya nasi goreng fidah...masukan bnyak sayuran cabe ijonya baru ummp..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru uummmpphh..rasa cili sebenar Kak..hihi

      Padam
  8. nasi goreng cabe ijo...sedapnya..

    BalasPadam
  9. Nasi goreng senang sikit masak. Semua bahan campur & gaul jer.. sekali masak. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu...sekali masak, semua ada. Cukup vitamin dan zat galian :)

      Padam
  10. paling senang nak masak kan Fidah..cepat... pae suka nasi goreng...letak ikan bilis & kicap.... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak saya pun suka kalau letak kicap..nak masak pun senang

      Padam
  11. Presentation dah mcm nasi goreng hotel 5 bintang tau...
    Bolehlah bukak restoren depan rumah hihi.... Kat rumah ni kalau buat nasi goreng mesti kurang pedas FS sebab si bongsu tak tahan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe..Mak, kembang kempis hidung kita baca nih.
      Memang kalau masak sy x buat pedas..sebab anak x berapa makan pedas macam emak dia org.

      Padam
  12. Rs esok kne buat ni..

    Salam kenal sis..

    BalasPadam
  13. Resepi kita sama la..... Simple&sedap...;-)

    BalasPadam
  14. Dah lama tak makan nasi goreng sejak in law dah tak kerja dia yang asyik masak... tapi tempting tau nampak nasi goreng tu kak fidah...

    BalasPadam
  15. Wow these look so yummy! My mouth is watering just looking at your photos.

    BalasPadam
  16. yes yes yes! favourite all the time.. tak suka makan pedas tapi suka kalau nasi goreng letak cili hijau. hehe

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut