<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Pengen Berduan Dengan Diri Mu Iqbaal

Julai 07, 2018

Pengen Berduan Dengan Diri Mu Iqbaal

Assalamualaikum


Kat you tube dan instagram, sibuk cerita pasal seorang remaja perempuan bernama Nurrani yang mengaku sebagai isteri sah kepada Iqbaal.
Nota : Iqbaal atau nama sebenarnya Iqbaal Dhiafakhri Ramadhan adalah seorang artis dari Indonesia.

Gaya Nurrani menyanyi memang kelakar dan kadang kala menyakitkan hati pun ada....
Kalau korang tengok mesti nak kata "ada juga orang macam ni dalam dunia".


Tapi, apa lah yang nak dihairankan, sebab orang akan buat apa saja untuk mempertahankan cinta.

Kat sini Akak tak nak mencaci cerca Nurrani. Sebab kalau tengok di ig nya memang dia dah kaw2 kena kutuk.

Akak cuma nak highlight tentang apa yang kita boleh belajar dari kisah 'percintaan' Nurrani dan Iqbal ni. Antaranya;
  • Confidence level tahap dewa. Ni memang tak boleh lawan. Nurrani dengan penuh yakin menyatakan rasa cintanya pada Iqbaal kepada dunia. Korang mampu? Dia apa kisah dengan orang sekeliling atau orang-orang dia rasa menjadi pesaing. Untuk hidup, memang bagus kalau ada confidence level yang tinggi, tapi, gunalah di jalan yang betul. 
  • Berani. Agak-agak ada berapa ramai orang yang berani berterus terang malahirkan rasa cinta sampai begitu sekali? Dan lagi satu, dia nak bercinta, tak adalah menyusahkan orang lain. Berani kerana benar. Betul tak? Kalau susahkan orang pun, mungkin setakat sakit mata, sakit telinga dan sakit hati bila tengok gaya dia menyanyi. Tapi, boleh juga jadi sesuatu yang menghiburkan. Kalau tak suka jangan tengok.
  • Consistent. Walau dia kena kutuk dari hujung rambut sampai hujung kaki sekali pun, pendiriannya tetap teguh dan tidak ada siapa yang boleh mengubahnya. Hatinya tetap bulat dan tekat pada si Iqbaal. Gayanya juga tetap bersahaja. 
  • Malu. Cuma part ni kita perlu ambil pengajaran. Confident dan berani memang harus ada dalam hidup. Tapi perasaan malu itu juga penting. Atau sekurang-kurangnya, kita tahu, masa bila kita perlu rasa malu!
  • Keratif. Tak tau lah dia memang kreatif atau kerana cinta manusia sanggup berbuat apa saja. Yang penting dia dapat menyatakan perasaan hatinya dan secara tidak langsung, menjadi amaran kepada orang sekeliling "dia milik ku" atau "jangan ganggu pacar ku". Kalau tengok gambar-gambar superimpose Nurrani dan Iqbaal ni, memang tak larat nak gelak. Betul kreatif. Win sangat. Tak caya, tengok la.
  • Banyak follower. Biasanya perkara-perkara ganjil atau jarang-jarang berlaku akan menarik minat orang. Bila orang tengok, stalk atau jadi follower ig, fb atau apa saja media sosial, tak semestinya sebab minat. Boleh jadi orang cuma nak tau perkembangan semasa..."Apa lagilah percubaan dia hari ini". Tapi Nurrani peduli apa. Setiap video nya ada jutaan view. Lepas ni, mungkin banyaklah iklan atau orang nak tumpang promosi produk kat ig dia. Nurrani pun dah muncul di TV. Kau addo????
  • Marketing strategy apakah?.  Bila dah ada ramai follower, senanglah nak market produk. Mungkin dah jadi rezeki dia. Moga selepas ini, semakin bertambahlah rezeki Nurrani. Dan lagi satu, sejujur-jujurnya, saya memang tidak pernah kenal artis Indonesia yang bernama Iqbaal ini. Tapi, kerana Nurrani, tak pasal-pasal Iqbal dapat promosi free! Lumayan kannnnn

Semoga kita boleh mengambil pengajaran dari kisah percintaan Nurrani ini. Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk, jadikan sempadan. Apa pun, semoga Nurrani selalu bahagia. Aamiin.


Sekian. Wassalam.

#bukanmakciktiktok
#hanyapendapat
#tolongjangankecam

Kredit: ig & video nurrani


Label:

15 Ulasan:

Di 7/08/2018 05:58:00 PTG, Blogger Khir Khalid berkata...

Kita doakan yg baik2 je buat mereka.. mudah2an dikurniakan kebaikan seluruhnya.. aamiin.

 
Di 7/08/2018 07:15:00 PTG, Blogger WhiteBarley berkata...

Aamiin.
Betul tu. Doakan yang baik2 saja.
Thanks Khir.

 
Di 7/08/2018 10:33:00 PTG, Blogger paridah berkata...

AKAL YG DIGUNAKAN SEBAIKNYA SEHINGGA KITA G BERAKAL JUGA XMAMPU FIKIRKANNYA

 
Di 7/09/2018 11:53:00 PG, Blogger dear anies berkata...

sy cuma tgk je kelakuan minah ni... ;-)

 
Di 7/09/2018 04:38:00 PTG, Blogger nohas berkata...

mcm2 ragam peminat...

 
Di 7/09/2018 05:44:00 PTG, Blogger WhiteBarley berkata...

Betul Kak. Semoga akal digunakan sebaiknya.
Thanks Kak PI

 
Di 7/09/2018 05:46:00 PTG, Blogger WhiteBarley berkata...

Saya pun tgh tunggu. Bila tgk status dia, kadang2 kelakar...tapi kadang2 boleh buat kemurungan pun ada :D

 
Di 7/09/2018 05:47:00 PTG, Blogger WhiteBarley berkata...

Macam2 ada. Nak tau apa kesudahan cerita adik ni...

 
Di 7/09/2018 11:10:00 PTG, Blogger mrhanafi berkata...

salah satu ujian dunia...

saya pun tak berani komen apa-apa

 
Di 7/10/2018 07:20:00 PG, Blogger WhiteBarley berkata...

Kita tunggu dan lihat saje...

 
Di 7/12/2018 11:43:00 PG, Blogger OKje berkata...

Kalau tak baca entri ni, mmglah tak akan tau pasal viral ni FS.... hihi....Mau taknya, hensem budak Iqbal tu.
Betullah confidence level dia mmg superb betul.....
Tak pasal pasal dah glemer ye si Nurani ni

 
Di 7/12/2018 11:49:00 PG, Blogger OKje berkata...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin FS

 
Di 7/12/2018 12:37:00 PTG, Blogger WhiteBarley berkata...

Saya pun baru tau bila tgk ig and ypu tube hari tu..
Tak pasal2 glaner budak ni...

 
Di 7/12/2018 07:14:00 PTG, Blogger WhiteBarley berkata...

*glamer..

 
Di 7/12/2018 07:15:00 PTG, Blogger WhiteBarley berkata...

Selamat hari raya Mak. Maaf zahir dan batin. Mintak maaf lama yg berkunjung ke sana.

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama