August 13, 2017

Cucur Viral

Assalamualaikum dan selamat hujung minggu.


Semenjak terbaca tentang cucur viral di blog Lady In Red Planner, teringin pulak nak cuba.
Resipi asal di sini.

Rupanya bulat-bulat comel..
Rangup diluar tapi gebu gebas di dalam...aawwww :D

Tapi saya ubah siket resipi sebab nak buat cucur adik beradik sayuran.
Kebetulan kuah kacang yang dibagi oleh kakak ipar masih ada lagi, jadi boleh lah dijadikan bahan pencicah.

Jom tengok resipi

Bahan-bahan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air panas
  • Garam sesedap secukup rasa
  • 1 tangkai daun saderi*
  • 1 biji bawang merah sederhana besar*
  • Sedikit carrot (ambik dalam 5cm)
  • ....bahan bertanda * sila cincang halus.
Sorry..bentuk tak berapa bulat. Tangan Mak tak berapa nak seni :(


Cara-cara:
  • Campurkan tepung dan bahan-bahan cincang ke dalam mangkuk 
  • Campukan air panas. Gaul rata guna sudu, jangan guna tangan....sebab panazzzz
  • Bila dah suam-suam kuku....bentukkan bulat2 dan letak kat bekas/pinggan/dulang...(atau apa2 aje). 
  • Dah siap bentukkan bulat2, bolehlah di goreng.
  • Bila dah masak, hidangkan dengan sos atau apa-apa bahan pencicah kegemaran.
Selamat mencuba.
Siapa kata yang bulat itu tak comel :D 



Sekian. Wassalam.

#fidahshah #whitebarley #cucurviral









17 comments:

  1. CANTIK CUCUR BULAT2 BOLEH CUBA NI

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan Kak PI.
      Saya pun baru2 nak belajar..

      Delete
  2. Semua blogger dah satrt buat cucur nie, punah diet saya macam nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala makan...ok kot..hihi
      Tapi minyak..lemak2..jangan cerita la..
      Thanks Syazwan

      Delete
  3. Sana sini orang buat cucur viral nih. Kena cuba jugak nampak gayanyer...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu..bila tengok orang buat...teringin nak cuba..Jom
      Thanks Naimah

      Delete
  4. Fuhhh sedap.. seronok klu makan santai waktu petang2 ni. Menyelerakan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pulak dengan teh o....perrgghhh :)

      Delete
  5. Ohh viral sebab bulat cantik eh? hihi. Sedar2 dah viral cucur ni. Tak faham gak kenapa dulu. Skrg faham dah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sebab bulat2 tu kot. Kalau ikut bahan2..macam cekodok biasa....hihi :)

      Delete
  6. smlm sy tgk org ubah resepi ni jd memanjang mcm churros hehehee nmpk lain... kretip betul la org mesia ni

    ReplyDelete
  7. Orang sini panggil jemput2 sayur.

    ReplyDelete

Google+ Followers

Followers