Julai 07, 2015

Jangan Lepaskan : Wanita Haid & Amalan di Penghujung Ramadhan

Assalamualaikum


Allah itu Maha Adil.
Demi 'menghidupkan' 10 malam terakhir di bulan Ramadhan yang mulia ini, perempuan yang sedang haid masih boleh melakukan apa juga bentuk ibadah kecuali perkara-perkara yang dilarang seperti  solat, puasa, tawaf (di kaabah) serta i'tikaf di masjid.

Antara ibadah yang boleh dilakukan oleh wanita yang sedang haid.
  • Redha dengan ketentuan Allah. Sifat redha akan membolehkan seseorang itu berasa tenang dan bersabar dengan ketentuan Penciptanya.
  • Berzikir dan bertasbih. Contohnya ucapan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar dan sebagainya.
  • Beristigfar dan memohon keampunan dari Allah, maka perbanyakkanlah bacaan 'astagfirullah'
  • Perbanyakanlah doa. Mintalah apa sahaja untuk kebaikan dunia dan akhirat. "Doa adalah ibadah' (H.R Tirmizi, 2895)
  • Berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
  • Membaca terjemahan Al Quran.
  • Menyediakan juadah berbuka dan bersahur untuk ahli keluarga. In shaa Allah, seseorang yang ikhlas memberikan makanan kepada orang yang berpuasa akan turut mendapat pahala berpuasa tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa.
  • Bersedekah dan membantu orang yang sedang kesusahan.
  • Menghadiri majlis ilmu dan berkongsi ilmu yang bermafaat.

Oleh itu jangan lepaskan peluang untuk terus beribadah di bulan yang mulia ini.
Semoga kita terus diberikan kekuatan, keikhlasan dan semangat untuk terus beribadah. Aamiin

Sekian. Wassalam

Gambar : Google
Sumber: Pelbagai

9 ulasan:

  1. betul tu kak Fidah..datang bulan bukan alasan.tapi nak redha tu kadang-kadang susah.ada masa geram jugak kalau kena hujung-hujung ni

    BalasPadam
  2. banyak ibadah yg boleh dilakukan wanita sdg haid n ganjarrannnya sama dgn mrk yg berpuasa ramadan.

    BalasPadam
  3. wanita yang datang bulan 'cuti' dari solat..itu hadiah dari Allah sama seperti jamak solat bagi golongan yang dalam musaffir

    BalasPadam
  4. perempuan yang sedang haid bisa baca al-qur'an dengan membaca terjemahan nya saja ya mba :)

    BalasPadam
  5. Berdzikir biasanya yang sering dilakukan dan wanita haid tidak mengurangi untuk beribadah juga iya miss? :)

    BalasPadam
  6. itulah istimewanya perempuan...c\time cuti pun masih boleh collect pahala

    BalasPadam
  7. Setiap sesuatu yg Allah ciptakan tu pasti ada asbab kebaikannya.. yg baik semua dtgnya dari Allah.. kita je kdg kala yg membuatkannya jadi sesuatu yg tak baik..

    BalasPadam
  8. wah, mantap nih mbak Fidah
    wanita yang sedang bukannya harus terhenti amalannya apalagi di bulan suci Ramadhan ini ya

    BalasPadam
  9. sayangnya..dah masuk hujung ramadhan...dah 'cuti' lak huhuhuh

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut