Disember 06, 2014

Jom Solat

Assalamualaikum


 Na'uzubillah...takutnya kalau jadi macam kat atas tu...

Sedikit perkongian tentang 'bahayanya' meninggalkan solat:

Seksaan Ketika Hidup di Dunia
Allah kurangkan keberkatan umurnya. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah. Tidak ada tempat baginya di sisi agama Islam. Doanya tertolak. Hilang cahaya soleh dari wajahnya. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.

Seksaan Ketika Sakaratul Maut
Ia akan menghadapi sakaratul maut dengan keadaan hina. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan. Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walau diberi air sebanyak 7 lautan.

Seksaan Ketika Di Dalam Kubur
Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya. Kuburnya akan digelapkan. Ia akan diseksa dengan pedih sehingga hari kiamat.

Seksaan Ketika Berada di Akhirat
Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mahsyar oleh malaikat. Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan.


HUKUM MENGUMPULKAN 2 WAKTU SEMBAHYANG

Dalam kesibukan, kadangkala ada diantara kita yang lalai atau sengaja menggabungkan waktu solat, contohnya Zuhur dangan Asar (sembahyang di akhir waktu Zuhur diikuti sembahyang Asar sebaik sahaja masuk waktunya)

Saad bin Abi Waqas bertanya  Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyang. Maka jawab baginda "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyang dari waktu asalnya sampai ke waktu yang lain, mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyang, maka mereka diancam dengan Neraka Wali"

*Sedikit perkongsian... untuk peringatan untuk diri sendiri dan semoga yang lain juga mendapat manafaatnya.

Good Nite...dan Jangan lupa solat Isya' dulu.. :)

SEKIAN. WASSALAM

Petikan artikel "Balasan Meninggalkan Solat 5 Waktu (masjidwilayah.gov.my)



18 ulasan:

  1. Good sharing kak fidah. .peringatan untuk kita semua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks Sal :)
      Salam hujung minggu...

      Padam
  2. Astagfirullaaah..!
    Semoga jangan kembali lagi seperti dulu..
    Jujur Kak Fidah, saya lama tinggalkan jom solat, alhamdulillah.. berkat seringnya saya berkunjung ke tempat teman-teman, saya bisa mulai lagi dari awal. Do'akan ya Kak.. agar tetap istiqamah..

    Dan terimahkasih juga atas perkongsian Kak Fidah ini..

    Semoga kita semua dimudahkan saat sakaratul maut, dijauhkan daripada siksa kubur dan dapat berkumpul di atas dipan-dipan hijau bersama sahabat-sahabat Baginda Nabi, terutama Baginda Nabi kita Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam..

    Salam silahturahmi Kak Fidah..!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aaamiin....
      Salam silaturrahim Mr Aldino! :)

      Semoga kita semua tetap istiqamah dalam menjalankan ibadah...
      Terima kasih singgah di sini ya..

      Padam
  3. Alhamdulillah membaca artikel tentang jomsolat,hati ini langsung nyess adem,dan merenungkan betapa jom solat sangat penting untuk berdisiplin, semua tentu berkeinginan di mudahkan dalam kondisi apapun terutama saat sakaratul maut...aaamiiiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga kita terus istiqamah dalam menjalankan ibadah solat..dan lainnya juga..

      Dan semoga urusan kita dipermudahkan semuanya..baik yang dunia, mahu pun akhirat...

      Terima Kasih Mang :)


      Padam
  4. Sama-sama kita jaga solat kita...moga jauh darapada seksa dunia dan akhirat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah...semoga istiqamah dalam menunaikannya..
      Thanks Raudzah :)

      Padam
  5. Nak tidur mesti solat Isyak dulu sebab kalau tidur sebelum solat mesti asyik terjaga kadang kadang sampai termimpi mimpi ler.... hisgh tak lena sungguh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun macam tu...kejap2 terjaga..sbb tak sembahyang lagi..nak tido pun tak senang...

      Thanks Hainom :)

      Padam
  6. Dalam usia mcm ni klu tak usaha menitikberatkan solat, tak taulah nak cakap... Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan utk tidak meringankan urusan solat... aamiin. T kasih atas peringatan Fidah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Khir....Jangan sampai tak ada perasaan bersalah langsung kalau meninggalkan solat..na'uzubillah..
      Semoga diberikan kekuatan untuk terus menjalankan ibadah..

      thanks Khir:)

      Padam
  7. Semoga kita sentiasa didekatkan kepada Allah dan tidak lalai dengan dunia. Amiin..

    BalasPadam
  8. Moga kita sentiasa dapat memperelok solat dan berterusan menjaga hubungan dengan Allaw swt.

    BalasPadam
  9. Ayo salat berjamaah, jangan ditunda-tunda. Khusus laki-laki, berjamaah di masjid, lebih utama.

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut