September 23, 2015

Hijau


Hijau merupakan warna yang menyejukkan dan menyegarkan. Warna gabungan biru dan kuning ini amat sinomim dengan warna daun dan merupakan warna dominan untuk pemandangan alam.

Warna hijau juga dikaitkan dengan Islam kerana sering disebutkan dalam Al Quran dan Hadith. Antaranya:
"Penduduk syurga itu bersandar pada bantal-bantal yang hijau dan permaidani-permaidani yang indah" - Ar Rahman : 76
"Mereka di dalam syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat daripada sutera halus dan sutera tebal serta dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka di beri minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman yang bersih dan suci" - Al Insan : 21
Anas bin Malik juga mengatakan "Warna yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah warna hijau"

Menurut kajian, warna hijau dikatakan dapat mengurangkan stress kerana warnanya yang damai. Warna hijau dalam psikologi dan kesihatan dapat menyejukkan saraf, memberikan efek ketenangan dan kesembuhan. Oleh itu, selalulah melihat benda-benda yang berwarna hijau jika anda stress.

Selain daripada itu, warna ini juga dikakakan mempunyai sifat  membangkitkan energi, mengimbangkan emosi, meningkatkan rasa percaya diri dan memberi rasa aman.

Seperti warna pink yang pernah saya ceritakan tempoh hari (sila klik sini), warna hijau juga ada banyak jenisnya.


Oleh itu, jika anda ingin mencari sesuatu yang bewarna hijau, contohnya hadiah, sila pastikan anda memilih warna yang betul.

Bagaimana pula dengan penggemar warna hijau?
Menurut kajian, penggemar warna hijau adalah orang yang romantis, sukakan keindahan dan penggemar suasana alam. Namun begitu, penggemar warna hijau selalu memegang prinsip dan mempunyai keperibadian yang keras. Kerana wataknya yang keras, kata-katanya juga kadang-kala boleh melukakan hati. Namum, golongan ini sebenarnya adalah orang-orang yang baik dan penyayang.

Dalam bidang pekerjaan, golongan ini selalunya memilih pekerjaan yang bersifat 'teknikal'. Mereka ini dikatakan sangat inovatif dan sukakan kerja-kerja yang berkaitan dengan masyarakat.

Dalam hal percintaan, penggemar warna hijau mengimpikan pasangan yang penuh toleransi dan boleh dipercayai. Mereka juga adalah golongan yang setia dan akan memberikan perhatian kepada pasangannya. Tapi awas, golongan ini juga terkenal dengan sifat cemburu :)

Adakah anda penggemar warna hijau?

Sekian. Wassalam

Gambar warna-warna hijau: google

38 ulasan:

  1. wak teringat pantun teka teki,

    ambil betik potongkan pisau,
    buah masak pokoknya rendah,
    kecil-kecil berbaju hijau,
    sudah besar berbaju merah .,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kecil kecil berbaju hijau
      Sudah besar berbaju merah
      Potong betik guna pisau
      Tak kanlah makan sorang-sorang aje ..haha :D

      Thanks Wak

      Padam
  2. SALAM IDIL ADHA FIDAH MAAF ZAHIR BATIN...KAK SUKAKAN WARNA HIJAU YG LEMBUT...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hijau warna yang tenang...
      Salam Aidil Adha Kak Paridah. Thanks :)

      Padam
  3. Salam Aidil Adha, Fidah...pelbagai colour hijau...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup...ku lihat hijau kata abam zainal abidin :D
      Thanks Nohas

      Padam
  4. Setuju....setuju sangat....redup je mata kita kalau memandang hijaukan FS...
    Okje pun suka jugak warna hijau ni...Tengok hijaulah.... Hijau Emerald tema Raya tahun ni....Esok pun nak ulang tayang bahu tu le gamaknya hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amboi..glem glem meletops la mak dengan baju hijau emerald di pagi raya.
      Jangan lupa ambik gambar banyak2...

      Thanks okje :)

      Padam
  5. adik aiza penggemar warna hijau.. warna hijau juga baik untuk mata kita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Orang kata, kalau mata tengah stress, elok kalau kita pandang benda2 warna hijau.
      Thanks Aiza :)

      Padam
  6. Warna hijau cocok untuk warna rumah. karena telihat lebih terang bisa menyehatkan mata

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau untuk dinding, cantik juga kalau bewarna hijau. Tapi kalau saya, tidak mau yang terlalu terang.
      Thanks Achmad Fazri :)

      Padam
  7. Saya penggemar hijau dan memang romantis.. eh... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hambbooiii....hijau mana tu Khir?
      Thanks :)

      Padam
  8. saya seneng warna hijua, biru. merah putih. saya hijaunya seneng yang namanya seafom

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantik kan..hijau sememangnya nampak tenang.
      Thanks Desa Seibaru :)

      Padam
  9. hijau... warna yang bagus
    saya suka chartreuse dan shamrock
    Oh ya... Selamat merayakan Idul Adha bersama sanak keluarga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Warna nya boleh hilangkan stress.
      Thanks Mba Nove :)

      Padam
  10. Ya saya penggemar warna hijau :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Warnanya cantik dan beri ketenangan...
      Thanks Nabihah Arrose :)

      Padam
  11. saya penggemar hijau ... saya suka melihat alam berbanding laut ... saya sukakan warna hijau untuk hiasan dalaman rumah . amat menyegarkan ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk hiasan rumah, pokok berdaun pun dah cantik dan nampak simple. Tak perlu banyak sangat bunga2 takut nampak semak.
      Thanks Vee :)

      Padam
  12. aku bukan penggemar warna hijau. tapi kalau seandainya disuruh milih warna wijau, aku bakalm ilih yang hijau mint...enak dipandang mataa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Coba di lihat lama2..pasti warnanya nampak cantik..hihi
      Thanks Reski Amalia :)

      Padam
  13. saya bukan penggemar warna hijau... apa2 pon nice sharing sis.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kunjungannya Ikhwan.
      Salam AidilAdha :)

      Padam
  14. Wah saya suka warna hijau, karena hijau kesannya lebih kalem.. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Warna untuk merasa tenang dan lebih percaya diri (orang kata lah)
      Thanks Eksa. Salam Aidiladha :)

      Padam
  15. Padan lah masa bunda muda2 dulu selalu dengar orang cakap....penggemar warna hijau ni seorang yang cemburu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hijau tanda cemburu...cemburu tanda sayang...ehhh
      Selalunya orang kata macam tu lah..hihi
      Thanks kunjungannya Bunda. Salam aidiladha :)

      Padam
  16. Zumal nak warna hijau juga laa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha...tak rugi pilih hijau. Cantik
      Thanks Zumal :)

      Padam
  17. tak sangka warna hijau selalu di sebut dalam quran..

    hidup pa*!!!

    ehehe

    BalasPadam
  18. cantik template ni. kemas dan ringkas

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Nik Khazami. Salam kenal :)

      Padam
  19. saya suka warna hijau..terutama sekali mint dan apple green.memang penyayang orangnya..romantis mungkin jugak kot? belum berkesempatan nak uji..hehehe

    BalasPadam
  20. kak ngah...green lover...dari kecik smpi ke tua...semuanya nak hijau... ;-|

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut