Disember 09, 2014

Avon Makeover


Baru-baru ni dapat katalog Avon…
Dah lama sebenarnya tak beli barangan Avon..tapi hari tu gatal kaki pulak pergi singah kat butik dia dan membeli…Ha...kan dah dapat katalog lagi suruh beli dan beli lagi..Tapi kalau tengok harganya agak berpatutan juga.


Sebenarnya..jenama Avon sudah sinomim dengan kaum wanita sejak dulu lagi. Produknya pun, pelbagai. Daripada kosmetik, perfume, skin care product, barangan perhiasan diri, jam, pakaian (limited) dan macam-macam lagi. Semuanya memanggil-manggil suruh dibeli..huhu

Artikel ini bukanlah untuk mempromosi barangan Avon. Cuma saya tertarik dengan sterategi perniagaan yang digunakan semenjak lebih 125 tahun yang lalu dan syarikat itu juga masih kekal hingga kini. Antaranya:

  • Penggunaan jaringan sosial (social networking)….lebih awal dari facebook dan yang sewaktu dengannya. Bezanya, mereka menggunakan agen atau wakil jualan (wanita) untuk berhubungan dengan wanita lain bagi mempromosi produk mereka. Konsep personal relationship ini memang berjaya membawa keuntungan. Hasilnya? Mereka mencatatkan keuntungan sebanyak $1 million (tahun 1920), meningkat kepada $1 billion (1972) dan terus meningkat kepada $10 billion (2008)
  • Easy access and khidmat pelanggan yang cekap …hanya perlu membuat pesanan barangan yang dihajati dengan wakil jualan. Barang akan dihantar ke pintu rumah. Senangkan. Selain itu dapat juga khidmat nasihat kecantikan percuma daripada wakil jualan terlatih…
  • Butik atau Kedai…Tak semua orang suka membeli daripada wakil jualan. Ada sesetengah orang yang mahu melihat sendiri barangan tersebut dibutik atau kedai. Lepas tu, barulah beli.
  • Peluang Meningkatkan Pendapatan…untuk wakil jualan, mereka diberikan latihan seperti Avon’s Sales Leadership Program. Oleh itu, mereka bukan sahaja boleh menjana pendapatan dengan menjual barangan Avon, tetapi boleh juga mendapat hasil lumayan dengan melatih wakil-wakil jualan yang baru.
  • Online Sale…Strategi perniagaan harus juga berubah mengikut peredaran zaman. Pesanan secara online atau promosi produk dengan menggunakan ‘eBrochure’ adalah antara strategi yang digunakan untuk kekal ‘relevant’ dalam arus permodenan.
Sekadar berkongsi key points daripada artikel yang saya baca baru-baru ini.
Sesuai juga dijadikan sebagai bahan bacaan ringan :)

Sekian. Terima Kasih.

Rujukan: Article, The Evolution of Direct Selling at Avon (www.avoncompany.com)
Gambar : Google





12 ulasan:

  1. target market pun kena ikut peredaran masa ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Vee...kena peka dengan perubahan dan persekitaran

      Padam
  2. Produk Avon ni not bad..kalau lalu depan butik avon mesti singgah..

    BalasPadam
  3. Barangan Avon memang berkualiti tapi mahal kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh tahan jugak lah..
      Thanks SP :)

      Padam
  4. Okje lama dah tak pakai Avon....dulu masa kerja adalah beli jugak kalau org hulur brochure...la ni beli jer brand yg ada jual kat kaunter ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun dah lama tak beli...tapi hari tu gatai kaki masuk butik dia...
      Masa balik...bangga giler sbb dpt beli botol air dgn beg..hehe..

      Padam
  5. Dari zaman sekolah lagi kan jenama Avon ni... sampailah skrng... masih berdaya saing & masih hebat menambat hati wanita... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Khir....masa dulu, pernah jugak curi2 pakai perfume arwah mak gi sekolah..kira abih wangi ler tew...hehe

      Padam
  6. Beli juga tapi sesekali la. Tak selalu.

    BalasPadam
  7. Mak Nurul dealer AVON ni.. banyak dapat hadiah kalau jadi dealer yang aktif dan selalu ade seminar yang disediakan..

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut