<data:blog.pageTitle/>

This Page

has moved to a new address:

https://whitebarley.com

Sorry for the inconvenienceā€¦

Redirection provided by Blogger to WordPress Migration Service
WHITE BARLEY: Biarlah Rahsia?

Oktober 13, 2017

Biarlah Rahsia?

Assalamualaikum

Ni bukan kisah lagu Datuk Siti yang boleh bikin hati jadi sendu kalau dengar.
Tapi ini cerita tentang sikap orang kita yang terlalu perahsia.
Memang tak semua perkara patut dihebohkan dan BIARLAH RAHSIA. Contohnya hal rumahtangga, hal peribadi dan termasuk juga perkara-perkara yang mengaibkan orang.


Tapi kalau lah di jalan raya, tolonglah jangan pakai konsep BIARLAH RAHSIA sangat. Bagi la signal atau isyarat nak ke kiri ke atau kanan.
Jadi, tak la menyusahkan pengguna jalan raya yang lain.

Tak tau lah kenapa mereka menjadi seorang yang sangat berahsia kalau memandu. Tapi memang ada beberapa sebab tertentu kenapa pemandu kereta atau apa juga kenderaan mempunyai masalah nak bagi signal.

JALAN RAYA AKU YANG PUNYA
"I pun bayar cukai jakan hokey. So suka hati lah nak bagi signal ke tidak".
Ada juga yang merasa memberi signal itu satu pilihan. Sewaktu memandu di jalan raya dan nak belok ke kiri atau ke kanan, boleh pulak dia pikir untuk memilih...Nak bagi signal ke tak?..Nak bagi signal ke tak?. Sabar aje lah. Spesis macam ni pun ada. Tersangatlah mementingkan diri.

MALAS
"Leceh lah nak bagi signal. Kalau tak bagi pun, ok apa. Lagi pun jalan raya ni bukannya sesak sangat".
Ini satu lagi sikap yang sangat tidak bertanggung jawab dan menyusahkan orang. Tak kiralah jalan raya sesak atau tidak, signal harus dibagi. Mana boleh suka suki nak masuk simpang.

NI KAN KAMPUNG AKU
Jadi???
Walaupun anda tuan tanah di situ dan sudah hafal semua jalan, simpang, lubang serta lekuk yang ada di jalan raya kampung anda, signal harus juga diberikan. Walau pun orang kampung sudah tahu kedudukan rumah anda dan anda pasti akan masuk ke simpang itu, tak semua pengguna jalan raya di situ adalah orang kampung anda. Signal harus diberikan walau di mana saja anda berada untuk keselamatan bersama.

LAMPU SIGNAL ROSAK
Nak buat macam mana. Dah rosak. Kalau ini terjadi, cepat-cepatlah pergi baiki atau tukar saja. Kalau malas nak tukar lampu signal, tukar aje dengan keretanya sekali...haha package. Kan simple!

RASA BAGI SIGNAL TAK PENTING
Memberi signal adalah langkah keselamatan yang amat penting ketika memandu. Tapi ada juga pemandu yang merasakan perkara ini tidak penting. Hati juga terasa macam dah lama hidup. "Ala... kecoh lah. Kereta depan pun tak bagi signal jugak".
Ini amatlah merbahaya dan kalau terjadi kemalangan jalan raya atau lebih teruk, jika berlaku korban jiwa...nak salahkan siapa?


Sekian.
Wassalam

#biarlahrahsia
#panducermatjiwaselamat




Label:

18 Ulasan:

Di 10/13/2017 10:13:00 PTG, Blogger nohas berkata...

banyak kali terkena..rasa geram jer..

 
Di 10/14/2017 06:45:00 PG, Blogger Warisan Petani berkata...

Anak saya selalu cakap "lain kali beli kereta yang takde signal, murah sikit"

 
Di 10/14/2017 08:19:00 PG, Blogger mrhanafi dot com berkata...

Biar la rahsia dengan siapa saya suka .

Klise betul la..

Saya Bagi signal supaya oramg tahu saya pakai kereta mahal la.sangat

 
Di 10/14/2017 09:56:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Jangan le gitu Sis Nohas :)

 
Di 10/14/2017 09:58:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Haha..sabar aje. Dapat percuma tayar tak?..hihi

 
Di 10/14/2017 09:59:00 PG, Blogger Fidah Shah berkata...

Amboi...kereta baru nampak. Boleh le ronda2 Sarawak.. :)

 
Di 10/14/2017 01:19:00 PTG, Blogger SalbiahM berkata...

Memang stress orang macam ni. Huhu.

 
Di 10/14/2017 05:52:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Sangat...
Suka hati dia aje..huhu

 
Di 10/14/2017 11:15:00 PTG, Blogger Nabila Syifa berkata...

Penah hampir accident sbb taxi ixora nak masuk line xbg signal .then kita nk elak kita yg nyaris accident dgn hilux

 
Di 10/15/2017 06:20:00 PG, Blogger mrhanafi dot com berkata...

alhamdulilah ..kereta baru masih dekat pengedar yang sah.

in shaa Allah akan sampai juga kat pintu pagar rumah saya nanti.

aamiin..

 
Di 10/15/2017 10:33:00 PG, Blogger Khir Khalid berkata...

Banyak kali nak keluar simpang tunggu kereta lepas, rupanya dia belok. Kalau ikut kepala gangsert, nak je kejar org mcm tu suruh dia berhenti, then pecahkan signal dia dgn kayu besbal haha.. gangser tak :D :D

 
Di 10/15/2017 10:57:00 PG, Blogger Ainniah Zulkefli berkata...

sabar je la dengan drivers yg mementingkan diri sendiri kan. kena suruh dia drive kat hutan xdak orang hihihi

 
Di 10/15/2017 05:25:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Aamiin

 
Di 10/15/2017 05:25:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Tu lah...perangai macam ni lah yang akan menyusahkan orang lain..geram tau

 
Di 10/15/2017 05:26:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Eeiii...Gengster nye..Mak takut šŸ˜£šŸ˜£

 
Di 10/15/2017 05:27:00 PTG, Blogger Fidah Shah berkata...

Memang patut hantar dalam hutan aje..
Tak bagi signal pun..monyet tak marah..:)

 
Di 10/16/2017 11:33:00 PG, Blogger nadhie wueen berkata...

Setuju sangat. banyak kali dah terkena part bagi signal ni. tak fhm apa yang susah sangat nak bg signal kenapa perlu susahkan org lain pulak kan

 
Di 10/17/2017 12:03:00 PTG, Blogger dear anies berkata...

rs nk sondol je spesis2 yg mcm ni... x kira laa kete bsr ke kecik... kdg2 kalau geram sy hon pnjg2 lantak laa dia nk mrh ke hapa... signal dia tu buat drpd emas kot

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama