November 16, 2015

Double Standard

Assalamualaikum


Adakah golongan yang tidak berbahasa inggeris dan tidak bergaya akan mendapat layanan kelas kedua?

Kisah berlaku di sebuah kedai.
Mungkin sebab kedai ada jenama siket. Kenalah cakap orang putih agak nyer. Walaupun yang bercakap tu adalah antara orang Melayu dengan orang Melayu :(

Kalau pelanggan yang datang tu...ber speaking London. Fesyen pakaian memang cas-cas 'urban'. Rambut blonde siket. Selalunya, memang dapat layanan kelas pertama. Tak sempat masuk kedai lagi pun sudah disambut meriah. Apa lagi kalau dah masuk kedai. Itu belum lagi tunjuk bilangan kredit kad yang berderet.

Lain pula halnya dengan golongan yang bergaya biasa-biasa. Pakaian pun biasa-biasa. Cakap Melayu pulak tu. Kadang-kadang, memang tidak mendapat layanan yang sewajarnya. Padahal masuk kedai memang dengan niat nak membeli. Ikhlas. Dan bayar CASH! Errmmmmm..

Begitulah manusia. Janganlah dinilai hanya daripada rupa dan gayanya sahaja. Siapa tau, yang bergaya biasa-biasa tu lah mungkin mempunyai kuasa membeli yang lebih besar.

Sekian. Wassalam.

Gambar: google









50 ulasan:

  1. betul tu fidah bukan setakat yg suka layan mrk yg suka speaking london jer tapi mrk yg terlbih melayan rakan sebaya n peduli yg lbh tua padahal mrk yg tua ni besar kuasa belinya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabar aje lah kalau jadi macam tu. Jangan menilai orang hanya dari gayanya saja :(

      Padam
  2. salam Fidah...selalu sgt mcm tu kan Fidah..kadang menyampah jugak..haha.. ingat kita takdo duit sgt ke nak beli barang2 depa kan.. klu takdo duit takdolah kita nak masuk kan... huhu...sabor je lah...suka sgt double standard...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Daripada dpt sales...terus orang serik nak pergi lagi. Persaingan dah makin sengit, kalau tak reti layan pelanggan, sendiri mau ingat lahhh

      Padam
  3. yap...tu mmg selalu terjadi...even kalu msk kedai yg acah2 mewah pun kena mcm u jg... x fhm betul!! mcm laa kite ni sengkek sgt...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang2 tu, kedai tak de lah jemana mewah sangat. Dia pandang kita biasa2...yang kita pun pandang dia org pun biasa2 jugak, dia tak tahu...muuaaahaha

      Padam
  4. Allahuakbar... betul tu jangan menilai orang pada luarannya saja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak baik buat macam tu. Hak pelanggan jgn diperendahkan

      Padam
  5. Namanya juga manusia, pertama yang dilihat dan nilai itu dari cara berpakaian kedua dari cara berbicara. Lalu dari cara berperilaku di nomor sekian halahhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul, padahal banyak juga orang kaya yang berpakaian sederhana..

      Padam
    2. @Zee : kasihan pada yang benar2 mau membeli. Kiranya seperti rasa dihalau atau "jangan masuk ke kedai ini lagi. Anda tidak akan dilayan...huhu"

      @AA : Betul. Dah banyak orang kaya yang gayanya sederhana.

      Padam
  6. mmg bnyk kedai yg mcm ni fidah, kalau kita2 yg biasa ni asik pandang atas bwh mcm la kita tkdk duit sngt kan walaupun kita brckp melayu yg penting org membeli, bknnya ada beza duit org speaking london dgn ckp melayu ye dak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang penting fulusnya..bukan speaking London nya. Mentang2 lah tak nampak gaya, mutu dan keunggulan, sebelah mata pun tak pandang...

      Padam
  7. Iya terkadang yang sederhana
    Menggunakan bahasa biasa
    Pemilik kedai malas melayaninya
    Padahal ada niat sungguh nak membeli isi kedainya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan suka menilai orang,
      Siapa tahu kalau2 dia ada banyak wang :D

      Padam
  8. walaikumsalam,, sangat setuju mbak, kebanayaan memang orang hanya menilai pada penampilan, kadang orang hanya berpenaampilan biasa tapi kita tidak tahu bagaimanakah sbenarnya orang tersebut, nauzubillah :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku juga setuju
      Penampilan bukan kesatu

      Padam
    2. @MM : betul tu. Jangan menilai pada penampilan. Pokoknya jangan double standard. Siapa tahu yang biasa2 inilah yang berniat mahu membantu.

      @Anis Ayu :
      Saya juga setuju
      Tak baik dinilai begitu
      Hati orang bukan batu

      Padam
  9. ramai yang suka menilai dari segi luaran.. sama macam orang hadir temuduga, selalu penemuduga menilai dari segi luaran, pakaian kemas dan pandai menjawab soalan dengan yakin dan tepat.. kualiti kerja tak tentu ok.. eh, macam lari dari topik pula komen aiza ni.. hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha..pakaian kemas dan pandai bercakap kadang2 tu okey lagi. Part lagi teruk, yang cas2 Bimbo pun dapat...ehh

      Padam
  10. tak elok layan pelanggan macam tu..

    BalasPadam
  11. kalau dah gaya kedai gitu ...memang sekali tu jelah kak yan masuk kedai tu..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau macam tu lah gayanya, memang pikir 10x lah nak masuk lagi kedai macam tu.

      Padam
  12. kadang bukan taukey yang macam tuu..tapi pekerja yang terlebih berlagak

    BalasPadam
  13. layan pelanggan terpaksa ikut rentak mereka..

    BalasPadam
  14. tak elok layan cam tu, seharusnya kena adil

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa belajar subjek perdagangan kat sekolah dulu, cikgu kata..pelanggan adalah raja

      Padam
  15. Mana tau yang speaking melayu dan bergaya biasa-biasa saja itu mau membeli kedai dan seisi-isinya... haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kiki....i like this statement.
      Kannn..beli dengan kedai sekali. Hambik ko.. :D

      Padam
  16. Adat dunia katanya FS.....lebih lagi hidup kat KL ni. Yang bergaya dan stylo dipandang tinggi. Okje mmg seram nak masuk butik butik branded ni FS....sebab sedo diri hihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang2 tu..kedai biasa2 aja. Lagak saja yang lebey...ni yg mencik :(

      Padam
  17. ada jugak yang spesis layan semua, tapi bila tengok kita macam xde duit, ringan je mulut tu tanya "akak bajet brapa?kalau yang murah sikit, belah sini..". tu pun keji jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kannn...
      Pinggan tak retak, nasi tak dingin :(

      Padam
  18. Kena pegang secekak duit tayang kat orang kedai tu ^-^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mak setuju...buaru terbuntang mata agaknya...hihi

      Padam
  19. Saya klu jumpa org mcm tu, saya bahasakan ckp perancis je, tak pun sepanyol... apa kelas inggeris huhu.
    Sabar jelah... org klu mcm tu selalunya act je lebih. Biar je, tak rugi apa pun kita dgn org mcm tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalunya kedai2 cas berlagak macam tu, tak boleh survive lama. Lagilah persaingan bertambah sengit sekarang.




      Padam
  20. teringat my kakak yg suka sgt pakai simple tapi bila keluarkan kad , juling mato org tu ... hahahaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penting sangat lah gaya dan baju lawa2 tu kunun...
      Tak baik buat orang macam tu

      Padam
  21. Lain pula cerita saya, memandangkan rupa saya langsung takde iras2 aoron kwok tue tp ada laa bayang2 chinese sket...pandai juga lenggok dan bahasa mereka, bila saya yg melayu celup pergi kedai mereka, layanan uncle tey sangat mesra berbanding sang melayu yg lain masuk kedai dia....last2 bila mau pulang, saya kecik2 cakap nak discount, dier pon ada bg sket...

    Dlm hati kecil saya berfikir...sebab mereka pandai bahasa kita, mereka LIPAT kita habis2, tp kita sang melayu hanya segelintir yg tahu so sket jek laa mereka BAGI pada yg tahu tue...

    Macam citer p ramlee dalam dialog seniman bujang lapok - BAHASA MENUNJUKAN BANGSA.. bukan panggil HOI HOI HOI - singh bahasakan sudin ... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adab dan budi bahasa tu sangat penting, selain daripada tau tentang strategi perniagaan.
      Persaingan sangat sengit sekarang, mana-mana kedai yang buat kita macam nak kena 'sembah' dia dulu baru nak layan kita baik2..sendiri mau ingatlah... :)

      Padam
  22. Memang dh selalu kena..cuba pakai make-up tebal2 masuk kedai.. perghh layanan.. cuba pakai selipar dan comot..sebelah mata pun doranng tak pandang..sobss

    Tak baik tau!

    BalasPadam
  23. masyarakat kita memang sudah dididik dengan menilai keupayaan harta seseorang melalui luaran ... teringat lak saya pd seseorg . pd dia , wpun kerja operator tapi drive kancil , dia kaya . sebliknya klu org tu officer tapi pi kerja naik kapcai , ko miskin le kat mata dia ... ermmm

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut