November 16, 2017

Tanda-tanda Seseorang Telah Matang




  • Kita berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri.
  • Kita boleh menerima orang lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub.
  • Kita berani 'melepaskan' kenangan lama yang pahit. Tidak berdendam dan simpan di hati.
  • Kita berhenti mengharap dan meminta dari orang, tetapi mula memberi. Biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta.
  • Kita melakukan sesuatu hanya untuk mendapat ikhlas. Melalukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan manusia. 
  • Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan orang lain.
  • Kita berhenti membandingkan nasib kita dengan nasib orang lain. Kita berdamai dengan diri sendiri. tidak iri, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain.
  • Kita boleh bezakan 'kehendak' dan 'keperluan', lalu mengutamakan 'keperluan' daripada'kehendak'.
  • Kita berhenti meletakkan nilai kebahagiaan pada kebendaan. Kita lebih menikmati 'rasa kopi' daripada menikmati 'cantiknya cawan'.

Antara petunjuk yang kita sudah mencapai 9 tahap sahsiah di atas ialah kita tidak ada lagi niat mahu menunjuk diri kitalah yang terbaik. Sebaliknya, hati kita memandu minda untuk mahu berbuat kebaikan, mahu berkasih sayang dan beramal kebajikan.

Sekian. Wassalam.
***perkongsian dari sahabat.



14 ulasan:

  1. barangkali sy sudah mencapainya??

    BalasPadam
  2. Daripada 9 tu, rasanya 6 saya dah capai. akan terus usaha

    BalasPadam
  3. SEMAKIN BERTAMBAH USIA SEMAKIN MATANG KITA

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah. Peringatan untuk saya sendiri...

      Padam
  4. fokus dan fokus terus fokus,
    selagi boleh fokus kita teruskan...

    BalasPadam
  5. takde faedah kita iri hati dengan kejayaan orang lain,
    sebaliknya kita sendiri berusaha tingkatkan diri :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Padin..
      Lebih baik fikir macam mana nak baiki diri sendiri..

      Padam
  6. Semakin banyak umur kita, semakin banyak pahit manis yang kita lalui. Pengalaman mengajar kita menjadi matang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pengalaman akan menjadikan diri kita lebih matang...

      Padam
  7. Aduh.....kalau ikut umur mmg dah terlebih matang FS hihi...

    BalasPadam

Google+ Followers

Pengikut