September 24, 2015

Sanggupkah Berkorban?


Sejauh manakah kita sanggup berkorban?

Setelah anak itu sanggup berusaha bersamanya, berkata Ibrahim kepadanya "Wahai Anak ku, sesungguhnya aku bermimpi (di dalam tidur), bahawa aku menyembelih mu, maka perhatikanlah, bagaimana pendapat mu? Ismail berkata "Wahai bapaku, lakukanlah apa yang diperintahkan kepada mu. Kelak engkau akan mendapati ku termasuk dalam orang-orang yang sabar (In Shaa Allah) -As Saffat: 102  
Kebanyakan orang hari ini merasakan bahawa mereka telah pun berkorban dan melaksanakan 'tugas' sebagai seorang Islam dengan menyembelih kambing, lembu, kerbau dan yang sewaktu dengannya. Benar, ianya adalah satu ibadah dan in shaa Allah akan memudahkan urusan kita 'di sana' kelak.

Tapi ada lagi pengajaran yang perlu kita hayati daripada kisah Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s.
Baginda dan anaknya bersedia melaksanakan perintah dan suruhan daripada Allah dengan patuh dan sabar serta tidak mempersoalkan kenapa perintah itu perlu dilaksanakan.

Bagaimana pula dengan kita hari ini?
Adakah kita telah melaksanakan segala perintah Nya dengan patuh atau kita masih mempersoalkan:
  • Kenapa kita perlu laksanakan Hudud?
  • Kenapa kita wajib menutup aurat?
  • Kenapa kita harus menyokong segala urusan jual beli yang berasaskan riba'?
Mungkin ada banyak lagi perkara 'bertentangan' yang berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Dan adakah kita sanggup 'berkorban' demi melaksanakan perintah dan suruhan-Nya.
Wallahu'alam.
Moga menjadi peringatan untuk diri saya sendiri.

Salam Aidil Adha 1436.


Sekian. Wassalam.


35 ulasan:

  1. pengorbanan melawan hawa nafsu dan meninggalkan larangan Allah swt adalah satu cabaran besar dalam hidup seorang manusia.. ramai orang yang terkorban hanya kerana menurut kata hati dan nafsu..

    salam aidiladha fidah.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam aidil adha Aiza..
      Betul...semua itu memerlukan pengorbanan dan kesabaran.
      Thanks :)

      Padam
  2. Salam Aidiladha Fidah, Zumal rasa masih belum ada erti pengorbanan yang Zumal lakukan dalam hidup ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Aidil Adha Zumal.
      Saya rasa saya pun macam tu jugak kot..apa pengorbanan terbesar ehh..
      Thanks :)

      Padam
  3. Dengan berqurban hewan pada idul adha, insyaallah hewan qurban tersebut bisa menjadi kereta kita di akhirat (melewati sirotol mustaqim)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam aidil adha Achmad Fazri.
      Moga akan memudahkan urusan kita di sana kelak..in shaa Allah. Aamiin
      Thanks :)

      Padam
  4. Selamat menyambut hari raya aidiladha

    BalasPadam
  5. habis baca ini tiba-tiba aku nanya kediri sendiri "sanggupkah untuk benar-benar berkurban dan benar-benar melaksanakan perintah secara sungguh-sungguh" terimakasih postingan yang mencerahkan nya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga segala ururan ibadahnya dipermusahkan..dan semoga segala amalan kita di terima...aamiin
      Thanks Reski Amalia.
      Salam kenal :)

      Padam
  6. Berkurban wajib, bagi yang mampu.. :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Semoga bertambah lagi rezeki dan segala urusan ibadahnya dipermudahkan serta di terima. Aamii
      Thanks Arum Kusuma.
      Salam kenal :)

      Padam
  7. Pertama tama..
    Selamat merayakan Hari Raya Idul Adha :-)
    Buat yg belum bisa qurban saya doakan semoga tahun depan dapat berquran dan yg qurban tahun ini semoga diterima oleh Allah ibadahnya ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam aidil adha Eksa.
      Moga bertambah lagi rezeki supaya kita boleh terus menunaikan ibadah korban..aamii
      Thanks :)

      Padam
  8. kalo tahun kemarin ikut berkurban, kalo tahun sekarang saya berkurban perasaan mbak.hehe
    semoga tahun depan kita bisa berkurban ya mbak dan diberikan usia untuk bertemu idul adha depan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah..moga dapat bertemu lagi aidil adha dan dimurahkan rezeki supaya kita boleh menunaikan ibadah korban.
      Thanks :)

      Padam
  9. Kena hayati konsep pengorbanan yg sebenar dr pelbagai sudut...
    Salam Aidil adha buat Fidah & family dr bumi Sabah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Luas erti pengorbanan tu kan..moga kita mampu melakukannya
      Thanks Atie..mesti meriah raya di bumi Sabah :)

      Padam
  10. Mudah-mudah rejekiku bertambah agar tahun depan insha Alloh bisa berqurban :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin..aamiin..moga terus dimurahkan rezeki. Bukan saja untuk menunaikan ibadah korban, malah rezeki dalam bentuk apa sekali pun.
      Thanks Zee :)

      Padam
  11. berkorban???

    orang islam pun banyak buat wang dengan riba...

    Allah maha besar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekurang kurangnya ada percubaan untuk membetulkan...in shaa Allah
      Thanks & salam aidil adha :)

      Padam
  12. berkorban besar juga maksud dan penghayatannya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu HB..luas ertinya
      Moga istiqamah dalan melakukannya juga
      Thanks :)

      Padam
  13. Salam Aidiladha buat Fidah sekeluarga... pengorbanan mmg besar maksudnya dlm lanskap kehidupan. Semoga kehidupan kita semua sentiasa diberkati Illahi... aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam aidil adha untuk Khir sekeluarga juga..tak balik Pontian??..
      Aamiin...aamiin..moga kehidupan kita diberkati
      Thanks :)

      Padam
  14. kena sanggup korbankan dunia, untuk akhirat. Bukan senang wo... Salam Aidiladha kak..

    BalasPadam
  15. pengorbanan seorg ibu bapa dan ank2

    BalasPadam
  16. Salam Aidiladha FS....
    Terlampau jauh rasanya perbezaan iman baginda dengan diri kerdil ini....huhu

    BalasPadam
  17. Kalau sendiri masih belum sanggup untuk berkorban, tapi kalau iuran berkorban bareng teman teman insyaAllah sanggup mbak..:D hehe

    BalasPadam
  18. mulut mungkin mengatakan ya tp tidak hati sepenuhnya

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut